Wednesday 2 November 2011

Perbezaan KBps dan Kbps

Sebenarnya banyak yang keliru mengenai perkara ini. Anda harus tahu bahawa KBps dan Kbps adalah dua perkara yang berbeza dalam sebutan yang sama.




Anda mesti pernah lihat iklan Digi, Celcom dan Maxis yang menawarkan speed internet bermula dari 128Kbps - 7.2Mbps.

Tetapi kenapa bila download tidak pernah dapat speed seperti yang diiklankan ?

Berikut adalah penjelasan mengenai perkara ini :

KBps (Kilobyte per second)
Kbps (Kilobit per second)

Nilai Converter 1 byte = 8 bit

Untuk mengetahui speed download broadband anda senang sahaja tinggal bahagi speed yang anda langgan dengan 8 :

Seperti di bawah ini :

128 Kbps : 128/8  = 16 KBps
256 Kbps : 256/8  = 32KBps
384 Kbps : 384/8  = 48 KBps
512 Kbps : 512/8  = 64 KBps
1 Mbps : 1024/8 = 128 KBps

Jadi anda tidak perlu tertanya lagi jika anda melanggan 256Kbps kenapa speed download cuma 32KBps.

Artikel ini untuk menjawab soalan seorang rakan mengenai permasalahan ini. Semoga bermanfaat.

2 comments:

rebellion said...

memang, ramai yang keliru. Telekom sajer gune kilobit, bukan kilobytes, baru nampak cam hebat skit, 384kb, kalo KB, baru 42KB gitu,

1 kilobytes(kb/s) = 8 kilobits(kbps) (lebih kurang

Anum said...

baru saya tahu