Thursday, 6 September 2012

Tutorial Install Drupal [Offline]

Hari ne penulis nak share cara-cara untuk install Drupal. Namun penulis menggunakan xampp dalam tutorial ini, tapi caranya tetap sama untuk server online.

1. Download Drupal paling terbaru dari laman web rasmi Drupal.

2. Extract folder tersebut dan upload folder tersebut ke server anda.

3. Buka browser anda dan taip http://www.laman_web_anda.com/nama_folder_drupal_anda/install.php

4. Pilih je Standard dan tekan butang Save and continue.

5. Language biarkan default English. Kalau anda pandai Tamil carilah bahasa Tamil.. Hehe

6. Kat laman ne anda kena setup nama database anda, nama pengguna dan kata laluan database anda.

7. Contoh macam kat atas, nama Database anda adalah drupal dan nama pengguna root serta kata laluan anda. Setelah selesai tekan butang Save and continue tu.

8. Kemudian tunggu sehingga Drupal selesai mengemaskini laman web anda.


9. Disini korang isi maklumat yang diperlukan, tak perlulah penulis nak jelaskan satu persatu. Tak reti pergi ambil kamus dwibahasa atau guna Google Translate.

10. Tahniah laman web Drupal anda kini dah selesai dipasang dan jom lawat laman web anda.


Selamat Menggunakan Drupal.

No comments: