Friday, 29 June 2012

Fern - Aplikasi Pengujian Keselamatan Talian Tanpa Wayar


Ini adalah salah satu script pengujian keselamatan talian tanpa wayar yang ditulis dalam bahasa pemprograman python dan menggunakan python-qt4.


Aplikasi ini haruslah digunakan bersama aircrack-ng yang kebiasaannya tersedia dalam sistem operasi linux seperti backtrack.


Aplikasi ini tersedia dengan versi terkini 1.5, caranya muat turun versi 1.2 dan kemaskini ke versi 1.5 dengan menggunakan butang kemas kini.












Semak Di Sini :



Thursday, 28 June 2012

Tutorial Menggunakan Broadband Di Bactrack

Mungkin ramai yang masih mencari bagaimana untuk menggunakan Broadband di Backtrack, memandangkan Backtrack tidak menyediakan GUI seperti Ubuntu untuk setup connection secara automatik maka anda harus menggunakan terminal untuk melakukan perkara ini.


DIINGATKAN POST INI MENGANDUNGI GAMBAR YANG BANYAK !!!




1. Taip pppconfig dan [ENTER]




2. Bila keluar screen seperti di atas pilih [Create Create a connection] dan [ENTER]




3. Masukkan apa sahaja nama yang anda hendak atau biarkan default [provider] dan [ENTER]




4. Pilih [*] Static Use Static DNS dan [ENTER]



5. Tinggalkan ruangan ini kosong dan [ENTER]


6. Tinggalkan ruangan ini kosong dan [ENTER]




7. Pilih [PAP Peer Authentication Protocol] dan [ENTER]



8. Sekiranya anda menggunakan CELCOM masukkan celcom, untuk setting Maxis dan Digi saya tidak pasti. Setelah itu tekan [ENTER].




9. Sekiranya anda menggunakan Celcom masukkan semula celcom di bahagian ini.




10. Pilih [*] Tone dan [ENTER]




11. Jika anda menggunakan Celcom masukkan *99# dan tekan [ENTER]




12. Pilih [Yes] dan tekan [ENTER]




13. Terus sahaja tekan [ENTER]




14. Gantikan arahan diatas dengan /dev/ttyUSB0 dan tekan [ENTER]




15. Pilih Finished Write Files and return to main menu dan tekan [ENTER]




16. Pilih OK dan tekan [ENTER]




17. Pilih Quit Exit this utility dan tekan [ENTER]




18. Sekarang anda boleh membuat connection dengan memasukkan arahan pon celcom contohnya sekiranya anda memilih nama celcom dan jika anda memilih nama default iaitu provider seperti dalam gambar nombor 3 di atas maka masukkan pon provider dan tekan [ENTER].




19. Untuk memeriksa connection anda berjaya atau tidak taip arahan ifconfig di dalam terminal dan tekan [ENTER], sekiranya keluar seperti gambar di bawah maka connection anda berjaya.




SELAMAT MENCUBA.
SEBENARNYA SEKIRANYA ANDA SUDAH BIASAKAN DIRI DENGAN COMMAND DIATAS ANDA AKAN MENYELESAIKAN KURANG DARI SEMINIT.



Wifite - Wifi Hack Tool


Wifite adalah salah satu script yang ditulis dalam bahasa pemprograman python. Wifite digunakan untuk memudahkan kerja ujian keselamatan ke atas talian WiFi yang dikunci menggunakan WEP atau WPA. Wifite hendaklah digunakan bersama script aircrack-ng dan proses ujian keselamatan akan dilakukan secara automatik.


Wifite tidak mempunyai GUI dan semuanya harus dilakukan secara manual iaitu dengan menggunakan arahan di dalam terminal.


Wifite dibangunkan dan telah diuji ke atas beberapa sistem operasi Linux iaitu Bactrack 5, BlackBuntu, BlackBox, Ubuntu, Debian, Fedora dan Pentoo. Wifite tidak menyokong untuk digunakan di dalam sistem operasi windows.







Untuk mengetahui Wifite bolehlah melayari link di bawah ini :



Monday, 11 June 2012

Cara Untuk Bookmark Post Di Facebook

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera








Hari ne saya akan berkongsi tips bagaimana untuk bookmark sesuatu post kat Facebook. Trik boleh digunakan untuk ambil link sesuatu post ataupun komen yang ada kat dalam Facebook tu, yelah kalo nak cari satu-satu menang jenuh kan, jadi kalo dah ada link mudah je. Bagi yang dah tahu tak payah susahkan diri baca, ne nak share kat siapa yang tak tahu je... Hehe




Step pertama korang pilih post atau komen mana yang korang nak bookmark :





Contoh saya nak bookmark post di atas ne :


Jadi caranya mudah saya. Anda nampak tarikh post tu dibuat ? Ya yang 2 June at 07:27, disitulah terletak link khas bagi post ataupun komen yang ada dalam Facebook. Anda buat right click dan copy link tersebut :





Nampak macam gambar di atas tu? Nak TEST paste je link yang anda copy tadi kat URL browser anda :








Pop automatik post anda yang telah anda bookmark tadi akan keluar :





Mudah bukan ? Itu sahaja untuk kali ini... Wasalam

Thursday, 7 June 2012

Spontaneous Thursday #11

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.

Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

ILuvIslam..