Sunday 15 September 2013

Apa Itu Blog?


Blog memang tidak asing lagi bagi blogger-blogger di seluruh pelusuk negara. Bagi mereka yang baru nak mencebur diri dalam dunia blog tentu tertanya-tanya apa itu blog. Blog adalah singkatan daripada perkataan "Web Log". Ia sama seperti buku catatan @ buku log namun secara dalam talian @ online. Ringkas nya ia ditakrifkan begini

Web (Talian) Log (Cacatan) = Catatan atas talian diringkaskan menjadi BLOG. 
  
Blog adalah catatan individu @ kumpulan tertentu untuk berkongsi apa jua yang diingini nya kepada blogger lain khususnya atau kepada sesiapa jua diatas talian (online). Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan blogger itu sendiri. Dengan ini orang dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.

Selain daripada berkongsi ilmu dan informasi, blog juga digunakan untuk merapatkan ukhuwwah dan persahabatan @ berkenalan dengan blogger lain sambil melawat ke blog mereka. Biasanya ada shoutblox untuk tinggalkan mesej buat blogger, jadi dari situ perkenalan boleh diwujudkan. Blog juga digunakan untuk berkongsi pengalaman, bisnes, komuniti dan sebagainya. Mereka yang ada blog biasanya dipanggil blogger.

Persoalan sebegini selalu bermain difikiran mereka yang berminat dan baru nak join dunia blog. Jangan pening-pening kan kepada anda. Terdapat banyak genre @ jenis-jenis blog yang ada dalam dunia blogger tanah air. Antara nya seperti berikut :

Blog Perkongsian Ilmu
Blog Komuniti
Blog Keagamaan
Blog Bisnes
Blog Peribadi- catatan hidup dll
Blog Persatuan, kelab dll
Blog lawak
Blog Seram
Blog Cerita
 Blog Sejarah 

dan bermacam-macam jenis blog lagi yang ada...

Jadi anda pilihlah genre mana yang anda suka. Yang penting anda tahu apa yang anda nak kongsikan dalam blog anda. Ingat, sebaiknya anda menulis sesuatu yang anda dapat kongsikan dengan blogger dan orang lain. Jangan sesekali wujudkan blog atas dasar nak mengena kan orang atau untuk tujuan yang tak baik sebab bukan anda seorang sahaja yang baca, berjuta orang akan baca @ mungkin baca blog anda.

dah berminat nak jadi seorang blogger?
dan mempunyai blog sendiri?
daftar lah di Sini https://www.blogger.com/home
percuma tanpa sebarang bayaran

Selamat Berblogging dan selamat menjadi blogger yang berjaya, insyaAllah...

1 comment:

khairulsyarafi said...

perkongsian yang baik :D