Friday, 19 August 2011

Pengenalan Virus Komputer



Sebut virus semua orang tahu, ia adalah satu jenis benda yang boleh mengakibatkan kerosakan serius pada sistem operasi sesebuah komputer. Namun tidak ramai menyedari jenis-jenis dan fungsi setiap virus yang dicipta, pengetahuan ini sebenarnya penting agar anda tahu sekiranya antivirus anda mengesan sesuatu fail yang dianggap sebagai virus.

Tidak semestinya fail tesebut virus kerana antivirus kadangnya mengeluarkan amaran yang salah, kerana antivirus membaca binary code setiap fail dan memeriksa binary code tersebut samada sama seperti di dalam rekod antivirus tersebut. Maka dengan sedikit pengetahuan dalam virus anda boleh membezakan samada file yang dikesan oleh antivirus anda adalah virus ataupun tidak.

Virus :

Virus komputer merupakan sebuah program komputer yang menyerang komputer dengan cara membuat salinan terhadap dirinya sendiri dan menyisipkan dirinya kedalam folder atau dokumen lain yang terdapat dalam komputer. Virus ini boleh boleh menyebabkan sistem operasi komputer lumpuh samada secara disedari atau tidak disedari oleh pengguna.

Dengan keadaan virus ini yang menyebarkan virusnya dengan cara membuat klon fail atau dokumen maka ini akan menyebabkan peningkatan ke atas penggunaan CPU dan menyebabkan PC Boot Time menjadi lambat dan boleh menyebabkan hang.

Status serangan virus mengikut jenis sistem operasi komputer :

95% - Windows
2% - Linux/GNU
2% - FreeBSD, OS/2 IBM dan Sun Operating System
1% - Mac OS 9, Mac OS X (Tiger, Leopard)

Untuk mengelak serangan virus anda harus sentiasa memastikan komputer anda up-to-date dan anda harus memasang antivirus.

Contoh Antivirus popular pada masa ini ialah KasperSky, AVG, NOD32, AntiVir, PCMAV, Norton, Norman dan McAfee serta banyak lagi. Ini tidak termasuk antivirus local seperti Smadav, Ansav dan lain-lain termasuk yang terbaru Artav.

Worm :

Virus jenis ini tidak menyerang program yang lain. Virus jenis ini biasanya menyerang dengan cara membuat salinan ke atas dirinya dan menyerang komputer lain dengan cara pemindahan data melalui pen-drive contohnya. Virus ini tidak menyerang program lain namun ia mampu merosakkan dan mengubah fungsi sesebuah file atau program.

Trojan :

Virus ini adalah virus jenis replika atau virus ciplak. Trojan bekerja secara sendiri, ia berfungsi secara automatik setelah menyerang sesebuah komputer. Virus ini biasanya dikirim melalui RAT (Remote Administration Tools) oleh seseorang dan sekiranya trojan berjaya untuk memasuki komputer mangsa maka penyerang mampu mengakses dan mengawal komputer masa dari jarak jauh. Ini akan memberi peluang kepada penyerang untuk mencuri maklumat sulit yang terdapat dalam komputer mangsa tadi atau merosakkan sepenuhnya sistem operasi komputer mangsa.

BackDoor :

Melalui ayatnya sahaja membawa maksud "pintu belakang". Pada masa ini hacker menggunakan virus jenis ini untuk membolehkannya mengakses sesuatu laman atau program yang telah dihack. Setelah seorang hacker berjaya menghack sesuatu laman, hacker akan memadam semua bukti yang ada dan membersihkan jejaknya untuk mengelakkan daripada dikesan. Pada masa yang sama hacker akan menanam backdoor ke dalam laman yang telah dicerobohinya. Ini akan memberi peluang kepada hacker tersebut untuk masuk semula kedalam laman yang telah dihack tadi tanpa disedari oleh admin laman tersebut. Hacker mungkin sahaja menggunakan cara ini untuk menghapus dan memadam data dan maklumat di dalam laman web tersebut tanpa disedari oleh admin laman tersebut.

Berikut adalah beberapa contoh jenis backdoor antaranya Trojan Horse, Netcat, cybergate, poison ivy prorat dan lain-lain.

Malware :

Malware adalah sejenis virus yang dicipta untuk bekerja bagi mencari kelemahan sesuati program dan menceroboh masuk serta merosakan operasi sistem sesebuah program. Contoh malware adalah virus, Worm, Wabbit, Keylogger, Browser Hijacker, Trojan Horse, Spyware, Backdoor, Dialer, Exploit dan Rootkit.

Spyware :

Virus ini bertindak dengan cara mengumpul dan mengirim maklumat mengenai pengguna tanpa disedarinya. Spyware akan merakam maklumat seperti masa pengguna online, nombor kad kredit, pin untuk perbankan internet, password sesuatu akaun dan lain-lain seperti yang dikehendaki oleh penyrang. Maklumat ini akan dikumpul dan dikirim kepada penyearang. Maka anda tahu risikonya jika maklumat sulit seperti ini jatu ke tangan penyerang tadi?

Adware :

Virus jenis ini pula disebarkan melalui pop-up windows semasa kita sedang online. Pop-up ini akan mengelurkan iklan yang boleh menarik minat pengguna internet, contohnya jualan murah dan lain-lain. Apabila pengunjung klik kepada iklan tersebut makan secara automatik pengguna tersebut akan di-link kan kepada penyerang yang memasang AdWare tadi. Ini akan memberi peluang kepada hacker untuk membuat serangan yang lain mengikut kehendaknya.

Untuk mengenalkan anda diserang daripada virus-virus berbahaya seperti ini anda haruslah memastikan komputer dan antivirus anda sentiasa up-to-date. Jika perlu pasang Firewall yang akan menapis sebarang link yang keluar dan masuk ke dalam komputer anda. Namun ini semua tidaklah menjanjikan komputer anda selamat daripada virus kerana

...:: Nothing Is Secure ::...

9 comments:

hana said...

macam2 virus..
kne berhati2 ni..
=D

iameunicegm said...

oo..so many type..haha..
so which anti virus is the best then?

oPiE iSa said...

itulah gunanya sentiasa update antivirus kan? *memandai ja bilang.hahaha*

**nothing is secure...Love that!

Cik Purple said...

info yg bgus.. slmaniaku ndak tau pun virus ni tbahagi kpd byk jnis mcm ni..

Anonymous said...

sangat berguna!! thanks 4 da info...kena pasang firewal la nih...troma kena virus fb arituh...T,t

Anonymous said...

hana : Hehe... Kena lebih berhati-hati lah... :)

Miss Eunice : Semua antivirus ok, yang penting kena pastikan up-to-date...

oPiE iSa : Hehe... Nothing Is Secure kan syg... :)

Cik Purple Pinkypuff : Kena ambil tahu tu...hehe

Ana Jannah : Lah pernah kena virus dah ke? Hati2 ye lepas ne... :)

ietchan-kun said...

nice info...kalo alert yg kluar mase nk crack game or keygen utk game tu ape plak?? virus jgak ke?

iameunicegm said...

@muz ahh..thanks for the info! :)

Anonymous said...

@ietchan-kun
Itu bergantung samada yang kena alert itu virus or fake sahaja, ko kena tengok lah file dia dan search file tu samada virus atau bukan...