Wednesday, 25 April 2012

Jadikan Akaun Gmail Anda Anti-Hacker

Assalammualaikum,


Seperti yang anda semua maklum, keselamatan adalah penting semasa kita berada di atas talian, walaupun tidak seratus peratus namun kita haruslah berusaha untuk menutup semua lubang yang memungkinkan hacker untuk menceroboh masuk ke dalam privasi kita.

Di sini adalah salah satu contoh aplikasi keselamatan yang diperkenalkan oleh Google, mungkin ada antara kita yang telah menyedari perkara ini dan mungkin ada yang tidak menyedarinya langsung. Aplikasi ini dipanggil sebagai "2 Step Verification" dimana anda memerlukan pin atau kata laluan untuk membolehkan anda masuk ke dalam akaun Gmail anda. Dimana pin tersebut akan diberi secara automatik melalui pesanan ringkas SMS ataupun pesanan suara ke nombor telefon bimbit milik anda.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda bolehlah ke link ini : https://accounts.google.com/b/0/SmsAuthConfig

Rasanya caranya tak perlu saya terangkan step by step cuma ikut panduan yang bakal diberikan nanti setelah anda menekan butang Get Started. Atau rujuk dokumen yang telah disediakan oleh google di link ini : http://support.google.com/a/bin/answer.py?hl=en&answer=175197

APA YANG PENTING??

Anda harus memberikan nombor telefon yang mampu dicapai kerana nombor 6 digit pin rahsia akan dikirim ke nombor telefon bimbit yang anda daftarkan dan anda memerlukan pin rahsia 6 digit tersebut untuk login ke dalam akaun Gmail anda.


1 comment:

Anonymous said...

ur welcome xD