Friday 4 May 2012

Pilihan Raya Umum Rileks Community Ke Dua

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Anda semua masih ingat dengan PRU 1 Rileks Community? Tidak disangka kini sudah 6 bulan PRC 1 berlalu dan kini sudah tiba masanya untuk  PRU 2 Rileks Community  diadakan.

Apakah tujuan sebenar  PRU Rileks Community ?

PRU ini diadakan untuk memilih calon yang sesuai bagi mentadbir laman Rileks Community, dimana calon yang memenangi  PRU  dengan undian tertinggi akan dilantik menjadi Pemimpin Rileks Community dan akan menjadi pentadbir laman tersebut.



Rileks Community merupakan sebuah Community yang semakin berkembang dari masa ke semasa, sehingga artikel ini ditulis sahaja Rileks Community telah mencapai kedudukan yang amat membanggakan di mana 7,722 thread telah dikongsikan dengan 48,999 komen dalam semua thread. Selain itu Rileks Community juga mempunyai 2,692 user berdaftar dengan purata pendaftaran 20-30 ahli setiap 24 jam dan dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

Oleh itu mana-mana user yang telah berdaftar dengan Rileks Community ini bolehlah mencuba nasib untuk bertanding menjadi pentadbir laman Rileks Community, anda juga boleh menimba ilmu untuk menjadi pentadbir laman dari pentadbir laman yang sedia ada.

Sekali sekala belajar kendalikan laman web berfaedah juga dari tahu mendeface sahaja... :)

Sekian Bilik Berita Melaporkan....


HaHaHaHa


3 comments:

Anum said...

banyak peningkatan

AIMAN said...

terbaik

Rubikz Key said...

nak undi semua, hihihi.