Saturday, 9 July 2011

Elakkan Akaun Facebook Anda DiHack

Korang pernah tak mengalami situasi dimana FB atau apa sahaja akaun laman sosial anda dicerobohi atau dalam kata lain di HACKED ? Siapa belum pernah, nanti muz kac pernah k...hehe, gurau je ye. Sebenarnya muz terserempak dengan seorang kawan blogger kita iaitu LINA yang pernah mengalami situasi DIHACKED ne... Oleh itu muz nak berkongsi sedikit tips dalam mengelak hal ini agar perkara sama tak berulang kepada blogger lain.

Sebenarnya kawan kita tu telah tertipu dengan taktik yang digunakan oleh HACKER tadi iaitu PHISING. PHISING digunakan oleh para HACKER untuk mendapatkan LOG IN ID dan PASSWORD korang dengan menggunakan cara menghantar email kepada korang dan meminta korang masuk ke laman PALSU yang dicipta oleh HACKER tadi.

Bagi yang kurang pengawasan mereka akan klik pada link yang disertakan dalam email tersebut, tanpa memastikan page tersebut original ataupun tidak mereka terus memasukkan LOG IN ID dan PASSWORD mereka. Tanpa mereka sedari maklumat yang mereka taip tadi telah dihantar ke database HACKER. Maka di sinilah kerja HACKER bermula.

Mereka akan masuk ke laman korang dengan menggunakan LOG IN ID dan PASSWORD yang korang taip tadi. Sekiranya HACKER tersebut bersikap keanakkan maka dia akan melakukan perkara seperti yang dilakukan kepada kawan kita LINA tadi iaitu mengubah keseluruhan page korang.

Jadi disini adalah diperjelaskan jangan terpedaya dengan email yang meminta korang log in melalui link yang disertakan. Sekiranya korang dah terperangkap dalam PHISING maka SEJUTA AKSARA PASSWORD korang yang UNIK pun takda guna sudah. Biasakan diri log in dari page yang original bukan melalui link.

Ok cara untuk mengenali PHISING ne senang saja. Korang tengok perbezaan gambar di bawah ini.

Satu laman web FACEBOOK yang original dengan address yang betul.



Satu lagi laman web FACEBOOK yang telah dipalsukan oleh HACKER.




Tips elak terkena PHISING

1. Biasakan diri log in dari page original dan bukan melalui link.

2. Biasakan diri menyemak URL blog samada original atau telah diubah.

3. Jangan terpedaya dengan E-mail yang mengatakan akaun anda mengalami masalah dan perlu LOG IN melalui link yang disediakan. Jika perlu juga pergi ke laman web laman tersebut secara manual dengan menaip address laman tersebut di URL.

17 comments:

Anonymous said...

sgt berguna.. ^^ TQ muz.. nt ila akan lebih berhati2 dgn URL tu..

Anonymous said...

@iLa VaNiLLa
Ur welcome...hehe

AyiLarimA said...

Tips yang sangat berguna.. tapi kan, Mira kurang faham laa, sbnarnye, ape yg Hacker tu nak ye?? dia mmg sje2 je ke nak hack hack orang??

Anonymous said...

@AyiLarimA
Sebenarnya hacker tahap hack facebook ne masih novice, kata orang masih mentah dan pasal tu dia gunakan ilmu dia pada jalan yang salah dengan hack facebook orang padahal bukan dapat duit pun. Hacker jenis macam ne banyak sangat sebab mereka ter EXCITED dapat belajar jadi hacker ne.

Syuk Ry said...

nice tip.. thax krn brkongsi..
Gara-gara Asphalt Adrinaline 6

Falling . said...

ok2.. tq inform..

p/s : jgn curik pic ye..! hee~

Anonymous said...

thanks ntuk info...
fawa kna gak..
mail yahoo kna hack..
die anta mail plik2 kat mmber2 len..

Anonymous said...

@Syuk Ry
Ur welcome....

Anonymous said...

@..cik gugu..
Ur welcome...

p/s : insya-allah..hehe

Anonymous said...

@newblogger
Sama2...

Sebab tu lain kali kena hati2 k... :)

fyna ahmad said...

bagus info nih.
thnx sangat2.






jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/
:)

Anonymous said...

@fyna
Ur welcome... :)

oktant said...

Terima kasih atas tip ni. Perlu lebih berhati-hati lps ni.

Anonymous said...

@oktant
Ur welcome...

Anak Wak Mail said...

thanks for the info..=)

Amalina Lee said...

Oh, kawan Lina pun ckp Lina kena pishing. Adoi, dugaan betul. Hee, thanks for the info. Btw, kalau Lina punya dia tmbh fastfacebook.com tak silap. taktik ohhh

Anonymous said...

@Amalina
Betul tu, lain kali kena lebih hati2 ye.... :)