Monday 2 March 2015

Linux Mint 17.1 Code Name "Rebecca"


Assalammualaikum,

Setelah puas dengan windows, kini saya mulai beralih kepada linux secara tetap dan setelah puas memilih. Saya memilih untuk menjadikan Linux Mint 17 sebagai pilihan, memandangkan OS ini boleh memainkan semula pelbagai format video tanpa perlu pemasangan codec tambahan.

Memandangkan tujuan pun kebanyakkan untuk tengok movie jer so rasanya OS ne lah sesuai dengan saya, mula-mula nak guna ubuntu tapi tak berapa nak kena di jiwa, so last-last pilih Linux Mint 17 lah.

Hari ne dah masuk dua hari dan setakat ini berpuas hati dengan prestasi dan interface OS ne.

Mudah-mudahan kekallah nak guna, nak beralih memang takkan dah lah sebab windows dah sakit masuk PC ne.

Ada masa nanti update sedikit pasal linux mint ne.

Wasalam.

No comments: