Monday, 14 November 2011

Adakah Anda Cukup Selamat Di Atas Talian?

Mungkin ada yang sudah mengetahui mengenai perkara ini, ini adalah beberapa contoh fasiliti yang disediakan oleh PC Flank.

Melalui fasiliti yang disediakan kita boleh melakukan ujian ke atas sistem pengoperasian kita terutama dari ancaman serangan atas talian.




Jenis-jenis ujian yang ditawarkan ialah :


  1. PC Flank Leaktest
  2. Quick Test
  3. Stealth Test
  4. Browser Test
  5. Trojans Test
  6. Advanced Port Scanner
  7. Exploits Test
  8. Internet Speed Test


Kita boleh melihat hasil setiap ujian kurang daripada 3 minit bergantung kepada kelajuan internet yang kita gunakan.

Dibawah adalah sedikit penjelasan mengena setiap ujian yang akan dilakukan oleh PC Flanks.

PC Flank Leaktest
> Ujian akan dilakukan ke atas firewall untuk memastika firewall anda dilindungi dari ancaman luar, anda perlu memuat turun dan memasang perisian yang disertakan untuk melakukan ujian firewall ini :


Quick Test
> Ujian akan dilakukan ke atas sistem komputer, kemungkinan serangan trojan dan tahap privasi browser anda :


Stealth Test
> Ujian akan dilakukan untuk menguji sekiranya sistem anda dalam mode invisible atau tidak kepada user lain di talian. Ujian akan dilakukan dengan menghantar packet ke TCP anda :


Browser Test
> Ujian akan dilakukan ke tahap privasi browser anda, sekiranya anda gagal dalam ujian ini anda boleh melihat recommend yang disediakan untuk anda.

Trojans Test
> Ujian akan dilakukan sekiranya komputer anda diserang atau mampu diserang virus trojan ataupun tidak.


Advanced Port Scanner
> Ujian akan dilakukan ke atas ports anda sekiranya ada ports anda yang terbuka dan membolehkan pengguna lain membuat serangan ke atas sistem anda. Fasiliti ini amat sesuai digunakan oleh mereka yang advanced.


Exploits Test
> Ujian yang akan dilakukan adalah untuk menguji adakah sistem anda selamat dari serangan terutamanya serangan DDOS yang boleh mengakibatkan sistem anda menjadi hang akibat limpahan packet data yang dihantar oleh pengguna lain yang menyerang sistem anda.


Internet Speed Test
> Ujian akan dilakukan ke atas kelajuan internet yang anda gunakan, namun fasiliti ini tidak dapat digunakan buat masa ini atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun ujian yang dilakukan tidak mungkin betul 100% tapi sekurangnya kita dapat mengetahui adakah sistem pengoperasian kita cukup selamat untuk terus berada di atas talian.


Untuk melakukan test ini anda bolehlah terus ke PC Flank di link ini :

No comments: