Thursday, 14 March 2013

Kali Linux Dilepaskan Kepada Umum



Berita baik untuk para penggodam dan peminut tegar Backtrack Linux.  Linux Pentest yang paling ditunggu-tunggu iaitu "KALI LINUX" ataupun "BACKTRACK 6" daripada pembangun BACKTRACK sendiri.

Dari 7 tahun yang lepas kita melihat lima versi terhebat Linux Backtrack. Tetapi kali ini untuk mencapai beberapa matlamat yang lebih tinggi, pembangun Backtrack memutuskan untuk melahirkan "Kali Linux".

Kali Linux adalah berdasarkan Debian Linux kemas kini pakej terbaru serta penambahbaikan keselamatan terkini.



Satu lagi ciri hebat yang diperkenalkan dimana ianya mempu untuk membuat pemasangan Boostrap/ISO terus dari repositori Kali. Ini membolehkan mana-mana pengguna untuk membina mengikut citarasa mereka.

Imej Senibina ARM Kali Linux berfungsi hebat pada Samsung ARM Chromebook, Raspberry Pi, ODROID U2 / X2 dan SainSmart SS808.

Dengan lebih daripada 300 alat ujian sekuriti, ianya benar-benar percuma dan merupakan sumber terbuka, sokongan peranti wiriles, GPG pakej dan repo, multibahasa dan ianya merupakan salah satu pembangunan terhebat masyarakat penggodam.

Sekali lagi, kata laluan root adalah sama "toor", anda boleh memuat turun Kali Linux di SINI.

Wednesday, 13 March 2013

Kemaskini Windows 15 March 2013


Adakah anda telah mengemaskini windows anda? Jika belum anda perlu berbuat demikian kerana kemaskini ini merupakan kemaskini Major yang ditunggu oleh pengguna windows.






Papan Kekunci Swiftkey Android Bertukar Menjadi Aplikasi Keylogger



Salah satu daripada pihak parti ke-3 Papan Kekunci Telefon Mudah Alih Android iaitu "Swiftkey" bertukar menjadi "Trojan Keylogger". Ini adalah untuk menunjukkan ancaman keselamatan yang memungkinkan penggodam menggunakan aplikasi cetak-rompak dari Kedai Tidak Rasmi App (Non-Official App Stores), "sesiapa yang menggunakan aplikasi Swiftkey yang telah dicetak-rompak adalah mengambil risiko yang serius" kata pembangun aplikasi.

"Aplikasi Android yang dibangunkan menggunakan aplikasi Java dan disusun kepada kod bit yang berjalan di VM Dalvik, kod ini tidak sukar untuk diedit semula dan memasukkan semula ke APK" jelasnya.

Beliau membangunkan keylogger daripada aplikasi SwiftKey ( Muat Turun APK ), program java yang berniat jahat dibuat untuk mengumpul dan menghantar semua maklumat tersebut ke pelayan server jarak jauh ( Semakan Log ) bersama-sama dengan alamat IP pengguna. Beliau juga menjelaskan kod ini secara terperinci di blog beliau.

Malware Android meningkat lebih cepat berbanding platform mudah-alih yang lain. Untuk penjenayah siber ianya bukan perkara utama untuk membangunkan aplikasi malware milik mereka sendiri dari awal, mengubah aplikasi sedia ada dengan memasukkan kod malware lebih mudah dan menyenangkan kerja mereka.

Pengguna hendaklah betul-betul memeriksa aplikasi yang digunakan dan tidak memuatturun aplikasi yang telah dicetak rompak sekiranya ragu-ragu dengan aplikasi tersebut.

PD-Proxy VPN Service






PD-Proxy VPN Service adalah salah satu perkhidmatan VPN yang dibangunkan oleh PINOYDEN dan ianya merupakan VPN terbaik kerana menyediakan perkhidmatan TCP, UDP dan ICMP. Kebanyakkan VPN luar hanya menawarkan perkhidmatan setakat TCP dan UDP sahaja.



PD-Proxy VPN Service juga menawarkan trial account kepada user yang ingin mencuba PD-Proxy VPN Service terlebih dahulu dimana dua server DEMO disediakan untuk pengguna yang ingin mencuba trial akaun terlebih dahulu.



Anda boleh mendaftar trial akaun PD-Proxy VPN Service di SINI. Anda ingin tahu berapa server VPN yang disediakan oleh PD-Proxy VPN Service ? Anda boleh merujuknya di SINI.



Kelebihan PD-Proxy VPN Service ? Antara kelebihan sebagai pengguna PREMIUM PD-Proxy VPN Service anda tidak mempunyai had maksimum untuk penggunaan bandwitdh, had maksimum kelajuan layaran internet dan had maksimum untuk bertukar-tukar server semasa menggunakan PD-Proxy VPN Service.



Bagi pengguna seperti Malaysia Amnya anda boleh melayari Hulu dan Netflix dengan menggunakan PD-Proxy VPN Service tanpa merisaukan masalah lagging semasa menonton video di Hulu atau Netflix. Selain itu PD-Proxy VPN Service juga menyediakan server untuk kegunaan TORRENT dan juga server untuk kegunaan bermain GAME ON-LINE.



Disini saya kongsikan beberapa screenshot daripada :



Control Panel PD-Proxy VPN Service amat menarik dan mesra pengguna.




VPN Client PD-Proxy VPN Service yang memudahkan pengguna tanpa perlu bingung dengan config file yang mungkin agak expert bagi pengguna biasa.




Saya telah menggunakan PD-Proxy VPN Service dan saya berpuashati dengannya. Jadi bagaimana dengan anda tidak rugi untuk mencuba PD-Proxy VPN Service yang sememangnya terbaik dari VPN yang lain.




Jom Lawat Serta Like Page Rasmi Facebook PD-Proxy & Droid VPN Malaysia (Official)




Serta Add Dan PM Facebook PdProxy My Untuk Sebarang Info Dan Pertanyaan Mengenai PdProxy VPN Ini..




PdProxy boleh dihubungi sekiranya anda mempunyai pertanyaan dengan menghantar email kepada :

pdproxy.my@gmail.com

PC Anda Tidak Layak Update Windows 8


Okay takpe tak jadi nak upgrade window 8 lah camne...