LAHAD DATU : Seorang anggota tentera berpangkat prebet terbunuh selepas terkena bidikan penembak tepat sekumpulan lima saki baki pengganas dalam pertempuran terbaru di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, pagi ini.
Dalam kejadian, kira-kira jam 10.45 pagi itu, prebet berkenaan dikenali sebagai Ahmad Hurairah Ismail, 24, bersama beberapa anggota lain dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Tawau sedang menjejak saki baki pengganas yang sebelum itu, pada kira-kira jam 7.45 pagi bertempur dengan mereka di Sungai Nyamuk.
Mangsa yang cedera di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum diterbangkan ke Hospital Duchess Of Kent di Sandakan untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, dalam pertempuran kedua itu, pasukan keselamatan berjaya menembak mati tiga pengganas terbabit manakala dua lagi melarikan diri manakala seorang anggota keselamatan terkorban.
Katanya, anggota terbabit sebelum itu sedang melakukan kerja penggeledahan dan pembersihan di kawasan Sungai Nyamuk sebelum terserempak dengan saki baki pengganas terbabit.
"Saya sendiri melawat Kampung Tanduo dan kerja pembersihan sudah selesai dijalankan," katanya.
Difahamkan, jenazah Prebet Ahmad Hurairah dijangka diterbangkan ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan, malam ini.
** Pengorbananmu akan kami sanjungi, kerana kamulah wira negara. Kepada keluarga allahyarham takziah. -Al-Fatihah-
CYBERJAYA : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan sejumlah RM920,000-00 saman kepada Celcom Axiata Berhad, Merchantrade Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Tune Talk Sdn Bhd, Maxis Mobile Services Sdn Bhd dan Maxis Broadband Sdn Bhd kerana melanggar syarat lesen mereka, khususnya kerana gagal memastikan maklumat tepat pengguna akaun prabayar telah didaftarkan dengan betul.
Celcom Axiata Berhad menerima saman terbanyak, iaitu lapan, dan kesemuanya berjumlah RM400,000-00.
Merchantrade Sdn Bhd dikenakan tujuh saman berjumlah RM240,000-00, manakala U Mobile telah dikenakan empat saman berjumlah RM100,000-00.
Tiga saman dikeluarkan terhadap Maxis Mobile Services Sdn Bhd berjumlah RM150,000-00.
Manakala Maxis Broadband Sdn Bhd dan Tune Talk Sdn Bhd masing-masing dikenakan saman sebanyak RM10,000-00.
Pembekal perkhidmatan atau wakil-wakil mereka dikehendaki untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh bakal pelanggan seperti yang terkandung dalam MyKad atau lain-lain dokumen pengenalan rasmi, seperti pasport.
Pendaftaran ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan maklumat pengguna akhir (end user) yang juga merupakan pelanggaran syarat lesen sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 242 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kami melihat kegagalan untuk memastikan pendaftaran betul maklumat pengguna yang tepat sebagai kesalahan yang serius.
Kami telah menerima pelbagai aduan dan maklumat tentang kes-kes dimana nombor MyKad atau IC serta nama-nama individu telah digunakan walhal individu berkenaan tidak pernah memohon perkhidmatan tersebut daripada telco yang dimaksudkan," kata Dato' Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM. SUMBER
KUALA LUMPUR/SINGAPORE : On March 6, police officers from the Cyber Crime Unit of the Commercial Crime Division of the Royal Malaysian Police arrested a 27-year-old man from Kulim, Kedah Darul Aman, Malaysia, for sharing links to illegal copies of copyrighted movies via the website SYOK.org.
According to police reports, the suspect is believed to be the operator of the website SYOK.org, which illegally hosted links to titles belonging to MPAA Member Studios including copies of Sky Fall, Life of Pi, Jack Reacher and Argo, among others.
Following the arrest, Norman Abdul Halim, Honorary Secretary of the Malaysian Film Producers’ Association, said,
“I would like to congratulate the Royal Malaysian Police for taking this important action. The operation was a major victory for film makers and movie audiences. I know that many colleagues throughout the screen community will be pleased with this outcome, as it represents an important step to further protecting their creative work from being shared online without their permission. This successful action puts other websites on due notice that the authorities will take every measure to investigate and prosecute those involved with the illegal uploading and sharing of films and television shows.”
Mike Ellis, President and Managing Director, Asia Pacific, for the Motion Picture Association (MPA), Said,
“We commend the efforts of the Cyber Crime Unit for their effective operation. Rogue websites present a major threat to the ability of filmmakers to conduct a sustainable film business, employ people in production, distribution and exhibition, and deliver quality films and television shows to audiences. This action by the Royal Malaysian Police sends a clear message to operators of such websites and we look forward to working with them to crackdown on more such cases.”
If convicted under the Copyright Act, the operator faces fines ranging from 2,000 – 20,000 ringgit (USD650 – 6,500) for each infringing copy, or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both and for any subsequent offence, to a fine of 4,000 – 40,000 ringgit (USD1,300 – 13,000) for each infringing copy or to imprisonment for a term not exceeding 10 years or to both.
*Kebanyakan Download Site Terpaksa Ditutup Buat Sementara Waktu* Other Info : Syok.Org
Susah nak komen sendiri fikirlah apakah ini semua sebenarnya... -_-
Avast kini telah mengemaskini paparan antaramuka untuk memberikan sentuhan baru seperti windows 8. Seperti aplikasi lain yang telah pun mengemaskini papan antaramuka mereka supaya sesuai dengan tema bagi pengguna Windows 8. Beberapa SCREENSHOT dari interface Avast 8.0 :
Bagi peminat setia AVAST tentunya ini berita yang ditunggu-tunggu dan jom update AVAST anda ke AVAST 8.0