Sunday, 19 June 2011

Superhero Idaman Saya Sejak Kecil

...Saya mulakan dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Setelah puas menerjah blog-blog yang ada, saya tengok semua sibuk update mengenai abah memasing, aish mana boleh nak tinggal ne...



Nampak gambar kat atas tu? Itulah ayah saya -En Sarudin Gapor- saya sangat tabik kat dia sebab dia seorang ayah yang sangat gigih berusaha sehingga sekarang...



Saya sedar sejak saya lahir, saya selalu menyakitkan hati ayah dengan sikap super nakal saya, korang tahu saya pernah simpan rasa benci kat ayah, kejam kan saya... :(



Semua itu terus berlaku sehingga ayah dah muak untuk memarahi saya, sehinggalah suatu hari sedang saya sibuk menyelongkar mencari fail peperiksaan saya, masa itu saya form 4. Saya terjumpa 1 notebook kecil dan saya belek notebook kecil itu satu persatu...



Di satu muka surat saya terhenti dan ntah mengapa jiwa keras dan nakal saya boleh sebak membaca ayat yang tak berapa panjang tu...




"Anakku, sekiranya ayah pergi nanti ayah tak ada apa-apa nak ditinggalkan, ayah tiada harta untuk ayah bagi waris kepada kamu semua, cuma ayah dapat bagi pelajaran sahaja, ayah harap kamu semua akan jadi manusia berjaya, sekiranya ayah sudah tiada nanti, kalau kamu semua sudah besar, kamu jangan kac lupa jaga mama kamu, dia sudah jaga kamu dari kecil sampai kamu besar, sanggup berlapar asal dapat kac makan kita, ayah harap kamu semua akan ingat pesan ayah bila ayah sudah pergi nanti, itu saja pesan ayah buat kamu semua"



Entahlah dengan serta merta air mata lelaki aku menitis tanpa diminta mengenang semua perlakuan yang pernah aku buat kat ayah aku dulu, sejak itu aku sudah tidak terlalu melawan lagi kata beliau, dan kini syukur alhamdullillah aku sudah berkerjaya dan aku berjanji akan menjaga kedua orang tua ku selagi hayat mereka di dunia ini....



Amin... :'(

15 comments:

Ain Nadiah said...

sedih juga. ;(

schaze zainn said...

sedih :(

btw, selamat hari bapa

new entry : BUSUK la Bau Badan!

muz said...

Only thx can i say for ur comment.. Cuz i've no word to say...

Umar Faruq said...

pengorbanan.. nice entri nie..

muz said...

@Umar Faruq
Btw thx bro...

Cik Kay Jue said...

note drp seorang ayah.. >_<

muz said...

@Cik Kay Jue
Yup dan saya masih ingat isi note itu sampai sekarang walau susunan ayat dah tak macam asli... :)

syiela said...

Alhamdulillah seorg bdak yg nakal dh berubah... kdg2 cara begitu mmg berkesan compared 2 rotan

muz said...

@syiela
Yup kadang2 benda yang simple boleh memberi kesedaran yang berpanjangan...

Anak Wak Mail said...

hargailah ibu bapa selagi mereka ada..=)

muz said...

@Anak Wak Mail
Betul tanpa mereka siapalah kita kan?

Senorita said...

touching bila bace ur entry nie..
:(

sekarang da keje mase untuk balas jasa mereka..
bila kenang2 balik, memang terlalu besar pengorbanan mereka..

*crying*

muz said...

@Senorita
Betul itu saya berdoa agar tuhan dapat memberi saya banyak kesempatan untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka berdua...hmm

CikAizA said...

hidup ni sering kali membuat kita lupa pada yang Esa.. buat kita lupa pada asal usul kita...

macam aiza dulu.. selalu rasa ayah lebihkan adik.. sikit2 adik... tapi bila samapai satu masa... Aiza sedar.. ya ALLAH berdosanya aku bersangka buruk terhadap ayahku..

since that day.. Aiza sentiasa buka jiwa n hati ni utk lebih berpkran terbuka agar aiza x bersangka buruk terhadap ayah aiza lagi.. kerana bersangka buruk juga doa..

muz said...

@CikAizA
Betul tu cik aiza, lagipun kalo betul orang tua kita tak sayang kita, dorang takkan jaga kita sampai kita besar kan, cuma itulah kanak2 selalu berprasangka buruk kat mak ayah, tapi syukur lah kalo cik aiza pun dah sedar...