Saturday, 24 September 2011

Istilah / Terminologi Hackers


Black Hat Hackers ( Penggodam berniat jahat) merupakan sebilangan kecil kumpulan yang terdiri daripada manusia yang genius di dalam penguasaan dan penggunaan teknologi pengkomputeran yang mampu melakukan apa saja terhadap sistem komputer, kebiasaannya berkemampuan untuk berhubung / mengeksploitasi / menggunakan tanpa kebenaran / memecah-masuk sistem dengan mana-mana komputer yang mempunyai sambungan ke internet walaupun tahap keselamatan komputer tersebut telah pun dipertingkatkan. Mereka ini juga dikenali sebagai seseorang yang mensubversi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer ataupun internet) untuk tujuan keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti, pencurian hak milik intelektual, dan sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian, atau software cracking.


White Hat pula digunakan untuk melabel seseorang yang genius di dalam ilmu pengkomputeran tetapi sangat beretika dengan pengetahuan tersebut tanpa menyalahgunakan kemampuannya untuk merosakkan sistem komputer yang lain. Boleh dikatakan bahawa mereka ini adalah dari golongan Penggodam beretika yang memecah keselamatan tetapi untuk tujuan altruistik ataupun sekurang-kurangnya tidak berniat jahat. White Hat biasanya mempunyai etika yang jelas, dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik demi untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai dalam setiap produk @ keluaran, walaupun ramai juga yang mengancam sama ada yang tersirat atau jelas untuk memaklumkan kepada awam selepas tempoh yang "sesuai" untuk memastikan respons yang kena pada waktunya ( Hacktivism / Propaganda ). Istilah ini juga digunakan untuk penggodam yang merekacipta dan mengekod sistem yang lebih selamat.


Terma perkataan Cracker yang kebiasaannya ditujukan kepada Black Hat Hacker telah dicipta oleh Richard Stallman untuk membezakan golongan Hacker dan Cracker. Mereka adalah seseorang yang cenderung untuk melakukan aktiviti / proses "memecah-masuk" sebarang jenis kata laluan pada sesetiap jenis perisian (Software Cracker). Golongan ini amat bijak dalam usaha untuk memecahkan sesuatu kata laluan. Mereka juga lebih cenderung / genius dalam mentafsir / mengubah kod-kod sumber yang ada dalam setiap jenis perisian untuk menjadikan perisian tersebut seperti yang asli. Kebanyakkan perisian komputer yang dicetak rompak sebenarnya adalah hasil kerja golongan cracker ini kerana mereka mempunyai kemampuan yang khusus dalam mengatasi tahap mekanisma perlindungan penyalinan perisian. Mereka ini jarang / tidak mengeksploit rangkaian komputer, cuma lebih kepada perisian yang berasaskan komputer semata-mata.



Script Kiddies pula ialah golongan yang penuh dengan keegoan dengan tahap pengetahuan penggunaan komputer yang tidak seberapa tetapi seringkali menyusahkan Juruteknik Komputer. Golongan ini seringkali dikaitkan sebagai seseorang yang gopohgapah dalam melakukan sesuatu yang melibatkan aktiviti penggodaman ( Hacking ). Namun begitu keupayaan mereka dalam penguasaan computer sama sekali tidak boleh dipandang ringan kerana hampir 50 % virus dan bermacam bentuk ancaman computer yang tersebar di seluruh dunia adalah disebabkan oleh golongan ini. Mereka menggunakan sebarang perisian ( tool )yang direkacipta oleh golongan hacker tanpa mengetahui apakah tujuan dan akibat perisian tersebut jika disalahgunakan. Mereka selalunya membuta tuli menggunakan sesuatu perisian tersebut tanpa mengikut arahan / panduan perisian itu sendiri.

1 comment:

Sya_Merpati Putih 88 said...

baru tau maksud +istilah2 nie..
nice info, thanks for sharing...=)