Wednesday, 29 February 2012

Cara Install phpBB Ke Localhost Menggunakan Xampp


phpBB adalah salah satu Bulletin Board yang boleh dimiliki secara percuma dan boleh dimuat turun daripada laman web http://www.phpbb.com/downloads/olympus.php?sid=105a8ae82ddccab55c4293a24c9a0ed6

Disini adalah tutorial bagi anda yang hendak mencuba memasang phpBB pada localhost dan semestinya pada tutorial ini saya menggunakan Xampp kerana ianya mudah untuk dikonfigurasi.

1. Muat Turun Xampp dan pasang ke dalam PC/Laptop anda.

2. Muat turun phpBB melalui link diatas.

3. Ekstrak fail phpBB menggunakan 7-zip atau Winrar atau apa sahaja zip/rar converter.

4. Salin folder phpBB yang sudah anda ekstrak ke dalam C:\xampp\htdocs\ dan tukar nama fail anda kepada nama yang anda kehendaki contohnya saya menggunakan nama "phpbb" bagi folder fail phpbb saya.

5. PERTAMA SEKALI anda harus membuat DATABASE yang akan digunakan untuk menyimpan TABLE phpBB anda. Buka browser anda dan taip http://localhost/phpmyadmin/ dan anda akan masuk ke panel utama phpMyAdmin.


Tekan butang DATABASE untuk membuat DATABASE bagi phpBB anda


Pada kotak 1 letakkan nama DATABASE anda contoh "phpbb" kemudian tekan butang CREATE untuk membina DATABASE anda.

Anda akan nampak notifikasi ini setelah DATABASE anda berjaya dibina


Buka browser anda dan taip http://localhost/namafolderanda/ contoh http://localhost/phpbb/ dan anda akan dibawa ke panel utama untuk mengkonfigurasi phpBB anda, Tekan tab INSTALL untuk memulakan proses pemasangan phpBB anda pada LOCALHOST


Ini adalah laman utama untuk proses pemasangan phpBB anda dan anda boleh meneruskan dengan menekan butang PROCEED TO NEXT STEP


Ini adalah laman untuk memeriksa samada anda memenuhi syarat yang ditetapkan untuk memasang phpBB.


Apabila anda scroll ke bawah pada laman tadi anda akan jumpa SUPPORTED DATABASE dan pastikan salah satunya bertanda AVAILABLE untuk meneruskan proses pemasangan phpBB anda


Setelah itu scroll kebawah lagi dan tekan butang START INSTALL


Anda akan masuk ke laman KONFIGURASI DATABASE dimana anda harus memasukkan data seperti di bawah

1. Biarkan pada setting DEFAULT
2. Taip localhost kerana anda memasang pada localhost
3. Taip NAMA DATABASE yang anda telah buat tadi di phpMyAdmin contohnya seperti yang saya gunakan tadi "phpbb"
4. Masukkan USERNAME anda contoh ADMIN dan pada bahagian PASSWORD biarkan kosong
5. Biarkan pada setting DEFAULT


Sekiranya anda telah memasukkan maklumat tepat pada laman sebelumnya maka disini akan keluar notifikasi sambungan ke DATABASE dan SERVER anda berjaya


Ini adalah laman untuk anda memasukkan maklumat ADMINISTRATOR phpBB anda iaitu anda.

1. Biarkan pada setting DEFAULT
2. Masukkan USERNAME ADMINISTRATOR anda contoh ADMIN
3. Masukkan PASSWORD anda
4. Ulang langkah 3
5. Masukkan email anda yang sah contohnya EMAIL GMAIL/YAHOO/MSN anda
6. Ulang langkah 5
7. Sekiranya anda selesai tekan butang PROCEED TO THE NEXT STEP


Sekiranya anda telah memasukkan maklumat yang betul pada laman sebelumnya maka anda boleh meneruskan pada langkah seterusnya dengan menekan butang PROCEED TO NEXT STEP


Pada laman ini akan menunjukkan bahawa konfigurasi fail phpBB anda telah berjaya disimpan dan teruskan ke langkah seterusnya dengan menekan butang PROCEED TO NEXT STEP


Pada laman ini tiada apa yang perlu dibuat cuma tukar setting ENABLED BOARD WIDE E-MAIL daripada ENABLED kepada DISABLED memandangkan anda memasang phpBB sebagai TEST BOARD sahaja


Scroll ke bawah dan tekan butang PROCEED TO NEXT STEP


Pada laman ini anda akan dimaklumkan bahawa data-data telahpun berjaya dimasukkan ke dalam DATABASE anda dan tekan butang PROCEED TO NEXT STEP untuk langkah TERAKHIR


Sekiranya anda telah sampai ke laman ini TAHNIAH anda telah pun berjaya memasang phpBB anda yang pertama di localhost dan tekan butang LOGIN untuk masuk ke ADMIN CONTROL PANEL anda


SELAMAT DATANG DI ADMIN CONTROL PANEL phpBB ANDA.
MUDAH BUKAN?

No comments: