Saturday, 16 March 2013

Ciri Ciri Rasmi Samsung Galaxy S4 Diumumkan




  • Cat 3 100/50Mbps (downloads at 100 Mbps, uploads at 50Mbps)
  • Wi-Fi a/b/g/n/a/c (HT80)
  • Bluteooth 4.0, IR LED (Remote Control), MHL 2.0
  • 13 MP camera, 2 MP front
  • 2 GB of LP DDR3 RAM
  • 16 GB HD with 32, 64 and microSD
  • Battery: Removable 2,600 mAh
  • Two Models: black mist and white frost
  • Corning’s Gorilla Glass 3
  • 5 inch Full HD Super AMOLED (1920 x 1080) display, 441 ppi
  • Android 4.2.2 Jelly Bean




Peraduan 2 Juta CyberGhost VPN

Jom sertai peraduan daripada CyberGhost VPN untuk memenangi hadiah seperti Akaun VPN Seumur Hidup dan lain-lain hadiah daripada CyberGhost.

Semasa artikel ini ditulis, 1,991,050 pengguna yang menyertai peraduan ini, jom ikut serta sebelum terlambat.


HADIAH UTAMA


LAIN-LAIN HADIAH TAJAAN


KLIK GAMBAR DI BAWAH UNTUK TURUT SERTA DALAM PERADUAN


Friday, 15 March 2013

Pelancaran Samsung Galaxy S4




KUALA LUMPUR : Samsung Electronics Co Ltd, peneraju global dalam media digital dan teknologi tumpuan digital, hari ini mengumumkan generasi keempat Galaxy S, Galaxy S4.

Dalam satu kenyataan hari ini, Samsung berkata telefon berkenaan dengan reka bentuk hebat berskrin 5 inci dan bateri 170 gram, setipis 7.9 milimeter.

Ia mempunyai paparan Super AMOLED HD sepenuhnya yang pertama di dunia dan kamera 13Mp.

"Samsung Galaxy S4 lebih nipis tetapi lebih kukuh, dengan lebih mudah dipegang tetapi lebih banyak kelebihan," katanya.

Pada pelancaran, dua pilihan warna akan ditawarkan -- hitam dan putih dengan pilihan warna tambahan menyusul akhir tahun ini, katanya.

JK Shin, Presiden dan juga Ketua Bahagian IT & Komunikasi Mudah Alih Samsung berkata semua ciri-ciri inovatif Galaxy S4 dimajukan berdasarkan kepada keperluan dan harapan penggunanya di seluruh dunia.

"Di Samsung, kami tidak akan berhenti daripada meneruskan inovasi yang diperoleh daripada apa dibayangkan orang ramai, jadi kami boleh memberikan keinginan mereka," katanya.

Thursday, 14 March 2013

Kubur Dijadikan Kubu Pertahanan

KERETA perisai melepaskan tembakan ke arah pengganas di Sungai Nyamuk.


Kuala Lumpur : Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.

Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.

“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.

“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas terbabit tidak melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik saja anggota pasukan keselamatan menghampiri kubur.

SUMBER

Cubaan Masuk Tentera Sulu Ke Perairan Sabah Berjaya Dibatalkan


ANGGOTA komando polis melakukan rondaan di Kampung Senallang Lama, Semporna, semalam.

Bongao (Tawi-Tawi) : Sebuah bot peronda memintas dua bot membawa lebih 30 anggota ‘tentera diraja’ Jamalul Kiram III ketika mereka memasuki perairan Filipina dari Sabah pagi semalam.

Ketua Markas Tentera Mindanao Barat Lt Jen Rey Ardo berkata, sebahagian penumpang bot itu bersenjata dan cedera.

Katanya, dua bot membawa 32 lelaki bersenjata Sulu melarikan diri selepas diburu pasukan keselamatan Malaysia berada 12.96 kilometer dari Sabah apabila dikesan bot peronda tentera laut.

Bagaimanapun, dalam laporan awal, jurucakap tentera laut Lt Komander Gregory Fabic berkata, 32 orang dipintas bot peronda pada awal pagi.

“Anggota kami memintas mereka. Empat bersenjata. Sepucuk senapang patah dan M16 dirampas daripada kumpulan itu,” kata Ardo kepada Philippine Daily Inquirer.