Berita baik untuk para penggodam dan peminut tegar Backtrack Linux. Linux Pentest yang paling ditunggu-tunggu iaitu "KALI LINUX" ataupun "BACKTRACK 6" daripada pembangun BACKTRACK sendiri.
Dari 7 tahun yang lepas kita melihat lima versi terhebat Linux Backtrack. Tetapi kali ini untuk mencapai beberapa matlamat yang lebih tinggi, pembangun Backtrack memutuskan untuk melahirkan "Kali Linux".
Kali Linux adalah berdasarkan Debian Linux kemas kini pakej terbaru serta penambahbaikan keselamatan terkini.
Satu lagi ciri hebat yang diperkenalkan dimana ianya mempu untuk membuat pemasangan Boostrap/ISO terus dari repositori Kali. Ini membolehkan mana-mana pengguna untuk membina mengikut citarasa mereka.
Imej Senibina ARM Kali Linux berfungsi hebat pada Samsung ARM Chromebook, Raspberry Pi, ODROID U2 / X2 dan SainSmart SS808.
Dengan lebih daripada 300 alat ujian sekuriti, ianya benar-benar percuma dan merupakan sumber terbuka, sokongan peranti wiriles, GPG pakej dan repo, multibahasa dan ianya merupakan salah satu pembangunan terhebat masyarakat penggodam.
Sekali lagi, kata laluan root adalah sama "toor", anda boleh memuat turun Kali Linux di SINI.
1 comment:
wow
Post a Comment