ANGGOTA komando polis melakukan rondaan di Kampung Senallang Lama, Semporna, semalam. |
Bongao (Tawi-Tawi) : Sebuah bot peronda memintas dua bot membawa lebih 30 anggota ‘tentera diraja’ Jamalul Kiram III ketika mereka memasuki perairan Filipina dari Sabah pagi semalam.
Ketua Markas Tentera Mindanao Barat Lt Jen Rey Ardo berkata, sebahagian penumpang bot itu bersenjata dan cedera.
Katanya, dua bot membawa 32 lelaki bersenjata Sulu melarikan diri selepas diburu pasukan keselamatan Malaysia berada 12.96 kilometer dari Sabah apabila dikesan bot peronda tentera laut.
Bagaimanapun, dalam laporan awal, jurucakap tentera laut Lt Komander Gregory Fabic berkata, 32 orang dipintas bot peronda pada awal pagi.
“Anggota kami memintas mereka. Empat bersenjata. Sepucuk senapang patah dan M16 dirampas daripada kumpulan itu,” kata Ardo kepada Philippine Daily Inquirer.
No comments:
Post a Comment