Thursday, 23 August 2012

Padam Rakan Facebook Anda Dengan Pantas


Assalammualaikum Semua,

Hari ne penulis nak share tentang tutorial untuk delete friend kat account facebook korang secara "bulk".

Facebook secara default tidak membenarkan perkara ini, jadi kita kena menggunakan script tertentu bagi melakukan perkara ini.

Tutorial :

1. Download extension TamperMonkey daripada WebStore Google Chrome.

TamperMonkey

2. Kemudian muat turun script ini

FacebookDeletes

** Tekan butang Install, lepas tu keluar pop-up tekan butang Yes je.

3. Kemudian pergi ke laman yang memaparkan senarai rakan-rakan FB anda.


4. Untuk mengaktifkan script tersebut, letakkan mouse anda kepada nama salah seorang rakan anda sehingga menu FacebookDeletes muncul.


5. Langkah pertama yang perlu anda lakukan, adalah tick box nama rakan-rakan fb anda yang anda tidak ingin buang. Yang anda ingin remove jangan tick.


6. Pastikan anda scroll sehingga laman bawah sekali, ini untuk memastikan semua senarai rakan anda dapat di load sebelum script tersebut digunakan. [Supaya tak jadi dua kali kerja]

7. Setelah itu tekan butang disebelah Facebook Delete Friends untuk expand menu.


8. Jika rakan anda kurang daripada 2000 letakkan 2000 di dalam kotak Delete a Maximum.

9. Kemudian tekan butang Delete all EXCEPT selected.

10. Berikan masa dari 30 hingga 1 jam sekiranya rakan anda lebih daripada 1000-2000 untuk dibuang.

11. Satu text kecil akan muncul di bawah butang Highlight Only semasa proses membuang rakan anda. Ianya akan menunjukkan jumlah rakan anda yang telah dipadam dari senarai rakan anda.

12. Script ini berfungsi seperti di bawah. Dimana rakan yang namanya mempunyai box merah akan dipadam.


13. Ingat butang HIGHLIGHT ONLY untuk TEST MOD - butang Delete all EXCEPT selected untuk BETUL2 bukan COBAAN.

** Peringantan daripada penulis, memadam rakan yang tidak dikenali tidaklah semudah menambah mereka ke senarai rakan anda. So berhati-hati semasa tekan butang ADD FRIEND.

Untuk pengguna Firefox, sila gunakan GreaseMonkey. Caranya tetap sama cuma extension berbeza.

Monday, 20 August 2012

YouZeek - Komuniti Muzik Dan Video Percuma


Assalammualaikum,


Hari ne penulis nak berkongsi laman web yang menyediakan perkhidmatan stream video online, laman web ne mengumpulkan lagu-lagu video dari pelbagai artis. Bagi penulis laman web ini sangat menarik kerana penyusunan lagu mengikut negara kemudian diasingkan mengikut artis. Yang menariknya, lagu video untuk artis tersebut dikumpulkan sekali, seperti sebuah album. Ini amat memudahkan untuk mendengar lagu video dari satu-satu artis.


Anda boleh terus pergi ke laman web YouZeek untuk merasainya kehebatan muzik.

Selain itu YouZeek juga menyediakan aplikasi untuk Google Chrome. Untuk mendapatnya klik link di bawah INI.




Saturday, 18 August 2012

Ucapan Selamat Hari Raya 1433H


Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada semua rakan-rakan diluar sana, saya pemilik blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri dan Mohon Maaf andai selama ini saya pernah melakukan kesalahan kepada anda semua.

Semoga raya kali ini lebih bermakna kepada kita semua, namun jangan lupa untuk jaga kesihatan sepanjang raya ne, ye lah jangan dok makan sakan plak ye, yang berbelanja tu berjimat-cermat, jangan plak lepas raya terus hutang keliling pinggang.

Kepada yang balik kampung, pandulah kenderaan dengan berhati-hati, biar lambat asalkan selamat.

Sekian,

Salam Ingatan Tulus Ikhlas Daripada Saya

Muz..

Tuesday, 14 August 2012

Backtrack 5 r3 Dilepaskan

Assalammualaikum,


Seperti yang anda tahu Backtrack merupakan sistem operasi yang dibangunkan di bawah linux dan banyak digunakan oleh penggodam untuk melakukan ujian keselamatan ke atas aplikasi atau laman web.

Hari ini Backtrack mengumumkan telah pun melepaskan Backtrack ediri r3 mereka yang membawa baik pulih terhadap bugs yang dilaporkan pengguna serta penambahan 60 tools lagi seperti yang diumumkan pada Blackhat dan Defcon 2012.

Anda boleh membaca berita lebih lanjut di laman web Backtrack dengan menekan link di bawah ini.



Saturday, 11 August 2012

5 Pusat Data Terbesar Di Dunia


Assalammualaikum...

Pernahkah sekalipun anda terfikir berapa besarkah sebenarnya dunia internet ini? Hari ini semakin banyak aliran maklumat dalam dunia kita bergerak melalui komputer dan disebarkan dalam berbagai rangkaian. Oleh itu "Pusat Data" adalah salah satu medium penting untuk mengerakkan semua ini. Tanpanya kita akan kembali ke zaman purba, dimana dunia tanpa internet.

Mungkin anda terfikir pusat data yang dimaksudkan seperti sebuah siber kafe gergasi ? Mungkin juga sebesar padang bola yang digabungkan dalam 10-20 padang ?

Sebenarnya terdapat beratus-ratus malah ribuan pusat data di seluruh dunia. TETAPI manakah yang paling terbesar ?

Disini kita akan lihat antara 5 PUSAT DATA yang paling terbesar di muka bumi ini.

#5. NAP milik America di Miami, USA


NAP milik America adalah kemudahan utama Terremark dan ia telah direka khusus untuk menghubungkan Amerika Latin ke seluruh dunia daripada segi rangkaian. Walaupun Miami telah dikategorikan sebagai salah satu daripada 5 bandar-bandar terbaik di dunia ianya tidak akan mengganggu kepentingan NAP Amerika sebagai sebuah projek telekomunikasi.


  1. NAP telah disiapkan pada tahun 2001 dan ianya mempunyai keluasan 750,000 kaki persegi.
  2. Ianya diperkukuhkan dengan 7 inci keluli tebal pada bahagian panel luaran konkrit.
  3. Dilengkapi dengan peringkat kemudahan IV dengan kuasa N+2 dan infrastruktur penyejukan.
  4. Cerun bumbung yang direka untuk membantu dalam saliran air banjir melebihi 100 tahun ribut dan dibantu oleh 18 longkang diatas bumbung.
  5. Direka untuk menahan taufan kategori 5.
  6. Terletak di luar FEMA 500 tahun zon banjir yang ditetapkan.


Keselamatan Fisikal :

NAP mempunyai satu pusat kawalan yang terletak di tengah-tengah dan dikendalikan oleh kakitangan keselamatan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Kakitangan keselamatan ini akan memantau semua kamera keselamatan, pintu masuk dan keluar bangunan, mengawal kad akses untuk lif, lantai dan kawasan bumbung. Di samping itu sensor alam sekitar digunakan dan akan memberi amaran kepada penghuni bangunan serta menyediakan bantuan kecemasan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan.




#4. Pusat Data Bandar Tulip di Bangalore, India


Disiapkan pada bulan Februari 2012, Tulip Telekom dengan rasminya membuka sebuah pusat data baru di India. Fokus kepada projek ini adalah KECEKAPAN. Pada hari ini ianya menjadi salah satu pusat data yang paling cekap dan mengamalkan teknologi hijau di India. Fungsi utama Pusat Data Tulip adalah sebagai pusat penyimpanan data bagi perkhidmatan cloud, namun ianya juga digunakan untuk colocation, pengurusan hosting dan penyimpanan data.

Pusat Data Tulip mempunyai keluasan 900,000 kaki persegi yang melayakkannya sebagai salah satu pusat data terbesar di seluruh Asia. Keselamatan di kawasan Pusat Data adalah dikawal rapi, ianya diperkukuhkan dengan 10 kaki dinding batu dengan penambahan pagar elektrik 4 kaki. Para pengunjung dikehendaki melalui pengesan logam dan bahan letupan dan mereka akan ditemani oleh kakitangan keselamatan sepanjang masa berada di dalam Pusat Data Tulip.



#3. Pusat Data QTS Metro di Atlanta, USA


Ianya dibina pada tahun 2006 dan mempunyai keluasan 970,000 kaki persegi dan masih berada di hadapan Pusat Data Bandar Tulip yang baru sahaja dibina. Bangunan ini dibekalkan dengan tenaga kapasiti 80 MegaWatt daripada pencawang Georgia. Dengan Pusat Data yang besar ini ianya memberi banyak pilihan lain.



#2. Pusat Data Teknologi Lakeside di Chicago, USA


Pusat Data ini dimiliki oleh Digital Realiti dan dibina pada tahun 1999 serta mempunyai keluasan 1,100,100 kaki persegi. Satu perkara yang menarik mengenai pusat data ini dimana ianya menggunakan 8.5 juta tangki gelen cecair untuk proses penyejukan.



#1. SwitchNAP di Las Vegas, USA


Dimiliki oleh Komunikasi Switch yang sebenarnya gabungan 7 NAPs di Las Vegas Valley. Yang terbesar adalah NAP7 atau lebih dikenali dengan SuperNAP. Lebih banyak NAP sedang direka. Terletak di padang pasir Nevada, SwitchNAP adalah dikategorikan amat selamat daripada risiko bencana semula jadi termasuklah tornado, gempa bumi ataupun tsunami.

Pusat rangkaian NAP ini mempunyai keluasan 2,200,00 kaki persegi dimana DUA KALI GANDA LEBIH BESAR daripada pusat data terbesar ke dua. Pusat Data ini dibina dengan menepati piawai keselamatan yang tinggi dan menggunakan Modul Suis Ketumpatan Rekabentuk (Switch Wattage Density Modular Design-WDMD) yang membolehkan kawalan sepenuhnya ke atas haba yang dihasilkan oleh peralatan di dalam pusat data.


Tuesday, 7 August 2012

Pastikan Maklumat Login Anda Di Enkripsi

Ini adalah salah satu extension untuk google chrome yang akan memberikan amaran kepada anda sekiranya laman yang anda ingin login tidak menggunakan enkripsi. Amaran seperti ini berguna sekiranya anda sedang membuat transaksi perbankan, kerana sepatutnya maklumat login anda hendaklah dienkripsi sebelum dihantar melalui internet. Ini untuk mengelakkan maklumat tersebut di curi oleh penggodam yang berniat tidak baik.




Contoh amaran yang bakal anda lihat sekiranya laman login yang anda gunakan tidak mengenkripsi maklumat login anda.

Anda boleh memuatturun extension ini di LINK INI