Thursday 23 August 2012

Padam Rakan Facebook Anda Dengan Pantas


Assalammualaikum Semua,

Hari ne penulis nak share tentang tutorial untuk delete friend kat account facebook korang secara "bulk".

Facebook secara default tidak membenarkan perkara ini, jadi kita kena menggunakan script tertentu bagi melakukan perkara ini.

Tutorial :

1. Download extension TamperMonkey daripada WebStore Google Chrome.

TamperMonkey

2. Kemudian muat turun script ini

FacebookDeletes

** Tekan butang Install, lepas tu keluar pop-up tekan butang Yes je.

3. Kemudian pergi ke laman yang memaparkan senarai rakan-rakan FB anda.


4. Untuk mengaktifkan script tersebut, letakkan mouse anda kepada nama salah seorang rakan anda sehingga menu FacebookDeletes muncul.


5. Langkah pertama yang perlu anda lakukan, adalah tick box nama rakan-rakan fb anda yang anda tidak ingin buang. Yang anda ingin remove jangan tick.


6. Pastikan anda scroll sehingga laman bawah sekali, ini untuk memastikan semua senarai rakan anda dapat di load sebelum script tersebut digunakan. [Supaya tak jadi dua kali kerja]

7. Setelah itu tekan butang disebelah Facebook Delete Friends untuk expand menu.


8. Jika rakan anda kurang daripada 2000 letakkan 2000 di dalam kotak Delete a Maximum.

9. Kemudian tekan butang Delete all EXCEPT selected.

10. Berikan masa dari 30 hingga 1 jam sekiranya rakan anda lebih daripada 1000-2000 untuk dibuang.

11. Satu text kecil akan muncul di bawah butang Highlight Only semasa proses membuang rakan anda. Ianya akan menunjukkan jumlah rakan anda yang telah dipadam dari senarai rakan anda.

12. Script ini berfungsi seperti di bawah. Dimana rakan yang namanya mempunyai box merah akan dipadam.


13. Ingat butang HIGHLIGHT ONLY untuk TEST MOD - butang Delete all EXCEPT selected untuk BETUL2 bukan COBAAN.

** Peringantan daripada penulis, memadam rakan yang tidak dikenali tidaklah semudah menambah mereka ke senarai rakan anda. So berhati-hati semasa tekan butang ADD FRIEND.

Untuk pengguna Firefox, sila gunakan GreaseMonkey. Caranya tetap sama cuma extension berbeza.

3 comments:

Pha Is said...

banyaknya senarai yg nk kena remove.. hehehehe...

Anonymous said...

@pha is

Jangan Sampai Teremove Semua Je XD

Insan kerdil said...

Assalamualaikum wbt...
Saya ingin bertnya..Bagaimana cara nak hack @ nk intip laman sosial whatsap,facebook,dan tgok gmbar² dalam mobile phone...Kerana saya sdh tidak tahan dan perlu cri bukti dlm masalah rumahtangga saya...Wlau x pandai sgt bab² IT,klau sudi membantu saya akan blajar smpai faham..InshaAllah...