Tuesday 1 November 2011

Hacker Pahlawan Yang Tidak Dikenang





Inilah dunia kami, Dunia dimana IT dan Pengetahuan tanpa sempadan...

Kami mengupayakan sebuah sistem yang sedia ada tanpa perlukan sebarang bayaran, Yang mungkin sahaja tersangatlah murah jika tidak diniagakan dengan ketamakan nafsu mencari keuntungan, Dan kami anda gelar sebagai Cyber-Criminal???

Kami menjelajah dunia IT tanpa sempadan untuk mengejar pengetahuan demi kebaikan diri sendiri serta anda namun kami juga anda gelar Cyber-Criminal???

Kami telah memberikan pengetahuan kepada anda semua untuk mengembangkan pengetahuan anda di dalam dunia IT ini yang amat berguna kepada anda semua di masa ini dan di masa akan datang... Tapi anda membalas kami dengan menggelar kami Cyber-Criminal???

Kami wujud tanpa membezakan warna kulit, agama, wajah, suku-kaum atau keagamaan dan anda menuduh kami semua sebagai Cyber-Criminal???

Anda yang mencipta bom nuklear, Anda yang menyebabkan peperangan, Anda yang membunuh, Anda yang berlaku tidak adil, Anda yang cuba membohongi kami dan mengelabui mata kami dengan meyakinkan bahawa apa yang anda sedang lakukan adalah demi kebaikan kami, Tetapi kami juga yang anda tuduh sebagai Cyber-Criminal???

Ya kami memang seorang Cyber-Criminal...

Kejahatan yang kami lakukan adalah kerana melakukan penilaian terhadap orang lain berdasarkan apa yang mereka katakan dan fikirkan bukan berdasarkan penampilan, wajah atau kecantikkan mereka...

Kejahatan kami adalah kerana menjadi lebih bijak daripada anda semua, satu perkara yang anda tidak mampu maafkan...

Ya kami memang seorang HACKER dan inilah MANIFESTO kami...

Anda mungkin sahaja mampu menghentikan dan memusnahkan segelintir daripada kami namun mustahil untuk anda menghentikan kami semua...

Bagaimanapun kami juga semua se~Nasib dan se~Perjuangan dengan anda walaupun kami berada di landasan yang berbeza...



Salam buat seluruh HACKER Malaysia dan kepada anda semua !


Edit & Modified By
 : Muz_c0d3r

No comments: