Thursday, 16 June 2011

Tips Mengelakkan Diri Anda Dari Menjadi Mangsa Digodam...

Sekarang ne pun tengah hangat isu godam menggodam ne, kat FB aduh punya banyak mengaku hacker... Saya percaya juga tapi hanya pada DragonForce dan RileksCrew...



Bukan itu sahaja ada lagi yang sibuk nak belajar hack FB orang..ada yang siap request
"Saya nak belajar hack FB saje bukan hack akaun bank orang pun"...
halo brother lu pikir belajar hack macam belajar buat akaun FB ke??
Saya nak gelak pun ada bila ada yang statement mengaku hacker lah apalah...hehe




Ko cakap besar ko ingat ko hacker ke muz !!..(sori ye saya bukan hacker dan saya tak pernah mengaku saya hacker)...eh dah lari topik...K kat sini saya nak share serba sedikit mengenai cara mengelakkan diri anda digodam...





1. Jangan terlalu mendedahkan identiti diri anda kepada alam maya, ingat orang yang benci anda akan mengambil kesempatan ini untuk menggodam atau memfitnah anda...


2. Pastikan anda menukar password anda setiap 3 bulan. Jangan guna password sama dalam tempoh masa yang lama.


3. Sentiasa menggunakan password unik yang sukar dipecahkan (ENCRYTED PASSWORD)...


--> CONTOH : CinTa^)^#$%100%


Password sebegini memerlukan masa untuk dipecahkan...


4. Sentiasa gunakan password berlainan di setiap akaun, jangan guna password sama untuk FB, BLOG, AKAUN BANK dan lain-lain.


5. Takut lupa password sebab banyak betul? Apa guna thumbdrive & notepad ? Ataupun HP mahal anda ?--> Nanti hp kena pinjam camne? Guna 3rd party software contoh MYNOTE yang menyediakan PASSWORD untuk LOGIN.


6. Jangan guna email original anda untuk daftar dilaman web yang anda tidak yakin, sebaliknya guna SPAM EMAIL atau buat satu akaun yang berasingan.


7. Jangan selalu guna laptop kawan yang anda tahu kawan anda itu memang ADVANCE dalam bidang komputer..--> Kenapa plak ? Sebab dikhuatiri kawan anda memasang KEYLOGGER dan anda tidak tahu cara mengelaknya...


8. Jangan pernah lupa LOG OUT setelah anda selesai membuat kerja samada FB, BLOG atau lain-lain.


9. Jangan masuk laman web yang anda tidak yakin dengan tahap keselamatannya kecuali anda EXPERT dalam hal tersebut.


10. Jangan lupa semua pesanan di atas dan ingat di dunia internet ini <--NOTHING IS SECURE--> tapi kita boleh cuba untuk mengelakkannya.

10 comments:

oPiE iSa said...

tengs for the info!
:)

Anonymous said...

@oPiE iSa
Ur Welcome...

<--Sharing Is Caring-->

Rite? :)

sugar2 kapas strawberry said...

itulah kwn pon pnh ckp..tukar password kita kerap

Anonymous said...

@sugar2 kapas strawberry
Betul PASSWORD amat penting... :)

Anonymous said...

erkk..tuka pasword setiap 3 bulan???
6 account kne tuka..masak2...
=_="

Anonymous said...

bergantung pada penggunaan cik ana, tu cuma suggestion saja, paling penting yang perlu ditukar acc bank, email dan mana acc yang penting... yang jarang2 dan tak berapa penting tu tukar dalam jarak 6 bulan pun ok juga...

Eera Shera said...

info yg sgt berguna..tq

Ali ridha said...

3. Sentiasa menggunakan password unik yang sukar dipecahkan (ENCRYTED PASSWORD)...


--> CONTOH : CinTa^)^#$%100%


Password sebegini memerlukan masa untuk dipecahkan..

makan masa dekat 17 minit juga nak godam.mungkin sebab CinTa^)^#$%100% kot.

Yana Sakura said...

wow!! terbaekkk =)

nak wat SPAM EMAIL cmne Muz??hehe :D

Anonymous said...

@'yAnA' Cute

Nanti saya jawab soalan awak k... :)