Sunday 15 September 2013

Apa Itu cPanel & Perbezaannya Dengan WebHost Manager?


Apa Itu cPanel? 

cPanel adalah Control Panel web hosting Linux atau Unix yang digunakan laman web anda, di dalam Control Panel disediakan berbagai peralatan untuk mentadbir, mengubahsuai dan menyusun atur laman web anda. Contohnya melalui Control Panel anda boleh mengemaskini akaun email yang digunakan di laman anda, menggunakan peralatan laman seperti file manager, mengemaskini akaun FTP, mengemaskini perlindungan email dan laman web, melihat statistik laman anda, membuat backup, mengurus database MySQL, mengakses phpmyadmin, mengurus subdomains, menggunakan peralatan network.
  
cPanel digunakan oleh semua web hosting bagi memudahkan pentadbir laman mentadbir laman mereka dengan peralatan , cPanel Web Hosting terbahagi kepada dua iaitu cPanel dan WHM @ WebHost Manager.

Apakah perbezaan cPanel dan WHM?

cPanel digunakan untuk menyusun atur satu laman web sahaja manakala WHM digunakan untuk mengatur beberapa atau sejumlah laman web dan juga untuk mengatur hosting server bagi pembekal hosting.

Pengguna yang menguruskan satu laman memerlukan cPanel untuk memudahkan kerja mengurus atur laman mereka manakala Reseller atau pengguna dengan pakej hosting yang menguruskan lebih daripada satu domain memerlukan WHM.

Kenapa perlunya penggunaan cPanel ke atas sebuah laman web?

Dengan adanya cPanel dapat membantu seorang pentadbir laman junior dalam menguruskan laman web mereka dengan antaramuka cPanel yang cukup mesra pengguna. Pentadbir laman baru juga tidak perlu mempunyai pengetahuan khusus mengenai command line yang digunakan di dalam server LINUX dan UNIX barulah boleh mentadbir sebuah laman, cPanel membantu pentadbir laman baru untuk memudahkan kerja mengurus tadbir laman dengan mudah dan pantas.

Disini anda boleh cuba untuk melihat bagaimana antaramuka dan perbezaan antara cPanel dan WHM :

cPanel 

http://x3demob.cpx3demo.com:2082/logout/?locale=en
User ID : x3demob
Password : x3demob

WHM @ WebHost Manager 

http://demo.cpanel.net:2086/logout/?locale=en
User ID : demo
Password : demo

No comments: