Friday 13 September 2013

Apa Itu Laman Web ?


Jaringan Laman Web

World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmata yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunyai alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu seangkatan HyperText Transfer Protocol.

Laman web ialah dokumen “HTML” pada World Wide Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web.Dokumen ini biasanya berada pada pelayan web yang berlainan. Melayari web ialah melalui proses mengikuti hubungan ini dari satu laman ke satu laman yang lain.

Maksud Laman Web

Menurut Dictionary.com (2007)

Laman web yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Internet, dengan menyediakan kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web/tapak dan ciri-cirinya dalam Internet.

Menurut Wikipedia (2007)

Laman web dalam Internet yang kebiasaanya menyediakan kemampuan tertentu/tersendiri (personalized) kepada pengunjungnya.

Menurut Yahoo.education

Laman web yang dianggap sebagai Pintu masuk kepada laman web lain, kebiasaannya dengan menyediakan atau menjadi akses kepada enjin pencari.

World Wide Web (www atau web) merupakan bahagian internet yang sering digunakan untuk mendapatkan maklumat, kita selalu berfikir tentang “net” dan “web” saling memerlukan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun web hanya sebahagian daripada internet, bahagian lain dari internet termasuklah sistem komunikasi seperti email, mesej segera dan teknologi pertukaran maklumat seperti “file transfer protocol" (FTP) dan newsgroup.

Apa yang membezakan web daripada internet yang lain ialah :

1. Menggunakan protokol komunikasi biasa (seperti tcp/ip) dan bahasa khas (seperti hypertext markup language atau html) yang sesuai dengan komputer yang berbeza untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan memaparkan informasi dalam format compatible.

2. Ia menggunakan link khas (hyperlink) yang memebolehkan pengguna untuk “jump” dari satu web ke web yang lain.

Maksud laman web:


~ Laman web ialah dokumen berisikan maklumat yang boleh dilawati di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula.

Menurut buku Teknologi Maklumat dalam Pendidikan, laman web merupakan aplikasi yang paling menarik dan penting di dalam internet. Laman web ialah dokumen ‘HTML’ pada World Wide Web yang mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web. HTML digunakan untuk membuat reka bentuk laman web dan untuk menghubungkan satu halaman dengan halaman yang lain pada web.

Laman web juga merupakan jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian yang dipanggil tapak jaring atau homepage. Tapak jaring ini mengandungi pautan-pautan ke dokumen dan sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet.

Laman Web

Laman web atau dikenali sebagai World Wide Web ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada koleksi fail dalam talian (ONLINE). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link) ke dokumen dan sumber-sumber maklunat yang terdapat diseluruh rangkaian internet. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya sejagat (Universal Virtual Library).

No comments: