Monday, 10 October 2011

Insafnya Seorang Hacker

Entry copy paste dan diedit dari h3x0r <-- memang menginsafkan...

Memang seronok menerokai satu laman sesawang, lebih-lebih lagi laman sesawang yang ada vuln... Setelah dicari exploitnya maka aku berjaya mendapatkan username dan password lalu aku berjaya tembus ke admin panel... Aku terus melakukan kerja biasa aku iaitu homepage defacement dan mass defacement...

Lalu aku dengan rasa gembiranya menunjukkan kepada rakan aku yang aku panggil sebagai brot...

Aku : Brot, tengok ne aku dah defacement homepage dia woi...haha

Brot : Mane, bagi sini aku nak tengok...

Aku : Hebat kan aku brot?

Brot : Hebak sangatlah ko tu...

Aku : Fuh, aku dah siap upload file html aku, lepas ne nak post dekat group... Aku dah tukar sekali index untuk admin login dan read file dia... So lepas ne admin website ne dah tak boleh login ke website dia lagi...

Brot : Asal kau buat macam tu? Kau rasa bangga lah?

Aku : Banggalah brot... lagipun ini just for fun... lagipun kami security tester, aku buat macam ne untuk beri amaran admin tu patch website dia...

Lalu brot berkata dengan aku...

Bro... kalau kau buat macam ni apa hasil yang ko dapat? Kau gembira? Adakah dalam rasa gembira ko tu ko takda perasaan bersalah atau perasaan takut? Apa yang ko buat ne berdosa.. Walaupun niat ko nak tolong admin website tu... Tapi cara engkau salah, ko dah ganggu periuk nasi mereka... Kalau ko berterusan macam ne, ko tahu tak doa seorang yang dikhianati dan disakiti akan dimakbulkan oleh Allah... Biarpun niat ko baik, ikhlas nak tolong tapi ko mesti ada niat nak menunjuk-nunjukkan? Kalau betul ko nak tolong admin website tu napa ko nak post yang ko dah deface website tu dalam group? Bila datang ajal kau nanti... Pasti sakit saat engkau hendak meninggal dunia.. Susah engkau nak mati dan ketika kau nazak... Sebab dosa kau kepada admin itu tidak diampuni...



Berfikirlah kawanku sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah Yang Maha Kuasa...

2 comments:

----- ----- said...

dgn sbb itu aq x suka deface cuma suka kcu laman sosial...

laman sosial..

maksud aq laman so-sial...
maaf...=,="...

Omar said...

Boleh kata kes yang lebih kurang sama cam aku dulu ler..

insaf sebab nak SPM.. takut org menyumpah SPM aku fail.. terus tak sambung kejer2 jahat ni sampai skang.. takut wo..