Showing posts with label Hacker History. Show all posts
Showing posts with label Hacker History. Show all posts
Wednesday, 19 October 2011
Perempuan Jadi Hacker? Bolehkah?
Sunday, 25 September 2011
Top 10 Hacker (Malay version) - Part 7
Mafia Boy
Penggodam komputer ini dikenali sebagai "Mafiaboy," telah menyebabkan kerosakan kepada beberapa buah laman web utama di internet termasuklah CNN. Beliau telah mengaku bersalah di mahkamah Montreal, Canada pada Khamis, 18 Jan 2001. Beliau mengaku bersalah di atas 55 dakwaan salahlaku daripada 66 yang didakwa ke atasnya. Pendakwaan yang dijalankan kepadanya yang baru berusia 16 tahun pada ketika itu menyebabkan identitinya terpaksa dirahsiakan dibawah undang-undang Canada. Beliau telah disabitkan dengan 66 kesalahan yang berkaitan dengan serangan internet pada tahun lepas terhadap beberapa laman web utama dan juga security breaches of laman web institusi pendidikan seperti University Yale dan Harvard.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Mark Abene
Dilahirkan pada tahun 1972, lebih dikenali dengan nama samarannya iaitu Phiber Optik, ialah seorang penggodam komputer dari New York City. Phiber Optik juga pernah menjadi anggota kumpulan penggodam terkemuka iaitu Legion of Doom dan Masters of Deception. Pada tahun 1994, beliau telah dipenjarakan selama setahun kerana terbabit dengan beberapa konspirasi dan kesalahan memecah-masuk ke dalam rangkaian sistem komputer dan sistem telefon. Phiber Optik juga adalah merupakan seorang penggodam yang berprofil tinggi di awal tahun 1990an. Beliau telah muncul di dalam tabloid terkemuka seperti The New York Times, Harper’s, Esquire, dan berdebat di televisyen. Pada tahun 1995, Phiber Optik juga memainkan peranan sebagai watak yang penting di dalam sebuah buku bukan fiksyen iaitu Masters of Deception — The Gang that Ruled Cyberspace.
Top 10 Hacker (Malay version) - Part 6
Lloyd
Dalam terma kemanusiaan, ianya berkait rapat dengan kes amanah, seorang pekerja yang telah berkhidmat selama 11 tahun telah pecah amanah. Lloyd telah membina dan membangunkan rangkaian komputer Novell NetWare di Omega South dan kemudian telah menjahanamkan ia kembali dengan sebuah perisian yang bertindak seperti bom jangka selepas nama beliau digugurkan dari kalangan korporat dan dipecat kerana masalah prestasi kerja dan juga masalah disiplin yang teruk. Hari ini, beliau sedang berdepan dengan hukuman lima tahun penjara.
In a business sense, the loss of its key manufacturing programs cost Omega, which builds measurement and instrumentation devices for customers like NASA and the U.S. Navy, more than $10 million, dislodged its footing in the industry and eventually led to 80 layoffs.
Insiden pada tahun 1996 itu telah diberi perhatian yang serius hingga membawa kepada kerjasama antara U.S. Secret Service dengan para pakar pemulih data dan ahli forensik digital terkemuka dunia untuk menyiasat kes Llyod tersebut bagi membolehkan Lloyd ditahan dan dibicarakan kerana kesalahannya itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------
David Smith
David Smith, merupakan seorang pencipta virus Melissa, bakal berdepan dengan hukuman penjara selama hampir 40 tahun jika beliau memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak FBI.
Berdepan dengan hukuman penjara, kemarahan masyarakat dan juga bakal didenda, penyebar virus Melissa yang paling cepat merebak ini akhirnya melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh beratus penjenayah sebelum ini. Beliau telah bersetuju untuk menjadi seorang undercover.
Federal court documents unsealed at the request of the Associated Press show that for almost two years, Smith - then out on bail - worked mostly full time cruising the dark recesses of the Internet while the FBI paid his tab.
Apa yang pihak FBI dapat? Maklumat lengkap mengenai pelbagai jenis penyebar kod-kod virus yang mana akhirnya membawa kepada dua penahanan utama antarabangsa dan mematahkan beberapa lagi cubaan serangan virus.
Apa pula yang Smith dapat? Beliau cuma dijatuhkan hukuman selama 20 bulan di penjara persekutuan yang mana hukuman tersebut adalah kurang 2 tahun daripada hukuman minimum yang diperlukan, dan selama 38 tahun dikurangkan dari hukuman yang dijatuhkan kepada beliau sewaktu beliau didakwa.
Adakalanya, pendekatan sebegini diperlukan. "Pencuri menangkap pencuri", kata Elliot Turrini, seorang bekas pendakwa persekutuan yang telah mengendalikan kes Smith ini dan bersetuju untuk meringankan hukumannya. Lebih kurang dianggarkan sebanyak 63,000 virus dari pelbagai jenis yang beredar di ruang internet yang menyebabkan kerugian berjumlah USD $65 bilion kerana kerosakan dan kerugian, tetapi yang dipenjarakan hanyalah Smith seorang sahaja kerana telah menyebarkan salah satu dari 63,000 virus tersebut.
Top 10 Hacker (Malay version) - Part 5
Robert Tappan Morris
Morris adalah merupakan seorang anak kepada bekas saintis di Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika iaitu Robert Morris. Beliau turut dikenali sebagai seorang pencipta cecacing Morris ( Morris Worm ), yang mana ianya merupakan cecacing yang pertama tersebar di internet. Akibat dari tindakkannya itu juga turut menjadikan beliau orang yang pertama di tahan di bawah akta 1986 Computer Fraud and Abuse Act.
Morris mencipta kod cecaing tersebut semasa beliau masih lagi merupakan seorang pelajar di Cornell. Beliau sengaja menciptanya kerana ingin melihat sebesar manakah rangkaian internet ini dengan harapan agar cecacingnya itu tersebar di seluruh dunia. Bagaimanapun, cecacingnya itu berkemampuan menyalin dirinya sendiri dengan cepat dan ianya telah mengakibatkan sistem komputer menjadi perlahan yang mana menyebabkan komputer tersebut tidak lagi boleh digunakan. Pada ketika itu agak mustahil untuk menganggarkan berapa banyakkah jumlah komputer yang telah dijangkiti oleh cecacingnya itu tetapi para pakar mengandaikan lebih kurang 6000 buah sahaja yang terkena jangkitan cecacingnya itu. Akibat dari tindakannya itu, Morris telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun, dikerah melakukan khidmat masyarakat selama 400 jam dan didenda sebanyak USD$ 10,500.
Kini, Morris bekerja sebagai seorang tenured professor di MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory. He principally researches computer network architectures including distributed hash tables such as Chord and wireless mesh networks such as Roofnet.
Levin
Mengikut liputan pada masa itu, pada tahun 1994 Levin telah memecah-masuk ke dalam beberapa akaun kepunyaan beberapa pelanggan korporat Citibank melalui perkhidmatan permindahan secara dial-up (Financial Institutions Citibank Cash Manager) dan memindahkan wang tersebut ke beberapa buah akaun yang telah berjaya diciptanya di Finland, Amerika Syarikat, Netherlands, Gemany dan di Israel.Namun pada tahun 2005 seorang alleged ahli dari kumpulan penggodam dari St. Petersburg mengakui sebagai orang yang sebenar yang pertama kali telah memecah masuk ke dalam sistem komputer hakmilik Citibank, menggunakan nama samaran ArkanoiD, beliau telah menghantar satu memorandum kepada sebuah laman web popular Provider.net.ru yang didedikasikan kepada pasaran telekom pada ketika itu mengesahkan bahawa beliaulah orang yang mula-mula berjaya memecah masuk lalu menggodam sistem komputer kepunyaan Citibank tersebut lalu menafikan bahawa bukanlah Levin orang yang pertama yang menggodam ke sistem tersebut. Menurutnya lagi, Levin bukanlah seorang saintis ( ahli matematik, ahli biologi atau yang seumpama dengannya ) tetapi lebih merupakan seorang pentadbir komputer ( admin ) yang telah pun mempunyai data-data / maklumat mengenai bagaimana untuk menggodam sistem komputer Citibank lalu mengeksploitasinya demi kepentingan dirinya sendiri.
ArkanoiD emphasized all the communications were carried over X.25 network and the Internet was not involved. Pada tahun 1994, Kumpulan penggodam ArkanoiD telah mengetahui bahawa sistem Citibank itu sebenarnya tidak dilindungi dan hampir seminggu mereka telah memeriksa struktur rangkaian bank-bank di USA secara kawalan jauh ( remote ). Ahli kumpulan tersebut juga telah cuba menguji sistem tersebut dengan melakukan instalasi perisian dan bermain beberapa permainan komputer tanpa disedari oleh kakitangan bank-bank tersebut. Kesemua para penggodam tersebut tidak merancang untuk melakukan rompakan digital pada ketika itu dan menghentikan aktiviti penggodaman mereka demi keselamatan mereka. Tidak lama kemudian, salah seorang dari mereka telah memberikan data-data berkenaan maklumat sensitif mengenai sistem Citibank tersebut kepada Levin ( dilaporkan maklumat itu bernilai cuma USD $100 ).
Top 10 Hacker (Malay version) - Part 4
Kevin Poulsen
Juga dikenali sebagai Dark Dante, Poulsen gained recognition for his hack of LA radio’s KIIS-FM phone lines, which earned him a brand new Porsche, among other items. Pegawai undang-undang mengandaikannya sebagai " the Hannibal Lecter of computer crime". Pihak berkuasa mula menjejaki Poulsen selepas beliau menggodam ke dalam sistem pengkalan data kepunyaan salah sebuah agensi penyiasatan di Amerika. Semasa dalam tempoh memburunya, beliau masih berkesempatan mempermainkan pihak FBI dengan mencuri dengar informasi berkaitan dengan dirinya melalui sistem telefon agensi tersebut.
Keupayaannya dalam penggodaman lebih menjurus kepada penggodaman sistem dan rangkaian telefon berbanding rangkaian komputer. Penggodaman Poulsen yang paling terkenal ialah bagaimana kemampuannya menyelongkar ke dalam rangkaian telefon kepunyaan radio KIIS-FM dengan menakluk kesemua stesen telefon milik stesen radio LA tersebut. Selain daripada itu, beliau turut mengaktifkan kembali sistem Yellow Page untuk seseorang yang meminta beliau melakukannya bagi menjalankan perniagaan sebuah agensi escort secara maya. In a related feat, Poulsen also "reactivated old Yellow Page escort telephone numbers for an acquaintance who then ran a virtual escort agency." Tidak lama kemudian, apabila gambarnya muncul tanpa kebenarannya di dalam sebuah program televisyen bertajuk Unsolved Mysteries, habis kesemua line telefon untuk program tersebut dirosakkkan oleh beliau. Tanpa diduga, genius seperti Poulsen yang handal menyembunyikan diri di sebalik rangkaian telefon itu telah di tangkap ketika beliau sedang membeli belah di sebuah pasaraya dan beliau akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.
Semenjak tempoh penahanannya itu, beliau telah mula berjinak-jinak di dalam bidang penulisan dan kini beliau telah pun bekerja sebagai seorang pengarang utama yang terkenal di salah sebuah majalah komputer paling terkemuka dunia iaitu Wired News. Artikelnya yang paling menakjubkan ialah artikel mengenai kerjanya dalam mengesan dan mendedahkan sebanyak 744 identiti pesalah laku seks di dalam profil MySpace.
Top 10 Hacker (Malay version) - Part 3
Kevin Mitnick
Seorang yang pernah digelar "hacker poster boy," Mitnick pernah melalui saat-saat mencemaskan ketika diburu oleh pihak berkuasa. His mischief was hyped by the media but his actual offenses may be less notable than his notoriety suggests. Pihak berkuasa menjelaskan bahawa "beliau merupakan seorang penjenayah computer yang paling dikehendaki dalam sejarah Amerika Syarikat". Cara dan bagaimana beliau mengeksploitasi system computer telah di ceritakan dengan terperinci di dalam filem box office : Freedom Downtime dan Takedown.
Mitnick sebenarnya telah memiliki sedikit pengalaman menggodam sebelum mengakui akan kesalahan-kesalahan yang menyebabkan beliau menjadi terkenal. Pada mulanya beliau telah menggodam system tambang bas Los Angeles untuk membolehkan beliau menaiki bas dengan percuma. Kemudian, seperti bekas pengasas computer dan syarikat Apple, Steve Wozniak, beliau juga terlibat dengan aktiviti phreaker ( golongan yang handal di dalam mengeksploitasi sistem telefon ). Walaubagaimanapun, itu semua adalah kesalahan-kesalahan biasa sahaja jika nak dibandingkan dengan kesalahan terbesarnya yang bersabit dengan dakwaan yang beliau telah memecah-masuk ke dalam rangkaian sistem komputer The Digital Equipment Corporations dan mencuri perisian.
Mitnick’s mischief got serious when he went on a two and a half year "coast-to-coast hacking spree." Sebuah artikel dari CNN bertajuk, "Legendary computer hacker released from prison," menyatakan yang sebelum penangkapannya, beliau telah berjaya merosakkan sistem komputer yang dipecah-masuk olehnya, mencuri data-data dan rahsia-rahsia korporat peringkat tertinggi, merosak dan merumitkan rangkaian telefon dan juga memecah-masuk ke dalam system computer Amaran Pertahanan Kebangsaan Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah berjaya menggodam komputer kepunyaan seorang pakar komputer terkenal iaitu Tsutomu Shimomura yang juga merupakan seorang penggodam. Mitnick telah mencabar Shimomura untuk menangkap beliau yang mana akhirnya disebabkan oleh kesilapannya sendiri, beliau telah berjaya di tahan oleh pihak berkuasa yang telah bekerjasama dengan Shimomura. Itupun setelah Mitnick dikhianati oleh teman wanitanya sendiri.
Pada hari ini, Mitnick telah pun meninggalkan peranannya sebagai seorang black hat hacker dan berubah menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Tsutomu Shimomura juga telah menjadi sahabatnya dan mereka berdua kini merupakan oldtimer dan sering bekerjasama untuk menumpaskan para "penggodam dunia baru". Di atas kesalahannya itu beliau telah di jatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Selama 8 bulan dalam 5 tahun tersebut He served five years, about 8 months of it in solitary confinement, kini beliau merupakan seorang perunding keselamatan komputer, pengarang, dan penceramah.
Saturday, 24 September 2011
Top 10 Hacker (Malay version) - Part 2
Adrian Lamo
Cara Lamo memecah-masuk sesebuah sistem lebih kepada pengujian penetrasi / pemecah-masuk, yang mana sekiranya beliau menjumpai "lubang kebocoran" di dalam system keselamatan computer itu maka beliau akan mengeksploitasi kebocoran tersebut kemudian beliau akan memaklumkan kepada admin computer kompeni yang menjadi mangsa beliau tersebut. Kononnya tindakan beliau itu lebih kepada membantu kompeni tersebut memperbaiki tahap keselamatan rangkaian system computer mereka. Yang menjadi mangsa penangannya termasuklah kompeni-kompeni hebat seperti Yahoo!, Bank of America, Citigroup dan Cingular. Adalah tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang apabila white hat hackers diupah oleh sesebuah kompeni untuk melakukan pengujian penetrasi ke atas system computer mereka, tetapi apa yang dilakukan oleh Lamo adalah bertentangan dengan undang-undang siber kerana tiadanya hitam-putih yang dikeluarkan oleh kompeni yang menjadi mangsa pengujian penetrasinya itu.
Apabila beliau telah berjaya memecah masuk ke dalam system intranet The New York Times, keadaan menjadi serius. Beliau telah sengaja meletakkan dirinya sendiri di dalam satu senarai golongan yang berkepakaran tinggi dan senarai penyumbang terbesar di dalam dunia pengkomputeran. Beliau juga melihat informasi sulit dan peribadi kepunyaan para penyumbang tersebut termasuklah nombor Social Security kepunyaan para penyumbang tersebut. Lamo juga telah menggodam pengkalan data The Times’ LexisNexis untuk melakukan pencarian hal-hal dan informasi yang berprofil tinggi.
