Showing posts with label Religion. Show all posts
Showing posts with label Religion. Show all posts

Sunday, 9 October 2011

10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta

HANYA SELEPAS NIKAH !!

Dengarlah pesananan ini ~>

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Selamat Bercinta Hingga Ke Syurga

Friday, 7 October 2011

Selamat Tinggal Jasmine

Assalammualaikum...

Baru-baru ini saya terjumpa dengan satu profile di FB yang menghina ISLAM, pelaku ini terlalu angkuh mengutuk dan merendahkan martabat islam. Setelah sedikit penyiasatan dibuat ternyata selain menghina ISLAM, pemilik akaun ini juga turut menghina KRISTIAN, tujuan utamanya adalah untuk menimbulkan api kemarahan di antara umat ISLAM dan KRISTIAN.

Sungguh mengaibkan kerana manusia seperti ini masih hidup di muka bumi.


Diatas adalah gambar profile beliau... Dengan menggunakan gambar palsu beliau menghina ISLAM dan salah satu lagi profile beliau yang belum dapat dikesan turut menghina KRISTIAN....

Atas kerjasama kami dengan beberapa pihak, akaun FB ini telah dipadam untuk mengelakkan lagi ramai umat ISLAM datang ke sini dan membaca api kemarahan... Semoga pemilik FB ini cepat bertaubat sebelum terlambat....

Sekian, Wasalam...

Friday, 9 September 2011

Kenapa Harus Muslim?


Assalammualaikum...

Tadi masa aku jalan-jalan kat laman web lain, aku terjumpa benda ne dan rasa nak share pula... Korang nak baca ke? Cuba korang bagi pendapat korang betul tak apa yang korang tengok dan rasa seperti yang sahabat kita ne tengok dan rasa...

Korang click je link kat bawah ne k... :)

Friday, 29 July 2011

Takzirah Jumaat #2

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

JUGA...

Telah bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: 

Enam perkara yang dipandang asing di enam tempat, iaitu:

1. Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya.
2. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya.
3. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya).
4. Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
5. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya.
6. Dan... orang alim adalah asing di kalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya.



Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: 

" Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan."



p/s : Hasil dari SCRIBD.COM

Friday, 22 July 2011

Takzirah Jumaat #1



Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala ujian dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.