Monday, 17 September 2012

Websploit Framework V.2.0.2

Ini adalah update terkini bagi Websploit Framework yang dibangunkan oleh Fardin OxOptimOus update ini membawa beberapa penambahan terbaru termasuklah Wifi Jammer dan beberapa penambahbaikan bugs iaitu :


  • Update & upgrade Command Added 
  • Scan command added in wireless modules for scan wireless
  • GUI Installer



Anda boleh memuatturun Websploit Framework v.2.0.2 melalui laman web SourceForge

Websploit Framework V.2.0.2 :



Xampp Versi 1.8.0


Baru-baru ini xampp telah pun mengeluarkan versi mereka yang terkini iaitu Xampp 1.8.0


Di dalam versi ini Xampp telah melepaskan beberapa versi terbaru termasuklah :


  • Apache 2.4.2A
  • MySQL 5.5.25a
  • PHP 5.4.4
  • phpMyAdmin 3.5.2
  • FileZilla FTP Server 0.9.41
  • Tomcat 7.0.28 (with mod_proxy_ajp as connector)
  • Strawberry Perl 5.16.0.1 Portable
  • XAMPP Control Panel 3.0.12 (from hackattack142)


Anda boleh memuatturun Xampp daripada laman web rasminya.

Xampp Untuk Pengguna Windows

Xampp Untuk Pengguna Linux 

Xampp Untuk Pengguna Mac OS - (Tiada Update Terkini)




Friday, 7 September 2012

Dapatkan Statistik Facebook Anda Dengan Wolfram Connection


Hari ne penulis nak berkongsi tips untuk anda semua mendapatkan statistik bagi akaun Facebook anda. Ini termasuklah informasi peribadi anda, aktiviti pada akaun facebook anda, jumlah post yang anda buat, aktiviti mingguan aplikasi anda, aktiviti mingguan anda, maklumat rakan-rakan anda dan banyak lagi.


Caranya mudah, anda cuma perlu login ke laman web Wolfram Connection menggunakan akaun Facebook anda, setelah itu anda akan diminta membuat akaun di Wolfram Connection kemudian setelah selesai anda bolehlah memuat-turun data aktiviti akaun Facebook anda.



Thursday, 6 September 2012

Tutorial Install Drupal [Offline]

Hari ne penulis nak share cara-cara untuk install Drupal. Namun penulis menggunakan xampp dalam tutorial ini, tapi caranya tetap sama untuk server online.

1. Download Drupal paling terbaru dari laman web rasmi Drupal.

2. Extract folder tersebut dan upload folder tersebut ke server anda.

3. Buka browser anda dan taip http://www.laman_web_anda.com/nama_folder_drupal_anda/install.php

4. Pilih je Standard dan tekan butang Save and continue.

5. Language biarkan default English. Kalau anda pandai Tamil carilah bahasa Tamil.. Hehe

6. Kat laman ne anda kena setup nama database anda, nama pengguna dan kata laluan database anda.

7. Contoh macam kat atas, nama Database anda adalah drupal dan nama pengguna root serta kata laluan anda. Setelah selesai tekan butang Save and continue tu.

8. Kemudian tunggu sehingga Drupal selesai mengemaskini laman web anda.


9. Disini korang isi maklumat yang diperlukan, tak perlulah penulis nak jelaskan satu persatu. Tak reti pergi ambil kamus dwibahasa atau guna Google Translate.

10. Tahniah laman web Drupal anda kini dah selesai dipasang dan jom lawat laman web anda.


Selamat Menggunakan Drupal.

Wednesday, 5 September 2012

Anda Pengguna Google Chrome



Anda pengguna tegar Google Chrome? Atau mungkin sekadar pengguna separuh masa?

Tidak kisahlah samada anda pengguna tegar atau tidak, perkara itu bukanlah yang ingin dikupas oleh penulis pada kali ini.


Namun adakah anda sedar sudah berapa lama Google Chrome berada di mata dunia sejak ia mula dibangunkan?

Maka dengan itu Google telah mengabadikan satu laman khas untuk menyimpan sejarah Google Chrome sejak ia mula dibangunkan sehingga kini.

Jom kita lihat dimanakah titik mulanya Google Chrome sehingga ia menjadi pelayan web pilihan hampir seluruh pengguna internet di dunia ini.