Saturday, 23 July 2011

Kan Dah Kena Memo

Korang pernah tak kena bagi memo oleh bos korang? *yang kerja je, yang tak kerja jangan menyibuk*.... Saya baru dapat memo tadi, memang buat geramlah isi kandungan memo tu, saya dah nekad esok pagi saya nak hack sistem server syarikat saya tu.... Saya takkan berpaling tadah !!



Staff Sekalian,


Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2011, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-




1) PENGANGKUTAN


1.1 Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda. Contohnya Enal,Firdauz dll, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.


1.2 Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam atau motosikal contohnya Nuar, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.


1.3 Sekiranya anda memandu kereta nasional samada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.




2) CUTI TAHUNAN


2.1 Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu, ahad dan cuti umum.




3) WAKTU LUNCH


3.1 Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.


3.2 Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.


3.3 Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.




4) CUTI SAKIT


4.1 Mulai 2011 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor, ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga, sama juga dengan mangsa banjir jika anda boleh berenang mengharungi banjir anda juga boleh berenang untuk datang kerja.




5) PENGGUNAAN TANDAS


5.1 Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2011 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.


5.2 Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'STAFF SEMBELIT 2011'.




6) PEMBEDAHAN


6.1 Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.




7) PENGGUNAAN INTERNET


Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM 3.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.


Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.






Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.




Sekian, Terima kasih.






Yang Menjalankan Perintah,


Haji Bakhil Bin Kedekut






p/s : penulis sebenar tidak diketahui...

11 comments:

oPiE iSa said...

Sayang, memo betul ke ni? Erk, kalau sifu lah boss, i'm the first one akan surrender kerana saya kerap ke toilet disertai dengan tempoh yang panjang ditoilet.
*^^

H.J said...

memang betul la dia bakhil tu...hak3

iMBobo said...

sabar bro..ajar lah sya hack hehe...

Acik said...

bes giler.
yang korum 'STAFF SEMBELIT 2011' tu x blh blah bes abes!
hahahaaa ...

muz said...

oPiE iSa : Alamak kena ambil gambar lah jawabnya..hehe

iMBobo : Apa yang ko nak hack bro? :)

Acik : Hehe, ko nak try masuk dalam list tu ke...hehe

oPiE iSa said...

@muz
Confirm saya taknak hantar resume kat mana2 company kat labuan, takut seh tetibe anda adalah bos saya.. @_@

Cik Kay Jue said...

perrgghh tak boleh blah memo macam ni. kalau CKJ keje rasa macam nak benti masa tu jugak. stress..!

Ana Jannah said...

serius saya akan letak jawatan dan hack teros server syarikat...theee XD

Anak Wak Mail said...

hahaha..lawak2..ni betul ke??

muz said...

oPiE iSa : Hehe, jangan takut muz belum jadi bos lagi...

Cik Kay Jue : Hehe....harap bos CKJ nanti tak ambil idea kat memo ne...

Ana Jannah : Hehe...ye kita sekepala kan....

Anak Wak Mail : Tipu je...hehe, aku hack server kalo betul2 bos buat macam nee...

abglan said...

Nanti bos tak baca ke nie?