Wednesday 24 August 2011

Top Ten : Penyedia Perkhidmatan Email

Boleh kah anda bayangkan hidup tanpa email? Bagi yang  bekerja memang agak susah jika tiada email, perkara ini amat penting dalam menyampaikan pesanan dan maklumat secara pantas dan mudah kepada seluruh organisasi dalam sesebuah syarikat. Oleh itu jom kita lihat senarai perkhidmatan email yang ada dan popular digunakan.

1. Gmail - mail.google.com

Gmail adalah pendahulu terunggul di dalam arena email yang berasaskan web. Ia agak selamat dan mudah digunakan di mana sahaja. Selain itu gmail juga salah satu penyedia perkhidmatan email yang menggunakan anti-phising yang paling kuat jika dibandingkan dengan yang lain. Ia mempunyai banyak kegunaan dan merupakan satu-satu perkhidmatan email yang menyediakan ciri capaian pelbagai guna.

2. Windows Live - www.hotmail.com

Windows Live muncul daripada kematangan Hotmail. Ia menyediakan perkhidmatan email yang hebat dengan penapisan spam dan email sampah. Windows Live juga digabungkan bersama Windows Live Messenger.

3. Yahoo! Mail - mail.yahoo.com

Email percuma daripada Yahoo! adalah yang pertama menggunakan Web 2.0 dengan versi terbaru mel Yahoo!. Dengan storan inbox yang tanpa had ianya bergabung baik dengan komponen web Yahoo! yang lain contohnya Yahoo! Messenger.


4. AOL - mail.aol.com

AOL merupakan penyedia perkhidmatan email yang tertua dan menyediakan penapis spam dan pengimbas virus terbaik. Selain itu pengguna juga boleh memuat turun AOL Safety & Security Suite dan menikmati storan tanpa had serta pelbagai lagi perkhidmatan yang menarik.

5. Inbox.com - www.inbox.com

Inbox.com menyediakan perkhidmatan email yang ringkas dan mudah digunakan. Inbox.com juga mempunyai pelbagai jenis alamat email yang dilengkapi dengan 5GB storan email, 20MB had lampiran dan capaian mudah foto dan POP3.

6. Fastmail - www.fastmail.com

Fastmail adalah perkhidmatan email percuma yang menyediakan ciri keselamatan yang baik di samping ada penapis spam, pelindung phising dan pengimbas virus. Fastmail menyediakan 10MB storan email dan 1MB storan dokumen dan merupakan perkhidmatan email yang menyediakan storan email terkecil.

7. Mail.com - www.mail.com/int/

Mail.com adalah program asas email yang mempunyai penapis spam, penghalang phising dan menghalang email tidak berguna daripada sampai ke inbox anda. Selain itu ia juga menyediakan kalendar, notepad, mel audio dan pilihan nama domain.

8. Lycos Mail - mail.lycos.com

Lycos menyediakan perkhidmatan email percuma yang ringkas dan mudah digunakan. Ia menyediakan 5GB storan email, penapis spam dengan tiga pilihan penapis dan menapis email menerusi senarai hitam dan putih. Ia juga menyediakan ciri keselamatan tambahan.

9. Care2 - Care2.com

Care2 adalah rangkaian komuniti yang menyediakan email percuma dan juga mengumpulkan para pengguna yang mempunyai minat yang serupa tentang kesedaran sosial. Ia juga menyediakan penapis email dan pilihan domain email yang disesuaikan dengan alam sekitar.

10. ZOHO Mail - mail.zoho.com

Zoho menyediakan pelbagai jenis aplikasi dalam talian dan juga menyediakan program suntingan, helaian lebar dan persembahan. Selain itu Zoho Mail juga menyediakan storan email tanpa had dan boleh mengendalikan akaun email POP.



Walaupun begitu banyak penyedia perkhidmatan email saya lebih prefer kepada Google dan Yahoo!.

9 comments:

K said...

ada gmail dengan yahoo jek. hehe XD

Anum said...

good sharing

Anonymous said...

Assalamualaikum..lama rasenyer CikNyz tak jenguk belog ni…..dikesempatan ni CikNyz nak ucapkan

Selamat berpuasa & Selamat hari Raya
http://syazny7.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-raya.html

ikuti jugak entry pasal Gunung kinabalu dari Part1-Part 4
http://syazny7.blogspot.com/2011/08/ciknyz-gunung-kinabalu.html

Falling . said...

muzzzzzzz~ selamat ary raya ;)

Anonymous said...

@sergeant keroro
Samalah tu sergeant... :)

Anonymous said...

@Anum
Thx... :)

Anonymous said...

@CikNyz
Thx ye, selamat hari raya buat awak juga... :)

Anonymous said...

@..cik gugu..
Thx gugu... :)

mz said...

satu lagi lupa nak letak tu

name@facebook.com