Tuesday, 6 December 2011
Cara Memeriksa Windows Activation
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera...
Di sini adalah beberapa trik yang jarang digunakan untuk memeriksa activation windows.
1. Pengguna Windows XP
- Klik "BUTANG START" kemudian pilih "RUN"
- Pastekan perintah ini
c:\windows\system32\oobe\msoobe /a
- Sekiranya keluar pop up windows "windows is already activated" atau "Thanks for using our product" bererti windows anda sudah aktif.
2. Pengguna Vista & Win-7
- Buka CMD / Command Prompt
- Taipkan SLMGR kemudian tekan [ENTER]
* Perintah ini tidak memberikan apa-apa maklumat kerana arahanya masih tidak lengkap. Ini cuma akan menunjukkan jenis-jenis arahan yang boleh digunakan bersama SLMGR.
- Taipkan SLMGR /DLI kemudian tekan [ENTER]
* Perintah ini akan memberikan sedikit maklumat tahap sederhana mengenai lesen windows yang terdapat pada komputer/netbook.
- Kemudian taipkan SLMGR /DLV kemudian tekan [ENTER]
* Perintah ini akan memberikan maklumat penuh mengenai lesen windows yang sedang anda gunakan.
- Kemudian taipkan SLMGR /XPR kemudian tekan [ENTER]
* Perintah ini akan memberikan maklumat tarikh luput lesen windows dan sekiranya anda menggunakan windows trial maka perintah ini akan memberikan maklumat bila tempoh trial windows anda tamat.
Sekian, Terima Kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
thanksss...windows saya aktif biarpon yg x ori...hehehe :)
Post a Comment