Siapa di sini masih menggunakan Internet Explorer? Ini berita terbaru mengenai Internet Explorer iaitu IE10.. Wow IE9 baru saja release kini IE10 pula mengatur langkah..
Microsoft telah mengumumkan Platform Preview kedua mengenai pelayar web IE10 yang akan datang. Menurut Microsoft, Platform Preview kedua IE10 ini menggunakan enjin HTML5 yang sama seperti yang dilihat pada demo Windows 8 baru-baru ini.
Dengan update ini, IE10 terus memberikan sokongan terhadap teknologi "site-ready HTML5" serta meningkatkan prestasinya. Dengan Platform Preview Kedua, developers boleh mula bekerja dengan beberapa tekonolgi "site-ready HTML5" untuk membina aplikasi web interaktif dengan prestasi yang hebat dan meningkatkan tahap keselamatan.
IE10 juga disokong dengan beberapa teknologi baru seperti CSS3 Positioned Float, HTML5 Drag-Drop, File Reader API, Media Query Listeners dan sokongan awal untuk HTML5 Forms.
Prestasi aplikasi HTML5 ditingkatkan sepenuhnya dengan kemampuan memberikan prestasi yang lebih baik dengan penggunaan efisyen kepada hayat bateri dengan teknologi baru seperti pekerja Web dengan Channel Messaging, Async script Support dan lain-lain.
Untuk mencuba Platform Preview IE10 ini download >DISINI<
Untuk membaca artikel seterusnya mengenai IE10 ini sila klik >DISINI<
8 comments:
biasa guna google chrome je... tp klu time keje n nak download sst dr website gov. mst kena guna IE...klu tak guna IE, pe yg kta nak mst xleh bukak...
@Sya_Cda
Yup kerana GC tidak support HTML... cuma IE, MF dan beberapa browser lain support HTML
waa...dah ver 10...nampaknya lepas ni lagi susah la browser lain nak saingi IE...
Kedudukan IE masih belum tergugat
@sollehahn
Saya rasa macam tu lah,makin hebat dah IE sekarang ne, x macam dulu lagi...
salam kenal..nice blog n oredy follow u..btw..jom join kontes kat my blog..
Contest---> : 'AKU SAYANG DIA'
jgn lupa join ye :))
@honey amour
Tq, ok i will join, Insya-Allah...
dah lama x guna ie..huhu
@アヌム ちゃん
sekarang boleh test guna kot... :)
Post a Comment