Sunday 25 September 2011

Top 10 Hacker (Malay version) - Part 5


Robert Tappan Morris

Morris adalah merupakan seorang anak kepada bekas saintis di Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika iaitu Robert Morris. Beliau turut dikenali sebagai seorang pencipta cecacing Morris ( Morris Worm ), yang mana ianya merupakan cecacing yang pertama tersebar di internet. Akibat dari tindakkannya itu juga turut menjadikan beliau orang yang pertama di tahan di bawah akta 1986 Computer Fraud and Abuse Act.



Morris mencipta kod cecaing tersebut semasa beliau masih lagi merupakan seorang pelajar di Cornell. Beliau sengaja menciptanya kerana ingin melihat sebesar manakah rangkaian internet ini dengan harapan agar cecacingnya itu tersebar di seluruh dunia. Bagaimanapun, cecacingnya itu berkemampuan menyalin dirinya sendiri dengan cepat dan ianya telah mengakibatkan sistem komputer menjadi perlahan yang mana menyebabkan komputer tersebut tidak lagi boleh digunakan. Pada ketika itu agak mustahil untuk menganggarkan berapa banyakkah jumlah komputer yang telah dijangkiti oleh cecacingnya itu tetapi para pakar mengandaikan lebih kurang 6000 buah sahaja yang terkena jangkitan cecacingnya itu. Akibat dari tindakannya itu, Morris telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun, dikerah melakukan khidmat masyarakat selama 400 jam dan didenda sebanyak USD$ 10,500.



Kini, Morris bekerja sebagai seorang tenured professor di MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory. He principally researches computer network architectures including distributed hash tables such as Chord and wireless mesh networks such as Roofnet.





Levin

Media massa pada ketika itu mengakui bahawa Levin adalah merupakan seorang pakar matematik dan mempunyai degree di dalam jurusan biokimia dari Institut Teknologi Negeri Saint Petersburg.



Mengikut liputan pada masa itu, pada tahun 1994 Levin telah memecah-masuk ke dalam beberapa akaun kepunyaan beberapa pelanggan korporat Citibank melalui perkhidmatan permindahan secara dial-up (Financial Institutions Citibank Cash Manager) dan memindahkan wang tersebut ke beberapa buah akaun yang telah berjaya diciptanya di Finland, Amerika Syarikat, Netherlands, Gemany dan di Israel.Namun pada tahun 2005 seorang alleged ahli dari kumpulan penggodam dari St. Petersburg mengakui sebagai orang yang sebenar yang pertama kali telah memecah masuk ke dalam sistem komputer hakmilik Citibank, menggunakan nama samaran ArkanoiD, beliau telah menghantar satu memorandum kepada sebuah laman web popular Provider.net.ru yang didedikasikan kepada pasaran telekom pada ketika itu mengesahkan bahawa beliaulah orang yang mula-mula berjaya memecah masuk lalu menggodam sistem komputer kepunyaan Citibank tersebut lalu menafikan bahawa bukanlah Levin orang yang pertama yang menggodam ke sistem tersebut. Menurutnya lagi, Levin bukanlah seorang saintis ( ahli matematik, ahli biologi atau yang seumpama dengannya ) tetapi lebih merupakan seorang pentadbir komputer ( admin ) yang telah pun mempunyai data-data / maklumat mengenai bagaimana untuk menggodam sistem komputer Citibank lalu mengeksploitasinya demi kepentingan dirinya sendiri.



ArkanoiD emphasized all the communications were carried over X.25 network and the Internet was not involved. Pada tahun 1994, Kumpulan penggodam ArkanoiD telah mengetahui bahawa sistem Citibank itu sebenarnya tidak dilindungi dan hampir seminggu mereka telah memeriksa struktur rangkaian bank-bank di USA secara kawalan jauh ( remote ). Ahli kumpulan tersebut juga telah cuba menguji sistem tersebut dengan melakukan instalasi perisian dan bermain beberapa permainan komputer tanpa disedari oleh kakitangan bank-bank tersebut. Kesemua para penggodam tersebut tidak merancang untuk melakukan rompakan digital pada ketika itu dan menghentikan aktiviti penggodaman mereka demi keselamatan mereka. Tidak lama kemudian, salah seorang dari mereka telah memberikan data-data berkenaan maklumat sensitif mengenai sistem Citibank tersebut kepada Levin ( dilaporkan maklumat itu bernilai cuma USD $100 ).

No comments: