Tuesday, 28 February 2012

Cara Install MyBB Ke Dalam Localhost Menggunakan Xampp

Tidak banyak artikel tentang cara install MyBB ke dalam localhost ditulis oleh bangsa Melayu. Kebanyakkan merujuk kepada artikel Indonesia, ini menunjukkan Indonesia lebih maju dalam webmaster berbanding Malaysia.


Disini adalah sedikit tutorial bergambar untuk install MyBB ke dalam localhost bagi yang hendak memulakan diri dalam Webmaster.


1. Download Xampp daripada official site : http://www.apachefriends.org/en/xampp-windows.html


2. Install Xampp anda kemudian run, sekiranya service apache gagal untuk disambung sila putuskan semua sambungan internet terlebih dahulu dan start service apache kemudian connect semula internet anda.


3. Download versi MyBB terkini daripada laman web MyBB : http://www.mybb.com/downloads


4. Kemudian extract zip file anda kemudian copy folder upload ke dalam C:\xampp\htdocs


5. Rename folder upload kepada nama yang anda pilih contoh saya menggunakan nama mybb untuk folder saya.


6. Buka browser anda dan taip http://localhost/foldermybbanda/install contoh http://localhost/mybb/install/ kerana folder mybb saya adalah mybb kemudian [ENTER]


7. Anda akan dibawa ke laman utama MyBB untuk memulakan proses install MyBB anda.


Ini adalah laman utama dan tekan butang [NEXT]


Ini adalah laman License Agreement anda boleh menekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Requirement Check dan jika semuanya seperti dalam gambar diatas, tekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Database Configuration dan disini anda akan memasukkan maklumat database anda untuk memulakan proses INSTALL MyBB anda.


Pada bahagian Database Engine pilih MySQL Improved / MySQL [Saya cadangkan MySQL Improved] dan bukan yang lain.

Pada bahagian Database Server Hostname tulis localhost memandangkan anda memasang MyBB pada localhost.

Pada Database Username tulis root kerana ini adalah username default bagi engine SQL Xammp.

Pada Database Password tinggalkan kosong.

Pada Database Name tulis nama database yang anda create pada phpMyAdmin



Untuk membuat database yang akan anda gunakan untuk memasang MyBB anda masukkan alamat http://localhost/phpmyadmin ke dalam URL dan anda akan dibawa kepage phpMyAdmin.

Tekan pada tab Database untuk membina Database yang akan digunakan pada MyBB anda.


Masukkan nama database anda contohnya saya menggunakan nama mybb dan tekan butang [CREATE]


Anda akan nampak nama database anda pada bahagian tepi.

Kemudian balik ke laman INSTALL MyBB anda dan masukkan nama database yang anda create pada bahagian Database Name dan tekan butang [NEXT]


Ini adalah laman yang menunjukkan table MyBB telahpun berjaya dicreate ke dalam database anda dan tekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Table Populatian anda boleh menekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Theme Insertion anda boleh menekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Board Configuration, jika anda hendak menggunakan DEFAULT SETTING anda boleh menekan butang [NEXT]


Ini adalah laman Create Administrator Account dimana anda akan membuat akaun pertama / user pertama pada laman MyBB anda dimana user pertama adalah Super Admin / Root Admin pada lama MyBB anda dalam kata lain merupakan WEBMASTER kepada laman MyBB tersebut.

Pada bahagian Username masukkan Username anda contohnya Admin

Pada bahagian Password masukkan password anda dan ulang semula pada bahagian Retype Password.

Pada bahagian Email Address masukkan email localhost anda samada postmaster@localhost / admin@localhost.

Setelah selesai tekan butang [NEXT]


Laman ini menunjukkan bahawa laman MyBB anda telah pun selesai dipasang dan anda boleh terus ke laman Admin Control Panel/Dashbord anda dengan menekan Admin Control Panel atau taip http://localhost/namafolderanda/admin contoh http://localhost/mybb/admin pada url browser anda.


Masukkan Username dan Password yang telah anda buat pada laman Create Administrator Account sebelum ini dan tekan butang [LOGIN]


Selamat Datang Ke Dashdboard atau Admin Control Panel anda.

Bersambung di masa lain :P

No comments: