Monday, 4 July 2011

Perkakasan Komputer Asas : Part 1

Ok semua kali ne jom kita belajar sedikit tentang komputer ne, tak lah korang terlari sana sini bila komputer korang ada masalah kan.. Lagi pun sekarang ne IT penting taw, budak tahun 1 pun dah campaign guna komputer main game...*betul ke ne*

So jom kita berkenalan dengan perkakas yang ada dalam lappy kesayangan korang tu. Nanti bila rosak bolehlah cari sendiri apa masalah, jangan bagi kaya tauke kedai je,*kedekut punya pasal* yang tak rosak pun dia kata rosak...

Perkara ini akan saya lakukan secara berperingkat... Ini peringkat pertama...


Kang saya cerita semua sekali, sampai besok korang tak habis baca, nanti mengadu lagi entry panjang berjuntaian...hehe

Part 1

1. Processor

Ini adalah hardware terpenting dalam lappy korang. Benda ini digunakan untuk menjalankan komputer korang mengikut spesifikasi atau nilai sesuatu processor. Di dunia ini hanya ada 2 jenis processor yang umum dan biasa digunakan ke dalam semua jenis pc/lappy iaitu kad AMD dan INTEL. Korang pernah dengarkan benda ne?

Processor jenis SLOT


Processor jenis FLIP CHIP LAND ARRAY / GRID / PIN



2.RAM (Random Access Memory)

RAM korang tahu kan, benda paling penting dalam lappy@pc korang, macam kira ketua kampung lah...*maksudnya korang fahamkan*
Sekarang ada 3 jenis RAM yang ada dipasaran iaitu DDR1, DDR2 & DDR3.
Korang faham kan? DDR1 makna korang boleh guna 1 RAM sahaja, kalau lappy korang, contohnya 2GB DDR2, maknanya korang boleh guna dua RAM. Begitulah seterusnya bagi DDR3.

DDR1


DDR2


DDR3


Beza DDR2 & DDR3


11 comments:

Ana Jannah said...

wahhh!!! buat lagi...nak baca...ley gak blaja free...hehehe...nak2 taw main je nak baiki payohh x reti..heheh

bartHeafy said...

yang pasal ram ddr1,ddr2, ddr3 tuh btul ka??

muz said...

@Ana Jannah

Yup boleh, nanti ada sambungannya, saya post lagi ye... :)

muz said...

@bartHeafy
Yup memang betul, sekarang kebanyakkan laptop latest guna RAM camne,contoh yang biasa jumpa laptop jenama COMPAQ....

Anak Wak Mail said...

eh??pendeknya..saya mahu lagi..good info..baru tahu beza processor ngan RAM..kalau tak,,buat2 paham je..hehe

muz said...

insya-allah, lepas saya sampai rumah nanti, saya update yang seterusnya, ini autopost tadi...hehe

Cik Kay Jue said...

wah.. baru dua hari tak online da macam ada kat blog muz ni! ni yang tak boleh jadi! nak terjah gak.. biar pun baru baca part 1.. akan ku terjah sampai part yang terakhir.. ! huhu..

hah.. mau tanya ni.. yang processor tu yang mana satu gambar processor lappy yang biasanya diguna?

muz said...

@Cik Kay Jue
Hehe..terjah jangan tak terjah....

laptop guna processor jenis FLIP CHIP LAND ARRAY / GRID / PIN tue...

Lena Yna said...

boleh tak bagitau cmne nak bezakan windows asli gn windows fake

muz said...

@Lena Yna

Microsoft Genuine Advantage Diagnostic Tool - http://go.microsoft.com/fwlink/?linkid=52012

eddy said...

Bro. saya rase kamu ade silap sket kat bahagian RAM
"Korang faham kan? DDR1 makna korang boleh guna 1 RAM sahaja, kalau lappy korang, contohnya 2GB DDR2, maknanya korang boleh guna dua RAM. Begitulah seterusnya bagi DDR3."

beza DDR1,DDR2,DDR3 bukanlah terletak pada bilangan slot yang boleh dimasukkan, tetapi ialah spesifikasi yang makin better. DDR1 RAM adalah lebih slow daripada DDR2, dan DDR2 lebih slow daripada DDR3. Clock frequency mungkin berbeza, tetapi timming RAM ade yang sama. saya pernah buat artikel sket mengenai RAM. klu sudi, have a read :)

http://eddytech03.blogspot.com/2011/02/random-acces-memory-ram-article-latency.html