Sunday 25 September 2011

Top 10 Hacker (Malay version) - Part 7

Mafia Boy

Penggodam komputer ini dikenali sebagai "Mafiaboy," telah menyebabkan kerosakan kepada beberapa buah laman web utama di internet termasuklah CNN. Beliau telah mengaku bersalah di mahkamah Montreal, Canada pada Khamis, 18 Jan 2001. Beliau mengaku bersalah di atas 55 dakwaan salahlaku daripada 66 yang didakwa ke atasnya. Pendakwaan yang dijalankan kepadanya yang baru berusia 16 tahun pada ketika itu menyebabkan identitinya terpaksa dirahsiakan dibawah undang-undang Canada. Beliau telah disabitkan dengan 66 kesalahan yang berkaitan dengan serangan internet pada tahun lepas terhadap beberapa laman web utama dan juga security breaches of laman web institusi pendidikan seperti University Yale dan Harvard.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Mark Abene

Dilahirkan pada tahun 1972, lebih dikenali dengan nama samarannya iaitu Phiber Optik, ialah seorang penggodam komputer dari New York City. Phiber Optik juga pernah menjadi anggota kumpulan penggodam terkemuka iaitu Legion of Doom dan Masters of Deception. Pada tahun 1994, beliau telah dipenjarakan selama setahun kerana terbabit dengan beberapa konspirasi dan kesalahan memecah-masuk ke dalam rangkaian sistem komputer dan sistem telefon. Phiber Optik juga adalah merupakan seorang penggodam yang berprofil tinggi di awal tahun 1990an. Beliau telah muncul di dalam tabloid terkemuka seperti The New York Times, Harper’s, Esquire, dan berdebat di televisyen. Pada tahun 1995, Phiber Optik juga memainkan peranan sebagai watak yang penting di dalam sebuah buku bukan fiksyen iaitu Masters of Deception — The Gang that Ruled Cyberspace.

2 comments:

Anum said...

waiting part 2

Anonymous said...

sapekah the next hacker lepas neh?? muz kah...hehehe



~terima kasih sebab bantu saya lulus ujian IT...hehehe

http://ana-jannah.blogspot.com/2011/09/rational-people-think-at-margin.html