Sunday, 6 November 2011

Salam Aidil Adha





Assalammualaikum...

Terasa cepat masa berlalu hingga tidak sedar AidilAdha berkunjung tiba... Syukur ke hadrat Illahi kerana masih di berikan nafas dan roh sehingga ke hari ini untuk bertemu dengan Hari Raya Aidil Adha... Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah Qurban dan Selamat Ibadah Haji...

Di Aidil Adha ini marilah kita melihat semula kenangan-kenangan penting dan bertindak selari dengan pengajaran pengajarannya :


  1. Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus.
  2. Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Bait Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah as. Kita para Duat dituntut membina Keluarga Islam (Bait Muslim) sedemikian sempena kita menyambut Hari Raya Korban ini.
  3. Hati kita hanya satu. Kekasih yang bertahta di dalam hati kita juga hendaklah satu. Allah tidak menjadikan dua hati didalam diri seseorang itu. Samada Allah swt bertahta di dalam hati kita, atau dunia yang akan bertahta di dalamnya. Apa bila dunia bertahta seperti wanita, harta, anak, duit, kereta, banglo, tanah dan sebagainya, seseorang Daie itu hanya menunggu masa dan ketika untuk dia terkeluar dari senarai para Mujahideen dan Duat di Jalan Allah. Banyak kejadian sedemikian berlaku di hadapan kita menjelaskan lagi hakikat tersebut.
  4. Jangan kita memberi alasan bahawa sifat pengorbanan sedemikian sudah tentu ada pada Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as kerana mereka berstatus rasul sedang kita hanya manusia biasa. Tidakkah kita perhatikan bahawa Hajar bukan seorang nabi atau rasul. Dia adalah menusia biasa seperti kita. Namun iman dan ketaatannya kepada Allah dan suami sangat teguh berbanding dengan ramai manusia yang warak pada hari ini. Kisah keimanan dan ketaatan para Sahabat ra yang bukan berstatus nabi atau rasul juga mencabar kita yang berstatus manusia biasa seperti mereka untuk mencapai kualiti iman dan pengorbanan seperti yang telah mereka tunjukkan.
  5. Teringat semula bahawa Allah swt menarik balik arahan sembelih Nabi Ismail as dan ditukar kepada sembelih seekor kambing hanya apabila pisau yang pegang oleh Nabi Ibrahim as telah hampir ke urat leher Nabi Ismail as, sedang hati Nabi Ibrahim as sedikit pun tidak teragak-agak untuk meneruskan sembelihan tersebut. Begitu juga Allah swt membelah dan membuka Laut Merah untuk dilintasi oleh Nabi Musa as dan kaumnya bukan ketika Firaun dan bala tenteranya masih berada di kota, akan tetapi laut tersebut dibuka apabila bala tentera tersebut telah tampak di depan mata dan mereka menyangka mereka akan ditangkap kerana tidak ada jalan keluar.  Ini bermakna Allah swt akan menguji kita sendiri dengan ujian yang akan sampai ke tahap tidak tertanggung oleh kita yang hanya disaat itu juga datangnya Kemenangan yang dijanjikanNya. Oleh itu kejayaan yang kita impikan untuk Dakwah ini tidak mencaai kemuncak kejayaannya tanpa kita berusaha sedaya mungkin hingga ke tahap yang ditunjukkan oleh Rasul-rasul yang terdahulu.

 “Hingga apabila Rasul-rasul hendak berasa putus asa (lantaran maksimanya tenaga yang dicurahkan dan minimanya hasil yang dapat), mereka menyangka mereka benar-benar telah dibohongi (beria dan janji mereka akan menang diakhirnya nanti, tetapi ketika itu mereka tidak mengecapinya), (ketika itu) datanglah Kemenangan (dari) Kami” (Al-Quran).



Rasulullah saw bersabda bermaksud :

Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Alllah di Hari Nahar (10 hb Zulhijjah) selain dari menyembelih atau berkorban binatang. Sesungguhnya haiwan sembelihan itu adakan datang di Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya (sebagai saksi terhadap amal korban tersebut). Sesungguhnya ibadat (pahala) korban berkenaan akan sampai kepada Allah sebelum darah sembelihan itu sampai (tumpah) ke bumi“.

Bagi mereka yang mampu, jadikanlah ibadat korban ini sebagai salah satu syiar Islam yang berkembang di dalam masyarakat kita.

Bagi mereka yang sedang berada di Tanah Suci, esok bermula kerja-kerja ibadat Haji dengan manusia mula berangkat ke Mina untuk Hari Tarwiyah dengan bersolat 5 waktu (Zuhur hingga Subuh) di sana. Moga Allah swt mengurniakan kepada mereka dan kami di sini Haji yang mabrur.

Haji yang mabrur, tiada balasan baginya kecuali Syurga” (Hadis).

No comments: