Thursday, 9 June 2011

Aktifkan Akaun "ADMINISTRATOR"

Akaun ADMINISTRATOR adalah akaun yang mempunyai sepenuhnya akses ADMIN ke atas sesebuah komputer, dimana akaun ini membolehkan anda membuat pengubahsuaian ke atas file WINDOWS yang dilindungi dan memerlukan kebenaran ADMIN.

Namun atas tujuan keselamatan akaun ini disetkan pada mode HIDDEN semasa install dan sekiranya anda ingin menggunakan akaun ini maka anda perlu mengaktifkan secara manual.

Di sini salah satu cara untuk mengaktifkan akaun ini secara manual.




LANGKAH UNTUK MENGAKTIFKAN :

1. Buka COMMAND PROMPT anda. *rujuk link ini untuk CMD

2. Kemudian taip arahan ini
net user Administrator /active:yes


3. Setelah itu tekan ENTER dan arahan ini akan keluar yang menunjukkan akaun ADMINISTRATOR sudah diaktifkan.
The command completed successfully


4. Kemudian LOG OFF laptop anda dan anda akan lihat akaun ADMINISTRATOR sudah muncul di LOG IN SCREEN anda.


LANGKAH UNTUK MENYAHAKTIFKAN :

1. Buka COMMAND PROMPT anda. *rujuk link ini untuk CMD

2. Kemudian taip arahan ini
net user Administrator /active:no


3. Setelah itu tekan ENTER dan arahan ini akan keluar yang menunjukkan akaun ADMINISTRATOR sudah dinyahaktifkan.
The command completed successfully

4. Kemudian LOG OFF laptop anda dan anda akan lihat akaun ADMINISTRATOR sudah tiada di LOG IN SCREEN anda.

8 comments:

org muo said...

bila dah sampai bab ni trus blur laa..x pe nnti mintak anak tlg buatkan tq info

Anonymous said...

@org muo
ur welcome, xpe pelan2 ble cube... :)

Cik Kay Jue said...

muz.. CKJ tak dapt buat la..
dia tulis "access is denied..."

Anonymous said...

@Cik Kay Jue
Apa windows CKJ?

Cik Kay Jue said...

Windows 7 Ultimate..

Anonymous said...

@Cik Kay Jue
Mesti dapat kecuali CKJ ada tersalah taip...

Cik Kay Jue said...

CKJ copy paste je arahan yang no.2 tu..
da banyak kali da.. huhu..

Anonymous said...

@Cik Kay Jue
Cuba right click CMD tu dan pilih run as ADMINISTRATOR.

Kat kotak CMD dia akan keluar macam ne.

C:\Windows\System32 >

Bukan Macam ne

C:\Windows\UserName >