Sunday 15 September 2013

Apa Itu cPanel & Perbezaannya Dengan WebHost Manager?


Apa Itu cPanel? 

cPanel adalah Control Panel web hosting Linux atau Unix yang digunakan laman web anda, di dalam Control Panel disediakan berbagai peralatan untuk mentadbir, mengubahsuai dan menyusun atur laman web anda. Contohnya melalui Control Panel anda boleh mengemaskini akaun email yang digunakan di laman anda, menggunakan peralatan laman seperti file manager, mengemaskini akaun FTP, mengemaskini perlindungan email dan laman web, melihat statistik laman anda, membuat backup, mengurus database MySQL, mengakses phpmyadmin, mengurus subdomains, menggunakan peralatan network.
  
cPanel digunakan oleh semua web hosting bagi memudahkan pentadbir laman mentadbir laman mereka dengan peralatan , cPanel Web Hosting terbahagi kepada dua iaitu cPanel dan WHM @ WebHost Manager.

Apakah perbezaan cPanel dan WHM?

cPanel digunakan untuk menyusun atur satu laman web sahaja manakala WHM digunakan untuk mengatur beberapa atau sejumlah laman web dan juga untuk mengatur hosting server bagi pembekal hosting.

Pengguna yang menguruskan satu laman memerlukan cPanel untuk memudahkan kerja mengurus atur laman mereka manakala Reseller atau pengguna dengan pakej hosting yang menguruskan lebih daripada satu domain memerlukan WHM.

Kenapa perlunya penggunaan cPanel ke atas sebuah laman web?

Dengan adanya cPanel dapat membantu seorang pentadbir laman junior dalam menguruskan laman web mereka dengan antaramuka cPanel yang cukup mesra pengguna. Pentadbir laman baru juga tidak perlu mempunyai pengetahuan khusus mengenai command line yang digunakan di dalam server LINUX dan UNIX barulah boleh mentadbir sebuah laman, cPanel membantu pentadbir laman baru untuk memudahkan kerja mengurus tadbir laman dengan mudah dan pantas.

Disini anda boleh cuba untuk melihat bagaimana antaramuka dan perbezaan antara cPanel dan WHM :

cPanel 

http://x3demob.cpx3demo.com:2082/logout/?locale=en
User ID : x3demob
Password : x3demob

WHM @ WebHost Manager 

http://demo.cpanel.net:2086/logout/?locale=en
User ID : demo
Password : demo

Apa Itu Blog?


Blog memang tidak asing lagi bagi blogger-blogger di seluruh pelusuk negara. Bagi mereka yang baru nak mencebur diri dalam dunia blog tentu tertanya-tanya apa itu blog. Blog adalah singkatan daripada perkataan "Web Log". Ia sama seperti buku catatan @ buku log namun secara dalam talian @ online. Ringkas nya ia ditakrifkan begini

Web (Talian) Log (Cacatan) = Catatan atas talian diringkaskan menjadi BLOG. 
  
Blog adalah catatan individu @ kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingini nya kepada blogger lain khususnya atau kepada sesiapa jua diatas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.

Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukhuwwah dan persahabatan @ berkenalan dengan blogger lain sambil melawat ke blog mereka. Biasanya ada shoutblox untuk tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Mereka yang ada blog biasanya dipanggil blogger.

Persoalan sebegini selalu bermain difikiran mereka yang berminat dan baru nak join dunia blog. Jangan pening-pening kan kepada anda. Terdapat banyak genre @ jenis-jenis blog yang ada dalam dunia blogger tanah air. Antara nya seperti berikut :

Blog Perkongsian Ilmu
Blog Komuniti
Blog Keagamaan
Blog Bisnes
Blog Peribadi- catatan hidup dll
Blog Persatuan, kelab dll
Blog lawak
Blog Seram
Blog Cerita
 Blog Sejarah 

dan bermacam-macam jenis blog lagi yang ada...

Jadi anda pilihlah genre mana yang anda suka. Yang penting anda tahu apa yang anda nak kongsikan dalam blog anda. Ingat, sebaiknya anda menulis sesuatu yang anda dapat kongsikan dengan blogger dan orang lain. Jangan sesekali wujudkan blog atas dasar nak mengena kan orang atau untuk tujuan yang tak baik sebab bukan anda seorang sahaja yang baca, berjuta orang akan baca @ mungkin baca blog anda.

dah berminat nak jadi seorang blogger?
dan mempunyai blog sendiri?
daftar lah di Sini https://www.blogger.com/home
percuma tanpa sebarang bayaran

Selamat Berblogging dan selamat menjadi blogger yang berjaya, insyaAllah...

Friday 13 September 2013

Apa Itu Laman Web ?


Jaringan Laman Web

World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmata yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunyai alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu seangkatan HyperText Transfer Protocol.

Laman web ialah dokumen “HTML” pada World Wide Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web.Dokumen ini biasanya berada pada pelayan web yang berlainan. Melayari web ialah melalui proses mengikuti hubungan ini dari satu laman ke satu laman yang lain.

Maksud Laman Web

Menurut Dictionary.com (2007)

Laman web yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Internet, dengan menyediakan kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web/tapak dan ciri-cirinya dalam Internet.

Menurut Wikipedia (2007)

Laman web dalam Internet yang kebiasaanya menyediakan kemampuan tertentu/tersendiri (personalized) kepada pengunjungnya.

Menurut Yahoo.education

Laman web yang dianggap sebagai Pintu masuk kepada laman web lain, kebiasaannya dengan menyediakan atau menjadi akses kepada enjin pencari.

World Wide Web (www atau web) merupakan bahagian internet yang sering digunakan untuk mendapatkan maklumat, kita selalu berfikir tentang “net” dan “web” saling memerlukan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun web hanya sebahagian daripada internet, bahagian lain dari internet termasuklah sistem komunikasi seperti email, mesej segera dan teknologi pertukaran maklumat seperti “file transfer protocol" (FTP) dan newsgroup.

Apa yang membezakan web daripada internet yang lain ialah :

1. Menggunakan protokol komunikasi biasa (seperti tcp/ip) dan bahasa khas (seperti hypertext markup language atau html) yang sesuai dengan komputer yang berbeza untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan memaparkan informasi dalam format compatible.

2. Ia menggunakan link khas (hyperlink) yang memebolehkan pengguna untuk “jump” dari satu web ke web yang lain.

Maksud laman web:


~ Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.

Menurut buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, laman web merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting di dalam internet. Laman web ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web yang mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web. HTML digunakan untuk membuat reka bentuk laman web dan untuk menghubungkan satu halaman dengan halaman yang lain pada web.

Laman web juga merupakan jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian yang dipanggil tapak jaring atau homepage. Tapak jaring ini mengandungi pautan-pautan ke dokumen dan sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet.

Laman Web

Laman web atau dikenali sebagai World Wide Web ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (ONLINE). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link) ke dokumen dan sumber-sumber maklunat yang terdapat diseluruh rangkaian internet. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya sejagat (Universal Virtual Library).

Tuesday 20 August 2013

Doalah Untuk Mesir Saudara Muslim Ku


Assalammualaikum seluruh kaum muslimin dan muslimat...

Amat sedih apabila kita melihat apabila kita melihat saudara-saudara kita diperlakukan dengan sungguh zalim di Mesir... Nyawa mereka bagai tiada harga, wanita, kanak-kanak dan orang tua dibunuh dengan kejam dan rumah ibadat yang berlindung dibakar... Ya sungguh kejam pebuatan manusia terkutuk... Janji Allah Azza Wa Jallan neraka jahanam kepada mereka yang membunuh umat Islam yang menegakkan Islam di muka bumi Allah...


[Allah SWT berfirman (Maksudnya) ;

“Dan barang siapa yang membunuh seorang mu’min dengan sengaja maka balasannya ialah Jahanam, dia kekal di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan melaknatinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (An Nisa: 93)]



Oleh itu admin ingin mengajak seluruh umat islam di dunia untuk menyokong Seruan Solidariti Antarabangsa Mengecam Pembunuhan oleh Kudeta Tentera Mesir ...

Dunia telah menyaksikan tragedi kemanusiaan paling besar dalam sejarah Mesir sehingga hari ini. Dalam 3 atau 4 tragedi berasingan Mesir telah menumpahkan darah rakyatnya hampir 4000 orang dan lebih belasan ribu lagi tercedera. Peserta demonstasi yang menuntut hak demokrasi mereka telah berkampung selama sebulan lebih dengan aman tanpa sebarang keganasan dan pertumpahan darah. Walaupun ada pihak yang mendakwa mereka dengan pelbagai tuduhan tetapi mereka gagal menghadirkan bukti selain gambar-gambar dan kenyataan palsu.

Sistem demokrasi menjamin hak bersuara dan berdemonstrasi secara aman. Namun, perhimpunan mereka diserang dengan peluru hidup, dan perkampungan mereka dibakar untuk penghapusan bukti di Medan Rabaah dan Medan An Nahdhah. Kemudian, sekali lagi perhimpunan menuntut bela atas kematian ini di Ramsis diserang yang mengorbankan lagi 300 nyawa. Kudeta terus bermaharaja lela tanpa mengendahkan sebarang tekanan antarabangsa untuk menghentikan penyembelihan ini.

Kami menyeru masyarakat dari seluruh pelusuk dunia untuk bersatu menunjukkan solidariti kita demi setitik nilai demokrasi dan kemanusiaan kepada rakyat Mesir. Masihkah anda ingat bagaimana solidariti dunia membela "hunger strike" rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Israel mampu memberi kesan yang signifikan sehingga mereka dibebaskan?

Sekarang, menurut kenyataan Al Jazeera (semalam) dianggarkan sudah lebih 85 juta penduduk dunia yang menggunakan Gambar profil (DP) Rabiah turut sama bersolidariti demi nilai kemanusiaan dan demokrasi. Simbol ‪#‎R4BIA‬ yang menjadi lambang solidariti dunia adalah simbolik kemenangan buat rakyat Mesir.

_______________________________

• Maksud Simbol 4.

1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang medan demonstrasi Pro Demokrasi dan legitimasi Presiden Mursi di Medan Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kemerdekaan.

2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyep Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras 'massacre' yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Mursi.

3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir.

Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini. Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua sempadan dan kita mampu melakukannya !

Ayuh, tunjukkan solidariti kalian! Sebarkan.

"Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan !

You are lucky enough to be a man and being treated like humans, not like the Egyptians who have been denied their human rights by those who have lost their humanity !


‪#‎mesirkini‬
#R4BIA
Mari kita sama-sama menyokong Dr Mursi dan seluruh pejuang Ikhwanul Muslimin dengan menukarkan Profile Picture kita kepada gambar di bawah ini...



Doakan Mesir saudaraku semua, Perjuangkan agama Islam walau hingga ke titisan darah terakhir...


Saturday 17 August 2013

Belog Diserang Penggondam Misteri


Ini adalah kenangan manis blog ini XD













Jom kenalan dengan abam hensem kita ne XD

Friday 5 April 2013

Dapatkan 50 Hari Akaun Premium Percuma Kepard VPN


Kepard VPN adalah salah satu lagi servis provider VPN yang menyediakan servis VPN unlimited kepada pengguna berdaftar. Untuk permulaan Kepard VPN memberikan perkhidmatan percuma akaun premium kepada pengguna.


Kini anda boleh mendapatkan akaun premium percuma sebanyak 50 hari dengan mendaftar menggunakan link promosi di bawah ini. Dengan mendaftar melalui link di bawah anda akan mendapat 15 hari akses premium secara percuma.


Untuk menebus 35 hari akses premium anda harus login kedalam akaun anda di laman web Kepard VPN dan selesaikan 5 task mudah iaitu menyambungkan akaun twitter dan facebook anda dengan Kepard VPN dan kemudian share link Kepard VPN di twitter dan Facebook serta berikan komen kenapa anda sukakan Kepard VPN.

Dengan melaksanakan semua task di atas anda akan mendapat 35 hari lagi akses akaun premium Kepard VPN.



Apa tunggu lagi cepat dapatkan 50 hari akses akaun premium percuma anda sebelum terlewat.



Kenapa anda perlukan VPN, kerana untuk memastikan tiada siapa mampu tracking lokasi anda semasa berada di atas talian. Tiada siapa tahu mungkin "mereka" sedang memerhati kedudukan anda.

Tuesday 2 April 2013

100GB Cloud Storage Percuma



Dengan gabungan diantara putdrive dan ozibox maka pengguna kini boleh mendapatkan 100GB ruangan simpanan cloud secara percuma (giler paling besar percuma setakat ini).



Apa kegunaan benda ne? Anda boleh memuatturun file daripada premium site seperti menggunakan akaun premium site tersebut.


Apa lagi download torrent secara direct link tanpa perlu merisaukan masalah tracker, file hosters atau peer.


JADI TUNGGU APA LAGI ?

JOM PAKAT DAFTAR RAMAI-RAMAI.


Monday 18 March 2013

Farid Sanullah-Dont Forget Allah



you're down and out
you just cant cope
You wanna shout
you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there
whoever you are cos he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands
Alhamdulillah
lets flashback lets backtrack
to a time like yours and mine
The story of the threewho long to be
to be free of their misery

To the poor he opened the doors
gave him plenty of His bounty

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah

Can’t you see His promise to you
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillahyou're down and out
you just cant cope
you wanna shout
you lost all hope
On your knees
begging please
You turn and pray
to find your way

Saturday 16 March 2013

10 Ciri Samsung Galaxy S4 Yang Anda Harus Ambil Tahu





  1. Pemproses Teras-OCTA : Ia adalah telefon pintar pertama di dunia dengan pemproses OCTA. Samsung Galaxy S4 dikuasakan oleh CPU 1.6 GHz OCTA-Core. Pemproses ini mempunyai empat ARM Cortex-A15 untuk prestasi dan empat ARM Cortex-A7 untuk mengendalikan beban kerja biasa.
  2. Kamera Dual : Dengan ciri ini, anda secara serentak boleh menggunakan kamera depan dan belakang. Apabila menangkap gambar, pengguna boleh memilih daripada pelbagai kesan bingkai yang menggabungkan dua gambar secara semulajadi dan juga melaraskan saiz gambar kecil di dalam gambar besar. Pengguna boleh memilih 8 cara yang berbeza untuk menggabungkan dua gambar yang diambil oleh kamera depan dan belakang.
  3. Bunyi dan Shot : Sekarang, dengarkan bunyi pada gambar anda. Inilah ciri baru yang membolehkan anda untuk merakam beberapa saat audio sebelum anda menangkap gambar. Dengan cara ini, anda boleh mengembangkan mana-mana gambar dengan menambah bunyi latar belakang untuk beberapa saat.
  4. Drama Shot : Ia membolehkan anda mengambil satu siri gambar-gambar subjek yang bergerak, dan menggabungkan mereka ke dalam satu gambar. Oleh itu, ia membolehkan anda untuk melihat semua tindakan dalam satu masa yang berterusan.
  5. Smart Pause  : Smart Pause merupakan ciri mata pengesanan, yang memberhentikan video apabila ia mengesan kepala anda bergerak dari skrin. Apabila anda menonton video, video berhenti apabila anda melihat kearah lain dan bermula semula apabila anda kembali.
  6. Smart Scroll : Ia membolehkan anda untuk scroll pelayar atau e-mel dan turun tanpa menyentuh skrin. Ia mengesan pergerakan muka anda semasa melihat skrin dan pergerakan pergelangan tangan anda dan kemudian scroll ke halaman atas atau ke bawah dengan sewajarnya.
  7. Air View : Air View membolehkan pengguna berlegar dengan jari mereka untuk pratonton kandungan e-mel, S Perancang, galeri imej atau video tanpa perlu membukanya. Walaupun ciri ini hadir di Galaxy Note II, tetapi di Galaxy Note II Air View membolehkan pengguna untuk pratonton kandungan dengan Pen S (bukan jari) ke atas kandungan.
  8. Isyarat Udara : Dengan Isyarat udara, anda boleh menukar trek muzik, scroll ke atas dan ke bawah laman web, atau menerima panggilan dengan gelombang tangan anda. Isyarat Udara dalam S4 Galaxy membolehkan pengguna untuk mengawal telefon tanpa sebenarnya menyentuh.
  9. Pemadam : Ia membolehkan anda untuk membuang yang tidak perlu atau mengganggu unsur-unsur dari snap. Anda boleh menyimpan snap terbaik selepas memadam objek bergerak daripada 5 gambar berturut-turut.
  10. Main Group : Dengan fungsi Main Kumpulan, pengguna boleh menikmati muzik, gambar, dokumen dan permainan dengan orang-orang di sekeliling mereka tanpa memerlukan satu titik akses wayarles atau isyarat selular. Ia membolehkan pengguna untuk menyambung secara langsung dengan orang lain untuk berkongsi, bermain dan bersama mewujudkan kandungan dan hiburan serta-merta. Pilihan Kongsi Muzik yang membolehkan pengguna untuk mempunyai bermain lagu yang sama pada telefon berbilang untuk mewujudkan suasana parti yang terbaik.

Ciri Ciri Rasmi Samsung Galaxy S4 Diumumkan




  • Cat 3 100/50Mbps (downloads at 100 Mbps, uploads at 50Mbps)
  • Wi-Fi a/b/g/n/a/c (HT80)
  • Bluteooth 4.0, IR LED (Remote Control), MHL 2.0
  • 13 MP camera, 2 MP front
  • 2 GB of LP DDR3 RAM
  • 16 GB HD with 32, 64 and microSD
  • Battery: Removable 2,600 mAh
  • Two Models: black mist and white frost
  • Corning’s Gorilla Glass 3
  • 5 inch Full HD Super AMOLED (1920 x 1080) display, 441 ppi
  • Android 4.2.2 Jelly Bean




Peraduan 2 Juta CyberGhost VPN

Jom sertai peraduan daripada CyberGhost VPN untuk memenangi hadiah seperti Akaun VPN Seumur Hidup dan lain-lain hadiah daripada CyberGhost.

Semasa artikel ini ditulis, 1,991,050 pengguna yang menyertai peraduan ini, jom ikut serta sebelum terlambat.


HADIAH UTAMA


LAIN-LAIN HADIAH TAJAAN


KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK TURUT SERTA DALAM PERADUAN


Friday 15 March 2013

Pelancaran Samsung Galaxy S4




KUALA LUMPUR : Samsung Electronics Co Ltd, peneraju global dalam media digital dan teknologi tumpuan digital, hari ini mengumumkan generasi keempat Galaxy S, Galaxy S4.

Dalam satu kenyataan hari ini, Samsung berkata telefon berkenaan dengan reka bentuk hebat berskrin 5 inci dan bateri 170 gram, setipis 7.9 milimeter.

Ia mempunyai paparan Super AMOLED HD sepenuhnya yang pertama di dunia dan kamera 13Mp.

"Samsung Galaxy S4 lebih nipis tetapi lebih kukuh, dengan lebih mudah dipegang tetapi lebih banyak kelebihan," katanya.

Pada pelancaran, dua pilihan warna akan ditawarkan -- hitam dan putih dengan pilihan warna tambahan menyusul akhir tahun ini, katanya.

JK Shin, Presiden dan juga Ketua Bahagian IT & Komunikasi Mudah Alih Samsung berkata semua ciri-ciri inovatif Galaxy S4 dimajukan berdasarkan kepada keperluan dan harapan penggunanya di seluruh dunia.

"Di Samsung, kami tidak akan berhenti daripada meneruskan inovasi yang diperoleh daripada apa dibayangkan orang ramai, jadi kami boleh memberikan keinginan mereka," katanya.

Thursday 14 March 2013

Kubur Dijadikan Kubu Pertahanan

KERETA perisai melepaskan tembakan ke arah pengganas di Sungai Nyamuk.


Kuala Lumpur : Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.

Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.

“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.

“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas terbabit tidak melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik saja anggota pasukan keselamatan menghampiri kubur.

SUMBER

Cubaan Masuk Tentera Sulu Ke Perairan Sabah Berjaya Dibatalkan


ANGGOTA komando polis melakukan rondaan di Kampung Senallang Lama, Semporna, semalam.

Bongao (Tawi-Tawi) : Sebuah bot peronda memintas dua bot membawa lebih 30 anggota ‘tentera diraja’ Jamalul Kiram III ketika mereka memasuki perairan Filipina dari Sabah pagi semalam.

Ketua Markas Tentera Mindanao Barat Lt Jen Rey Ardo berkata, sebahagian penumpang bot itu bersenjata dan cedera.

Katanya, dua bot membawa 32 lelaki bersenjata Sulu melarikan diri selepas diburu pasukan keselamatan Malaysia berada 12.96 kilometer dari Sabah apabila dikesan bot peronda tentera laut.

Bagaimanapun, dalam laporan awal, jurucakap tentera laut Lt Komander Gregory Fabic berkata, 32 orang dipintas bot peronda pada awal pagi.

“Anggota kami memintas mereka. Empat bersenjata. Sepucuk senapang patah dan M16 dirampas daripada kumpulan itu,” kata Ardo kepada Philippine Daily Inquirer.

Kali Linux Dilepaskan Kepada Umum



Berita baik untuk para penggodam dan peminut tegar Backtrack Linux.  Linux Pentest yang paling ditunggu-tunggu iaitu "KALI LINUX" ataupun "BACKTRACK 6" daripada pembangun BACKTRACK sendiri.

Dari 7 tahun yang lepas kita melihat lima versi terhebat Linux Backtrack. Tetapi kali ini untuk mencapai beberapa matlamat yang lebih tinggi, pembangun Backtrack memutuskan untuk melahirkan "Kali Linux".

Kali Linux adalah berdasarkan Debian Linux kemas kini pakej terbaru serta penambahbaikan keselamatan terkini.



Satu lagi ciri hebat yang diperkenalkan dimana ianya mempu untuk membuat pemasangan Boostrap/ISO terus dari repositori Kali. Ini membolehkan mana-mana pengguna untuk membina mengikut citarasa mereka.

Imej Senibina ARM Kali Linux berfungsi hebat pada Samsung ARM Chromebook, Raspberry Pi, ODROID U2 / X2 dan SainSmart SS808.

Dengan lebih daripada 300 alat ujian sekuriti, ianya benar-benar percuma dan merupakan sumber terbuka, sokongan peranti wiriles, GPG pakej dan repo, multibahasa dan ianya merupakan salah satu pembangunan terhebat masyarakat penggodam.

Sekali lagi, kata laluan root adalah sama "toor", anda boleh memuat turun Kali Linux di SINI.

Wednesday 13 March 2013

Kemaskini Windows 15 March 2013


Adakah anda telah mengemaskini windows anda? Jika belum anda perlu berbuat demikian kerana kemaskini ini merupakan kemaskini Major yang ditunggu oleh pengguna windows.






Papan Kekunci Swiftkey Android Bertukar Menjadi Aplikasi Keylogger



Salah satu daripada pihak parti ke-3 Papan Kekunci Telefon Mudah Alih Android iaitu "Swiftkey" bertukar menjadi "Trojan Keylogger". Ini adalah untuk menunjukkan ancaman keselamatan yang memungkinkan penggodam menggunakan aplikasi cetak-rompak dari Kedai Tidak Rasmi App (Non-Official App Stores), "sesiapa yang menggunakan aplikasi Swiftkey yang telah dicetak-rompak adalah mengambil risiko yang serius" kata pembangun aplikasi.

"Aplikasi Android yang dibangunkan menggunakan aplikasi Java dan disusun kepada kod bit yang berjalan di VM Dalvik, kod ini tidak sukar untuk diedit semula dan memasukkan semula ke APK" jelasnya.

Beliau membangunkan keylogger daripada aplikasi SwiftKey ( Muat Turun APK ), program java yang berniat jahat dibuat untuk mengumpul dan menghantar semua maklumat tersebut ke pelayan server jarak jauh ( Semakan Log ) bersama-sama dengan alamat IP pengguna. Beliau juga menjelaskan kod ini secara terperinci di blog beliau.

Malware Android meningkat lebih cepat berbanding platform mudah-alih yang lain. Untuk penjenayah siber ianya bukan perkara utama untuk membangunkan aplikasi malware milik mereka sendiri dari awal, mengubah aplikasi sedia ada dengan memasukkan kod malware lebih mudah dan menyenangkan kerja mereka.

Pengguna hendaklah betul-betul memeriksa aplikasi yang digunakan dan tidak memuatturun aplikasi yang telah dicetak rompak sekiranya ragu-ragu dengan aplikasi tersebut.

PD-Proxy VPN Service






PD-Proxy VPN Service adalah salah satu perkhidmatan VPN yang dibangunkan oleh PINOYDEN dan ianya merupakan VPN terbaik kerana menyediakan perkhidmatan TCP, UDP dan ICMP. Kebanyakkan VPN luar hanya menawarkan perkhidmatan setakat TCP dan UDP sahaja.



PD-Proxy VPN Service juga menawarkan trial account kepada user yang ingin mencuba PD-Proxy VPN Service terlebih dahulu dimana dua server DEMO disediakan untuk pengguna yang ingin mencuba trial akaun terlebih dahulu.



Anda boleh mendaftar trial akaun PD-Proxy VPN Service di SINI. Anda ingin tahu berapa server VPN yang disediakan oleh PD-Proxy VPN Service ? Anda boleh merujuknya di SINI.



Kelebihan PD-Proxy VPN Service ? Antara kelebihan sebagai pengguna PREMIUM PD-Proxy VPN Service anda tidak mempunyai had maksimum untuk penggunaan bandwitdh, had maksimum kelajuan layaran internet dan had maksimum untuk bertukar-tukar server semasa menggunakan PD-Proxy VPN Service.



Bagi pengguna seperti Malaysia Amnya anda boleh melayari Hulu dan Netflix dengan menggunakan PD-Proxy VPN Service tanpa merisaukan masalah lagging semasa menonton video di Hulu atau Netflix. Selain itu PD-Proxy VPN Service juga menyediakan server untuk kegunaan TORRENT dan juga server untuk kegunaan bermain GAME ON-LINE.



Disini saya kongsikan beberapa screenshot daripada :



Control Panel PD-Proxy VPN Service amat menarik dan mesra pengguna.




VPN Client PD-Proxy VPN Service yang memudahkan pengguna tanpa perlu bingung dengan config file yang mungkin agak expert bagi pengguna biasa.




Saya telah menggunakan PD-Proxy VPN Service dan saya berpuashati dengannya. Jadi bagaimana dengan anda tidak rugi untuk mencuba PD-Proxy VPN Service yang sememangnya terbaik dari VPN yang lain.




Jom Lawat Serta Like Page Rasmi Facebook PD-Proxy & Droid VPN Malaysia (Official)




Serta Add Dan PM Facebook PdProxy My Untuk Sebarang Info Dan Pertanyaan Mengenai PdProxy VPN Ini..




PdProxy boleh dihubungi sekiranya anda mempunyai pertanyaan dengan menghantar email kepada :

pdproxy.my@gmail.com