Thursday, 11 August 2011

Pirate Software


Ini adalah khas untuk mereka yang menggunakan pirate software. Anda hendaklah berwaspada dengan pirate software yang anda gunakan. Kerana kebanyakkan virus computer disebarkan melalui crack dan keygens yang disertakan bersama pirate software.

Contohnya anda mungkin tanpa sedar telah mendownload trojan yang digunakan untuk keylogging tanpa anda sedari. Anda perlu berwaspada tentang hal ini, kerana dengan kewujudan "crypters" maka kerja untuk menyebarkan virus ini sangat mudah.

Cracker hanya perlu membuat keylogging dan menyertakan trojan ini yang telah di compress menggunakan "crypters" untuk disertakan bersama crack dan keygens yang akan anda gunakan semasa anda mendownload pirate software.

Tanpa anda sedari semasa anda menggunakan crack tersebut untuk mengaktifkan pirate software yang anda gunakan. Anda juga telah menanam trojans ke dalam komputer anda.

Ini adalah teknik yang mungkin sukar dikesan oleh antivirus dan firewall komputer anda. Ini tidak mustahil kerana masa kini VIRUS DICIPTA LEBIH CEPAT DARIPADA DIKESAN.

Oleh itu anda hanya harus menggunakan dan mendownload perisian dari laman yang boleh dipercayai. Anda harus ingat VIRUS LEBIH PINTAR DARI ANTIVIRUS.



p/s : jadi berhati-hati semasa menggunakan PIRATE SOFTWARE, anda mungkin sudah diceroboh tanpa anda sedari.

5 comments:

Unknown said...

cm ne nk tau laman yang leh dipercayai??? huhuhuhu

oPiE iSa said...

dah bertahun2 pakai pirate software. itu pasal tiap2 ujung sem asyik format laptop. Hahahahha!

Anonymous said...

@sleeping_maniac90
Laman web software original lah selamat... :)

Anonymous said...

@oPiE iSa
Hehe...oh pirate user arh..hehe

K said...

benda free memang orang suke :P