Sunday 4 November 2012

Monitor Penggunan Internet Anda Dengan Dumeter






Dumeter adalah salah satu aplikasi untuk memonitor kegunaan bandwith bagi talian internet anda. Aplikasi ini amat baik sekiranya anda ingin mengetahui berapakah kegunaan internet anda dalam sebulan. Selain itu ianya juga boleh digunakan untuk menyekat penyambungan ke internet sekiranya pengguna menggunakan internet melebihi tahap yang ditetapkan.

Caranya mudah sahaja, pertama muat turun Dumeter di laman web rasmi Dumeter, kemudian install dan pastikan anda memutuskan terlebih dahulu semua connection ke internet sebelum memasang Dumeter di komputer anda.


Setelah anda memasang Dumeter anda akan melihat satu welcome screen dari Dumeter yang akan memberikan anda pilihan untuk mengaktifkan beberapa fungsi Dumeter.

Pertama :


Disini anda boleh memilih untuk mengesan penggunaan internet samada melalui semua talin, talian internet sahaja ataupun talian Lan sahaja. Bagi saya, saya memilih untuk memantau semua talian iaitu All Network Traffic.


Disini anda akan dimaklumkan mengenai Gadget Dumeter yang akan dipasang ke taskbar anda. Fungsi ini boleh anda nyahaktifkan kemudian.


Disini anda boleh menetapkan berapakah limit kegunaan internet anda dalam sebulan, terpulang kepada anda nak letak berapa je. Sekiranya anda hendak menerima alert selepas penggunaan melebihi limit, cuma tick pada kotak ALERT ME tu.


Disini anda boleh membuat pilihan untuk melinkkan akaun anda ke akaun Dumeter.Net, ini membolehkan maklumat penggunaan internet anda disimpan ke dalam akaun anda di Dumeter.Net dan boleh diakses kemudian.

Anda perlu mendaftar di laman web DUMETER bagi menggunakan fungsi ini dan dapatkan nombor bagi dimasukkan ke bahagian link akaun. Nombor tersebut seperti dalam gambar di bawah ini.


Setelah memasukkan dan mengaktifkan akaun tersebut tekan butang Finish dan satu pop-up windows akan keluar yang memberikan anda pilihan untuk mengaktifkan taskbar icon ataupun tidak.


Sekiranya anda memilih YES maka anda akan melihat TASKBAR ICON seperti di dalam gambar di bawah.


Saya mencadangkan anda melinkkan akaun anda kerana anda boleh mendapatkan report melalui akaun anda tentang penggunaan internet anda yang diukur melalui JAM, HARI, ataupun BULAN seperti dalam gambar di bawah ini.


SELAMAT MENCUBA.


No comments: