Showing posts with label Rileks Community News. Show all posts
Showing posts with label Rileks Community News. Show all posts

Monday, 28 May 2012

Pilihan Raya Umum Forum Rileks Commnity

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera Semua,

Seperti yang warga Rileks Community sedia maklum, dalam kurang 4 hari saja lagi seluruh warga Rileks Community akan mengadakan Pilihan Raya Umum Rileks Community Ke Dua untuk memilih calon-calon yang sesuai untuk menguruskan Forum Rileks Community !!

Adakah anda sudah membuat pilihan untuk mengundi calon pilihan anda ??

Jika tidak mulai-mulailah menimbang untuk memilih calon yang sesuai sebagai pemimpin Rileks Community !!

Mari buat sedikit review mengenai manifesto parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya itu nanti.

Bagi yang belum mempunyai akaun di Rileks Community bolehlah membuka akaun dengan menekan link DAFTAR

Jangan Lupa Join Group Rileks Community Di Facebook

Friday, 4 May 2012

Pilihan Raya Umum Rileks Community Ke Dua

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Anda semua masih ingat dengan PRU 1 Rileks Community? Tidak disangka kini sudah 6 bulan PRC 1 berlalu dan kini sudah tiba masanya untuk  PRU 2 Rileks Community  diadakan.

Apakah tujuan sebenar  PRU Rileks Community ?

PRU ini diadakan untuk memilih calon yang sesuai bagi mentadbir laman Rileks Community, dimana calon yang memenangi  PRU  dengan undian tertinggi akan dilantik menjadi Pemimpin Rileks Community dan akan menjadi pentadbir laman tersebut.

Rileks Community merupakan sebuah Community yang semakin berkembang dari masa ke semasa, sehingga artikel ini ditulis sahaja Rileks Community telah mencapai kedudukan yang amat membanggakan di mana 7,722 thread telah dikongsikan dengan 48,999 komen dalam semua thread. Selain itu Rileks Community juga mempunyai 2,692 user berdaftar dengan purata pendaftaran 20-30 ahli setiap 24 jam dan dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

Oleh itu mana-mana user yang telah berdaftar dengan Rileks Community ini bolehlah mencuba nasib untuk bertanding menjadi pentadbir laman Rileks Community, anda juga boleh menimba ilmu untuk menjadi pentadbir laman dari pentadbir laman yang sedia ada.

Sekali sekala belajar kendalikan laman web berfaedah juga dari tahu mendeface sahaja... :)

Sekian Bilik Berita Melaporkan....

HaHaHaHa

Wednesday, 25 April 2012

Widget Radio RcFM Untuk Blogger

Assalammualaikum,

Adakah anda pendengar RcFM iaitu radio rasmi Rileks Community? Ataupun anda baru je dengar perkara ini dan tertanya-tanya dalam hati apa ke jadah menatang RcFM ne? Jangan bimbang RcFM bukan menatang tapi ianya radio online yang merupakan stesen radio rasmi bagi warga Rileks Community.

Sekiranya korang baru nak try-try layan lagu kat RcFM ini bolehlah layari laman sesawang RcFM di http://radio.rc.my/ , Bagi pendengar setia, korang tak nak ke letak banner untuk radio pilihan korang ne kat blog korang masing-masing?

Janganlah kedekut sangat, tak ambik space banyak manapun... hehe, Kalo ada yang rasa-rasa nak letak tu tapi tak pula tau apa kod htmlnya, jangan segan-segan kat sini saya share kod htmlnya yang boleh anda letak dalam blog masing-masing okay?

Salin code HTML di bawah ini :

Now Playing - <blink>Loading...</blink> ()

Listener -

<object width="265" height="30" type="application/x-shockwave-flash" id="scplayer" name="scplayer" data="http://player.wavestreamer.com/cgi-bin/player2.swf">
<param name="allowfullscreen" value="false" />
<param name="allowscriptaccess" value="always" />
<param name="bgcolor" value="#FFFFFF" />
<param name="wmode" value="transparent" /> <param name="flashvars" value="skin=http://player.wavestreamer.com/cgi-bin/dangdang/dangdang.swf&title=Live Stream&type=sound&file=http://72.20.10.40:8000/;stream.mp3&13135339138&duration=99999&id=scplayer&autostart=true" /></object>

Ataupun dapatkan salinannya melalui Pastebin dengan menekan link di bawah ini :

So kalau ada apa-apa masalah atau persoalan sila maklumkan kepada saya dengan meninggalkan soalan anda di ruang komen di bawah ini ok :)

Pertandingan Mencipta Komik Meme

Anda pernah dengar komik meme atau bahasa omputihnya meme comic?

Apa sebenarnya yang dimaksudkan comic meme ne?

Meme sebenarnya adalah sesuatu benda yang menjadi bahan untuk di sebar  dari seorang ke orang lain dan menjadi budaya atau perilaku semasa terutama di dalam internet. Viral video juga termasuk dalam meme.

Itulah meme secara ringkasnya, kalo orang loghat kelantan biasa guna ayat ne, memey ar... Hehehe

Namun itu bukan pointnya disini bukan nak berdebat pasal apa itu MEME, tapi ini mengenai pertandingan yang dianjurkan oleh Rileks Community. Tak tahu apa tu Rileks Community? Hang p buka www.google.com dan taip rileks dalam kotak search lalu tekan [ENTER], apa yang keluar?

Berbalik topic asal, siapa yang ada bakat dalam menghasilkan komik jenis mudah tapi padat iaitu meme comic bolehlah join pertandingan ne sambil-sambil menjadi separuh dari warga Rileks Community yang rileks dan sengal-sengal belaka... Hehe

Pasal peraturan dan apa-apa kejadah yang berkaitan dengan pertandingan mencipta komik meme ini bolehlah anda rujuk melalui link di bawah ini. Klik je... :)

Wednesday, 18 January 2012

RCMall Kini Dibuka Untuk Para Peniaga

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,
Pada hari ini satu lagi produk dikeluarkan oleh Rileks Network iaitu Virtual Shopping Mall.
Disini para peniaga laman maya boleh memasarkan produk mereka, selain dapat mengembangkan lagi sayap perniagaan anda, anda dapat juga saling berkenalan dan bertukar pendapat dengan para peniaga lain.

Sekiranya anda berminat anda boleh mula meletakkan iklan-iklan anda dengan melengkapkan borang yang telah disediakan.

Sila Rujuk Link Ini : http://www.mall.rc.my/p/ads-form.html

Friday, 13 January 2012

Pilihan Raya Pertama Rileks Community

Pada malam ini akan diadakan Pilihan Raya yang pertama di Forum Rileks Community, Pilihan Raya ini akan dibuat dari 14-16 Januari 2012.
Apa tujuan Pilihan Raya ini dibuat?

Melalui Pilihan Raya ini forumer-forumer yang berada di Forum Rileks Community akan memilih calon-calon yang terbaik bagi memimpin mereka sepanjang berforum di Rileks Community.

Mereka yang menang bertindak sebagai Moderator untuk mengawal selia perjalanan Forum Rileks Community ini dimana mereka akan memantau dan memastikan semua forumer-forumer di Rileks Community mematuhi peraturan yang ada di Rileks Community.

Ini adalah untuk memastikan perjalanan forum berjalan dengan selancar-lancarnya.

Oleh itu pilihlah calon yang berkaliber buat anda, pilihan anda akan bermakna masa depan Rileks Community melalui calon yang anda pilih.

Undian boleh dibuat dengan mendaftar di http://rc.my/member.txt?action=register

Buangan undi boleh dilakukan di http://rc.my/thread-3414-post-29236.html#pid29236

Buangan undi boleh dibuat bermula JAM 0000 malam ini sehingga 16 Januari 2012

Dan MANIFESTO perjuangan parti boleh dirujuk di bawah ini :

Pilihlah Yang TERBAIK !!!

Tuesday, 15 November 2011

Pelancaran Rasmi Komuniti

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,

Malam ne merupakan pelancaran rasmi untuk satu laman web iaitu Rileks Community, laman web ini adalah tempat untuk mereka yang ingin bersantai berkumpul bersama dalam satu komuniti...

Kurang daripada 5 minit sahaja lagi, forum komuniti akan dibuka jom dengarkan kami di http://radio.rc.my/ untuk membuat countdown bersama-sama....

Monday, 14 November 2011

Dengarkan Kami Di RileksFM

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,

Mana yang sibuk dengan kerja menghacking tu, jom rehat-rehat kejap dengarkan music... Jangan asyik pecahkan kod je, kang pecah kepala terover berfikir plak... Dan mana yang nak cari stesen radio terbaru... Jom join kami di RileksFM...