Hari ne penulis nak share cara-cara untuk install Drupal. Namun penulis menggunakan xampp dalam tutorial ini, tapi caranya tetap sama untuk server online.
1. Download Drupal paling terbaru dari laman web rasmi Drupal.
2. Extract folder tersebut dan upload folder tersebut ke server anda.
3. Buka browser anda dan taip http://www.laman_web_anda.com/nama_folder_drupal_anda/install.php
4. Pilih je Standard dan tekan butang Save and continue.
5. Language biarkan default English. Kalau anda pandai Tamil carilah bahasa Tamil.. Hehe
6. Kat laman ne anda kena setup nama database anda, nama pengguna dan kata laluan database anda.
7. Contoh macam kat atas, nama Database anda adalah drupal dan nama pengguna root serta kata laluan anda. Setelah selesai tekan butang Save and continue tu.
8. Kemudian tunggu sehingga Drupal selesai mengemaskini laman web anda.
9. Disini korang isi maklumat yang diperlukan, tak perlulah penulis nak jelaskan satu persatu. Tak reti pergi ambil kamus dwibahasa atau guna Google Translate.
10. Tahniah laman web Drupal anda kini dah selesai dipasang dan jom lawat laman web anda.
Selamat Menggunakan Drupal.
Thursday, 6 September 2012
Tutorial Install Drupal [Offline]
Wednesday, 5 September 2012
Anda Pengguna Google Chrome
Anda pengguna tegar Google Chrome? Atau mungkin sekadar pengguna separuh masa?
Tidak kisahlah samada anda pengguna tegar atau tidak, perkara itu bukanlah yang ingin dikupas oleh penulis pada kali ini.
Namun adakah anda sedar sudah berapa lama Google Chrome berada di mata dunia sejak ia mula dibangunkan?
Maka dengan itu Google telah mengabadikan satu laman khas untuk menyimpan sejarah Google Chrome sejak ia mula dibangunkan sehingga kini.
Jom kita lihat dimanakah titik mulanya Google Chrome sehingga ia menjadi pelayan web pilihan hampir seluruh pengguna internet di dunia ini.
12 Juta UDIDs Apple iPhone and iPad Digodam Oleh AntiSec
Kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka anonymous telah berjaya menggodam 12 juta lebih UDID Apple iPhones dan iPads yang dikatakan telah diambil dari komputer riba milik seorang Agen FBI.
Mengikut sumber, fail tersebut telah berjaya diekstrak oleh penggodam yang telah menggodam komputer riba milik seorang senior Agen FBI iaitu Christopher Stangl's. Ini berikutan perbuatan Agen tersebut yang cuba untuk mengesan pergerakan kumpulan penggodam LulzSec dan lain-lain. Mengikut sumber penggodam telah berjaya menceroboh komputer milik Agen FBI tersebut melalui kelemahan java AtomicReferenceArray pada bulan March yang lalu.
Ini termasuklah UIDs, usernames, kata laluan, tokens, nombor telefon, alamat, kod zip dan lain-lain.
Menurut kumpulan penggodam tersebut mereka telah melepaskan lebih sejuta data yang telah mereka tapis dan tidak memberikan sebarang bahaya kepada pengguna untuk membuktikan bahawa mereka telah berjaya mengambil data yang mereka maksudkan tersbut daripada komputer riba milik Agen FBI tersebut.
Menurut kumpulan penggodam tersebut , "Kami sentiasa memikirkan ia adalah satu idea yang buruk, keputusan Apple untuk menggunakan konsep UDID ke atas peranti milik mereka adalah satu keputusan yang buruk. Konsep mengkodkan setiap peranti dengan ID perlulah dihapuskan dari mana-mana peranti yang berada di pasaran pada masa yang akan datang."
Sunday, 2 September 2012
Pengasas Pirate Bay Ditahan Di Kemboja
Gottfrid Svartholm Warg
Salah seorang pengasas laman perkongsian file Pirate Bay telah ditahan di kemboja selepas waran antarabangsa dikeluarkan ke atas Gottfrid Svartholm Warg di Sweden atas kesalahan Hak Cipta. Penangkapan ini disahkan oleh Kementerian Luar Sweden dimana hanya seorang lelaki Sweden telah ditangkap di Phnom Penh iaitu Gottfrid Svartholm Warg.
Menurut peguam Svartholm Warg's, Ola Salomonsson mengesahkan pengasas TPB telah pun ditahan tetapi sebabnya tidak diketahui. Ola Salomonsson berpendapat penangkapan tersebut berhubung kait dengan kes laman web Pirate Bay namun ianya tidak diumumkan secara rasmi. "Setakat yang saya faham ia adalah kerana dia berada di atas senarai dikehendaki antarabangsa," katanya.
Semasa ditangkap Gottfrid Svartholm Warg bertarung dengan kesihatan dirinya yang tidak sihat sejak kes Pirate Bay pada tahun 2010. Inilah yang menyebabkan dia tidak dapat hadir kes perbicaraan kerana dia berada di hospital Kemboja kerana sakit yang teruk.
Thursday, 23 August 2012
Padam Rakan Facebook Anda Dengan Pantas
Assalammualaikum Semua,
Hari ne penulis nak share tentang tutorial untuk delete friend kat account facebook korang secara "bulk".
Facebook secara default tidak membenarkan perkara ini, jadi kita kena menggunakan script tertentu bagi melakukan perkara ini.
Tutorial :
1. Download extension TamperMonkey daripada WebStore Google Chrome.
TamperMonkey
2. Kemudian muat turun script ini
FacebookDeletes
** Tekan butang Install, lepas tu keluar pop-up tekan butang Yes je.
3. Kemudian pergi ke laman yang memaparkan senarai rakan-rakan FB anda.
4. Untuk mengaktifkan script tersebut, letakkan mouse anda kepada nama salah seorang rakan anda sehingga menu FacebookDeletes muncul.
5. Langkah pertama yang perlu anda lakukan, adalah tick box nama rakan-rakan fb anda yang anda tidak ingin buang. Yang anda ingin remove jangan tick.
6. Pastikan anda scroll sehingga laman bawah sekali, ini untuk memastikan semua senarai rakan anda dapat di load sebelum script tersebut digunakan. [Supaya tak jadi dua kali kerja]
7. Setelah itu tekan butang disebelah Facebook Delete Friends untuk expand menu.
8. Jika rakan anda kurang daripada 2000 letakkan 2000 di dalam kotak Delete a Maximum.
9. Kemudian tekan butang Delete all EXCEPT selected.
10. Berikan masa dari 30 hingga 1 jam sekiranya rakan anda lebih daripada 1000-2000 untuk dibuang.
11. Satu text kecil akan muncul di bawah butang Highlight Only semasa proses membuang rakan anda. Ianya akan menunjukkan jumlah rakan anda yang telah dipadam dari senarai rakan anda.
12. Script ini berfungsi seperti di bawah. Dimana rakan yang namanya mempunyai box merah akan dipadam.
13. Ingat butang HIGHLIGHT ONLY untuk TEST MOD - butang Delete all EXCEPT selected untuk BETUL2 bukan COBAAN.
** Peringantan daripada penulis, memadam rakan yang tidak dikenali tidaklah semudah menambah mereka ke senarai rakan anda. So berhati-hati semasa tekan butang ADD FRIEND.
Untuk pengguna Firefox, sila gunakan GreaseMonkey. Caranya tetap sama cuma extension berbeza.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















