Monday 11 July 2011

Tolong Jangan SPAM

Siapa kat sini selalu join segmen abg ben kita? Rasanya 2 taw 3 peratus je tak kenal abg ben ne kan...hehe, siapa tak kenal blogger popular tu...


Ai muz ko cuba timbulkan kontroversi ke ne???

Eh taklah kita bukan nak kritik abg ben pun, sebenarnya muz nak cakap pasal segmen yang dianjurkan oleh abg ben tu...Melalui segmen tu para blogger dapat saling berkenalan dan menambah follower masing-masing, yelah juz pergi kat blog orang yang join segmen tu, follow dia then tinggalkan komen, kalo tuan blog tu baik hati dia akan singgah dan follow blog korang balik, itu KALAULAH...hehe




Cerita sebenar di sini, korang pernah tak alami situasi dimana korang tengah semangat ne singgah dan follow blog orang tetiba sampai kat satu blog, masa korang nak follow dia keluar lah pulak benda hantu ne...

Pernah kan? Start dari situ asal korang singgah blog yang lain benda ne mesti keluar sebelum korang dapat follow blogger tu, bagi yang dah tau mereka mungkin akan biarkan saja dan mungkin akan stop sampai situ. Bagi yang tak tau plak mereka akan kutuk tuan blog tu...

"Ape ke jadah tuan blog ne, dahlah komen pakai menatang ne !! Nak follow dia pun menatang ne juga kuar !!"

Sebenarnya masalah menatang ne kuar semasa korang nak follow tu bukan salah tuan blog tetapi salah SERVER...*server lagi kena bagi salah*. Sebenarnya SERVER telah mengesan IP korang cuba melakukan benda yang sama dalam satu-satu masa, jadi SERVER secara automatiknya melabelkan korang cuba untuk SPAM menggunakan autobots...*bukan transformers ye*



Kerana tu lah menatang ne kuar, fungsi autobots tidak akan berfungsi sekiranya ada benda ne kerana benda ini memerlukan manusia yang hidup untuk membaca tulisan tu kerana autobots tidak mampu melakukannya. Disebabkan autobots telah disetup untuk melakukan satu fungsi yang korang mahu, kalau hacker mereka akan menggunakan autobots untuk meletakkan SPAM LINK pada website dalam kuantiti banyak dalam satu tempoh masa yang sama.



Menatang ne bukan saja berlaku di blog tapi di mana pun samada FB, Google Search, Ping atau dimanapun. Asal saja korang cuba melakukan benda yang sama secara berulang-ulang dalam satu-satu masa maka secara automatik IP korang akan dilabel membuat percubaan untuk SPAM...



Jadi menatang ini dicipta untuk menghalang autobots, apa nak buat dah namanya yang SERVER tu komputer bukan manusia, jadi dia akan bertindak mengikut arahan yang telah di setup...hehe, so jangan salahkan SERVER atau tuan blog kerana mereka bukan insan yang bersalah...hehe


p/s : aku bengang kalo nak komen menatang ne kuar, dahlah huruf tu dia bagi pelik-pelik, buat mata aku juling je nak baca huruf tu

2 comments:

biela bell said...

Dulu penah buat.
lepas tu,pegi tempat org lain.kena sama dgn apa yg kita buat,Siyes,menyusahkan.Sejak tu dah tak wat dah menatang tu,.HAHA!

Anonymous said...

@Cik Bell
Hehe...betul tu menatang ne menyusahkan wooo