Kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka anonymous telah berjaya menggodam 12 juta lebih UDID Apple iPhones dan iPads yang dikatakan telah diambil dari komputer riba milik seorang Agen FBI.
Mengikut sumber, fail tersebut telah berjaya diekstrak oleh penggodam yang telah menggodam komputer riba milik seorang senior Agen FBI iaitu Christopher Stangl's. Ini berikutan perbuatan Agen tersebut yang cuba untuk mengesan pergerakan kumpulan penggodam LulzSec dan lain-lain. Mengikut sumber penggodam telah berjaya menceroboh komputer milik Agen FBI tersebut melalui kelemahan java AtomicReferenceArray pada bulan March yang lalu.
Ini termasuklah UIDs, usernames, kata laluan, tokens, nombor telefon, alamat, kod zip dan lain-lain.
Menurut kumpulan penggodam tersebut mereka telah melepaskan lebih sejuta data yang telah mereka tapis dan tidak memberikan sebarang bahaya kepada pengguna untuk membuktikan bahawa mereka telah berjaya mengambil data yang mereka maksudkan tersbut daripada komputer riba milik Agen FBI tersebut.
Menurut kumpulan penggodam tersebut , "Kami sentiasa memikirkan ia adalah satu idea yang buruk, keputusan Apple untuk menggunakan konsep UDID ke atas peranti milik mereka adalah satu keputusan yang buruk. Konsep mengkodkan setiap peranti dengan ID perlulah dihapuskan dari mana-mana peranti yang berada di pasaran pada masa yang akan datang."