Tuesday, 28 June 2011

Samsung NX11

Samsung NX11

  • NX11 adalah yang terbaru dalam keluarga kamera NX dengan keupayaan 15MP dan resolusi imej 4592x3056 pixel.
  • NX11 adalah model dipertingkatkan daripada NX 10, serasi lensa 18-55mm i-Function baru yang diperkenalkan pada NX 100.
  • Lensa i-Function menghasilkan gambar yang sempurna dengan menyediakan kawalan kamera yang baik.
  • Sistem i-Function baru membolehkan jurufoto menggunakan tangan kiri untuk menukar tetapan kelajuan katupan, bukaan, EV, WB dan ISO menerusi bebutang dalaman secara mudah.
  • NX 11 menggunakan sensor kelas APS-C untuk imej yang berkualiti di mana ia lebih besar daripada Micro 4/3.
  • Ia juga mempunyai lampu dalaman dan paparan VGA elektronik dalaman bersama skrin LCD AMOLED 3 inci.
  • NX11 juga menyediakan rakaman video berkualiti tinggi 720p HD yang mampu menghasilkan rakaman yang baik dengan penggunaan sensor APS-C.
  • NX11 menyokong storan SDHC dan Secure Digital di samping ISO - auto dan 100 ~ 3200.
Harga bagi kamera ini adalah dalam sekitar RM 1980.00

2 comments:

blog-tips-kurus said...

orang cakap, NIKON best. ye ke?!

*selamat ke REVERSE drive pagi tadi? (",)

muz said...

hehe...saya rasa ye, sebab jenama popular... :)

Selamat pakcik trafik pun nangis pagi tadi time jumpa saya... :)