Pages

Sunday, 17 July 2011

Ketatkan Keselamatan Facebook Anda

Artikel ini adalah artikel yang saya upgrade dari arikel Lina dan Gary. Mereka telah berkongsi untuk mengetatkan keselamatan FB korang. Tapi saya nak bagi tahu kat korang, untuk demi menjaga keselamatan FB korang ada beberapa cara lagi yang boleh korang buat. Ini kerana dengan menukar sambungan dari http ke https saja tidak cukup untuk memastikan korang terselamat dari ancaman hacker. Hacker tahap "script-kiddies" masih mampu mengganggu anda dengan menggunakan taktik phising ataupun menggunakan perisian SSLSTRIP.




So jom kita tengok apa lagi cara yang ada untuk mengetatkan keselamatan FB anda. Kali ini korang akan gunakan "log-in notifications" selain menggunakan "secure connection".

1. Pergi ke ACCOUNT SETTINGS anda.


2. Tick pada kotak :
a) Browse Facebook on a secure connection (https) whenever possible
b) Send me an email
c) Send me a text message - ALTERNATIVE


3. Pada bahagian "Login approvals", korang boleh tik kalo nak tapi agak menyusahkan sebab korang kena dapatkan kod yang akan dikirim ke telefon bimbit korang. Masukkan kod yang dikirim tadi barulah korang boleh log in ke FB korang. Walaupun menyusahkan tapi tahap keselamatan FB korang lebih terjamin. So ini adalah pilihan samada korang nak guna ataupun tidak.

4. Sudah korang pilih 3 perkara di atas tadi, tekan butang SAVE dan log out FB anda.

5. Sekarang cuba korang LOGIN semula.


6. Setelah korang masukkan EMAIL dan PASSWORD korang. Dia akan keluar page macam dalam gambar di bawah ne.


7. Disini korang masukkan satu nama yang korang nak guna untuk LOGIN ke FB korang. Maknanya satu ayat rahsia untuk LOGIN FB korang. CONTOH : Burung. Jadi apabila ada nama ini digunakan untuk LOGIN FB korang itu adalah tandanya korang yang LOGIN.

8. Setelah korang masukkan ayat rahsia tu, tekan butang CONTINUE dan korang akan LOGIN terus ke FB korang. So apa yang terjadi selepas itu?

9. FB secara automatik akan menghantar email kepada anda untuk menyatakan ada orang LOGIN FB anda. Kalau anda guna "Send me a text message - ALTERNATIVE" maka FB secara automatik menghantar sms kepada anda menyatakan ada percubaan LOGIN ke FB anda. Ini hanya kalau korang menggunakan perkhidmatan FB SMS yang RM1 seminggu tu.

10. Dalam inbox e-mail korang dia akan keluar macam ne.



11. FB secara automatik akan memaklumkan kepada anda ada percubaan LOGIN ke AKAUN FB anda.
Facebook login from "kata rahsia anda". FB akan memaklumkan anda IP orang tersebut secara automatik.

12. Selain itu semua rekod LOG IN anda juga dicatatkan secara automatik.


13. Nampak FB akan rekod setiap kali korang LOGIN ke FB korang. Device name tu adalah "kata rahsia anda".

14. Selain itu korang boleh tengok AKAUN FB korang sedang ON9 atau tidak. Tengok gambar di bawah ini.


15. Nampak kan FB akan berikan maklumat dari mana FB korang sedang digunakan. Masa dan jenis browser yang digunakan.


p/s : Fuh dah cukup detail aku explain ne, kalo ada yang tak faham tinggalkan pertanyaan di ruang komen dibawah ok.

14 comments:

  1. nice thing to b share

    dah lama xonline fb. hehe.

    ReplyDelete
  2. @Encik JI
    Ur welcome bos...hehe

    ReplyDelete
  3. Bagus info ni. jap ag nak try...

    ReplyDelete
  4. @oPiE iSa
    Jangan try je, terus buat sekali..hehe

    ReplyDelete
  5. woah...nice tips... mane leh taw ni hehe..

    tq folo MB. folo sini smule =)

    ReplyDelete
  6. @...Minah BluR...
    Sharing is Caring...thx 4 visit here...

    ReplyDelete
  7. rupanya http ke https pon salah satu security..haritu saja buat sebab kat opis http kena block..hihi..=)

    ReplyDelete
  8. @Anak Wak Mail
    Security tu betul..hehe

    ReplyDelete
  9. okehh bro..thanks
    baru aku paham sekarang

    ReplyDelete
  10. terima kasih kepada tuan punbya bolg ini kerana sebarkan cerita ini kepada kami semua..salam satu malaysia

    ReplyDelete
  11. saya dah buat. Tapi kalau tak tekan password kat "name new computer" pon bleh je terus tekan "continue" tu still bleh je masuk fb?

    ke saya ada silap? huhu.

    ReplyDelete