Disebabkan oleh aktiviti penggodaman dan kesalahan beliau memecah-masuk system computer kompeni The New York Times, Lamo telah diarahkan untuk membayar ganti rugi lebih kurang USD $65,000 in restitution. Beliau turut dijatuhkan hukuman tahanan rumah selama 6 bulan dan 2 tahun di bawah pemerhatian yang mana ianya telah pun berakhir pada 16 Januari, 2007 yang lalu. Sekarang ini Lamo bekerja sebagai seorang penulis dan penceramah bebas yang disegani. Hasil ceramah dan penulisan beliau mengenai keselamatan system computer seringkali memenangi dan mendapat penganugerahan.
Top 10 Hacker (Malay version) - Part 1
Jonathan James
James adalah seorang remaja bawah umur yang pertama di dunia yang ditahan dan dipenjarakan kerana kesalahan menggodam. Umur beliau ketika dihukum penjara adalah 16 tahun. Ketika ditemubual oleh pihak media, beliau mengakui yang beliau menggodam demi kepuasan dan kegembiraan. Apa yang menggembirakan dan memberikan kepuasan kepada beliau ialah dengan melihat setahap mana kemampuan dirinya terhadap aktiviti penggodaman dengan mengeksploitasi pengetahuannya di dalam dunia pengkomputeran dan rangkaian komputer.
"I was just looking around, playing around. What was fun for me was a challenge to see what I could pull off." Ketika ingin melakukan aktiviti penggodaman, James akan menetapkan sasaran utamanya yang kebiasaannya terdiri dari organisasi yang berprofil tinggi. Beliau telah berjaya memasang perisian backdoor ( sejenis Trojan ) di dalam server DTRA (Defense Threat Reduction Agency ). DTRA merupakan sebuah agensi dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya memantau tahap keselamatan Amerika Syarikat dan negara-negara lain dari sebarang jenis ancaman senjata nuklear, biologi, kimia, konvensional dan senjata rahsia dari seluruh dunia ( musuh ). Backdoor yang diciptanya itu membolehkan beliau melihat, membaca dan menyimpan pelbagai jenis email-email sensitif, kata laluan dan kata nama para pekerja DTRA tersebut.
Selain daripada itu, James juga berjaya memecah-masuk ke dalam rangkaian komputer NASA dengan mencuri sejenis perisian yang bernilai lebih kurang $USD1.7 juta ( RM5.95 juta ). Mengikut jurucakap dari Jabatan Keadilan, "The software supported the International Space Station’s physical environment, including control of the temperature and humidity within the living space." NASA terpaksa menutup rangkaian komputernya dan mengakibatkan kerugian sebanyak USD$ 41,000. James bagaimanapun menjelaskan tujuannya memuatturun perisian tersebut adalah kerana beliau ingin meningkatkan tahap pengetahuannya di dalam pengaturcaraan C ( Sejenis bahasa komputer ), tambahnya lagi "Tetapi kod perisian tersebut sendiri agak teruk, macam tu punya perisian pun mereka katakan bernilai USD$ 1.7 juta? Memang tak padan langsung!"
Dengan kesalahan yang dilakukan oleh James yang juga dikenali sebagai "c0mrade" sekiranya beliau merupakan seorang dewasa, pastinya hukuman yang akan dijatuhkan kepada beliau adalah sekurang-kurangnya penjara selama 10 tahun. Selain dari itu, beliau juga akan di haramkan menggunakan sebarang jenis komputer dan akan dikerahkan menjalani hukuman tahanan di rumah. Bagaimanapun beliau cuma menjalani hukuman penjara selama 6 bulan kerana melanggar parol yang ditetapkan ke atas beliau. Pada hari ini, James telah pun insaf dan berjanji akan menggunakan kepandaiannya untuk kebaikan semata-mata. Beliau berkemungkinan akan memulakan sebuah Syarikat Keselamatan Komputernya sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)






