Sunday 8 January 2012

Apa Itu Botnet?


Botnet merupakan perkataan yang digunakan bagi koleksi perisian robot atau bot yang dijana secara automatik. Ia bergerak dalam komputer ‘zombie‘ yang dikawal secara mudah alih oleh penggodam. Proses mencuri sumber perkomputeran sebagai hasil sistem digabungkan menjadi botnet juga dikenali sebagai scrumping.



Perkataan botnet boleh digunakan untuk merujuk kepada satu kumpulan bot seperti IRC bot, iaitu perkataan yang biasa digunakan bagi merujuk kepada sekumpulan compromised computer (dinamakan komputer ‘zombie’), yang mana ia menjalankan program cecacing, kuda Trojan, atau backdoor (lubang) di bawah kawalan satu infrastruktur. Botnetoriginator (bot herder) boleh mengawal kumpulan berkenaan secara mudah alih dan biasanya atas sebab-sebab yang mencurigakan.


Bot biasanya bergerak secara sembunyi dan sukar dikenalpasti kerana ia mampu melindungi pergerakannya dengan menjadi sebahagian daripada internet. Bot baru boleh menyaring persekitaran mereka secara automatik serta mengembangkan fungsinya dengan menggunakan kelemahan pengguna. Apa yang lebih menakutkan, ia boleh menjadi botnet yang mengawal sesuatu komuniti.


Biasanya botnet akan melibatkan pelbagai medium perhubungan seperti dial-up, ADSL dan kabel serta pelbagai jenis rangkaian seperti pendidikan, korporat, kerajaan dan kadang-kala ketenteraan.


Kajian mendapati, satu perempat daripada semua komputer peribadi yang berhubung dengan internet mempunyai botnet.


No comments: