Tuesday 27 September 2011

Semua Tentang Bahasa Programming

Mempelajari bahasa programming adalah basic bagi seorang pakar komputer, tanpa mempelajari asas programming macam mana anda hendak jadi hacker? Nak tafsir apa yang cuba disampaikan kat l337 pun tak tau, cuma copy paste je... So jom belajar bahasa programming...

Python :
Bahasa programming yang biasa digunakan pakar komputer dan selalu digunakan untuk menulis exploit.

Learn Python The Hard Way : http://learnpythonthehardway.org/static/LearnPythonTheHardWay.pdf
Python Wikibooks : http://en.wikibooks.org/wiki/Subject:python_programming_language
Python Ebooks : http://www.onlinecomputerbooks.com/free-python-books.php
Pyton Oleh Grey Hat Hacker : http://oreilly.com/catalog/9781593271923
http://docs.python.org/

Ruby :
Bahasa programming utama yang digunakan untuk menulis exploit dan metasploit tools.

Wikibooks Ruby : http://en.wikibooks.org/wiki/Subject:Ruby_programming_language
Little Book Of Ruby : http://www.sapphiresteel.com/IMG/pdf/LittleBookOfRuby.pdf
Ruby Programmers Guide : http://www.ruby-doc.org/docs/ProgrammingRuby/
E-book : http://www.onlinecomputerbooks.com/free-ruby-books.php

Perl :
Bahasa programming lama tapi masih banyak digunakan.

O'Reilly Learning Perl : http://www.amazon.com/Learning-Perl-5th-Randal-Schwartz/dp/0596520107/ref=sr_1_1?ie=UTF8&s=books&qid=1280901933&sr=8-1

C / C + + :
Ini adalah satu bahasa programming yang sangat penting. Anda tidak akan mampu memahami semuanya, tetapi apabila selesai di bahagian ini, anda akan mempunyai pengetahuan yang baik dalam bahasa programming C / C + +.

Cprogramming.com : http://cprogramming.com/
C Tutorial : http://www.java2s.com/Tutorial/C/CatalogC.htm
Beej's Guide to C Programming : http://beej.us/guide/bgc/
E-book : http://www.onlinecomputerbooks.com/free-c-books.php

Assembly :
Skullsecurity: Assembly : http://www.skullsecurity.org/wiki/index.php/Fundamentals
Windows Assembly Programming Tutorial : http://www.acm.uiuc.edu/sigwin/old/workshops/winasmtut.pdf
http://en.wikibooks.org/wiki/X86_Assembly
The Art of Assembly : http://homepage.mac.com/randyhyde/webster.cs.ucr.edu/index.html
Assembly primer for hackers : http://www.securitytube.net/Assembly-Primer-for-Hackers-%28Part-1%29-System-Organization-video.aspx
PC Assembly Language : http://www.drpaulcarter.com/pcasm/

Programming Windows :
Membantu kita untuk memahami program yang kita gunakan termasuk struktur yang terlibat dalam sistem operasi windows kita. Bahasa ini amat penting selepas kita menjalankan exploit ke atas windows.

Windows Programming : http://en.wikibooks.org/wiki/Windows_Programming
Windows API Tutorial : http://www.relisoft.com/win32/index.htm
Windows Sysinternals : http://www.amazon.com/s/ref=nb_sb_noss?url=search-alias%3Dstripbooks&field-keywords=windows+sysinternals&x=0&y=0
Windows Internals 4 : http://www.amazon.com/Microsoft-Windows-Internals-4th-Server/dp/0735619174

Disassembly :

http://en.wikibooks.org/wiki/X86_Disassembly
The Art of Disassembly - http://tuts4you.com/download.php?view.187

Selain itu anda juga harus belajar untuk memahami bahasa linux selain daripada windows.

Sunday 25 September 2011

Top 10 Hacker (Malay version) - Part 7

Mafia Boy

Penggodam komputer ini dikenali sebagai "Mafiaboy," telah menyebabkan kerosakan kepada beberapa buah laman web utama di internet termasuklah CNN. Beliau telah mengaku bersalah di mahkamah Montreal, Canada pada Khamis, 18 Jan 2001. Beliau mengaku bersalah di atas 55 dakwaan salahlaku daripada 66 yang didakwa ke atasnya. Pendakwaan yang dijalankan kepadanya yang baru berusia 16 tahun pada ketika itu menyebabkan identitinya terpaksa dirahsiakan dibawah undang-undang Canada. Beliau telah disabitkan dengan 66 kesalahan yang berkaitan dengan serangan internet pada tahun lepas terhadap beberapa laman web utama dan juga security breaches of laman web institusi pendidikan seperti University Yale dan Harvard.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Mark Abene

Dilahirkan pada tahun 1972, lebih dikenali dengan nama samarannya iaitu Phiber Optik, ialah seorang penggodam komputer dari New York City. Phiber Optik juga pernah menjadi anggota kumpulan penggodam terkemuka iaitu Legion of Doom dan Masters of Deception. Pada tahun 1994, beliau telah dipenjarakan selama setahun kerana terbabit dengan beberapa konspirasi dan kesalahan memecah-masuk ke dalam rangkaian sistem komputer dan sistem telefon. Phiber Optik juga adalah merupakan seorang penggodam yang berprofil tinggi di awal tahun 1990an. Beliau telah muncul di dalam tabloid terkemuka seperti The New York Times, Harper’s, Esquire, dan berdebat di televisyen. Pada tahun 1995, Phiber Optik juga memainkan peranan sebagai watak yang penting di dalam sebuah buku bukan fiksyen iaitu Masters of Deception — The Gang that Ruled Cyberspace.

Top 10 Hacker (Malay version) - Part 6

Lloyd

Dalam terma kemanusiaan, ianya berkait rapat dengan kes amanah, seorang pekerja yang telah berkhidmat selama 11 tahun telah pecah amanah. Lloyd telah membina dan membangunkan rangkaian komputer Novell NetWare di Omega South dan kemudian telah menjahanamkan ia kembali dengan sebuah perisian yang bertindak seperti bom jangka selepas nama beliau digugurkan dari kalangan korporat dan dipecat kerana masalah prestasi kerja dan juga masalah disiplin yang teruk. Hari ini, beliau sedang berdepan dengan hukuman lima tahun penjara.



In a business sense, the loss of its key manufacturing programs cost Omega, which builds measurement and instrumentation devices for customers like NASA and the U.S. Navy, more than $10 million, dislodged its footing in the industry and eventually led to 80 layoffs.
Insiden pada tahun 1996 itu telah diberi perhatian yang serius hingga membawa kepada kerjasama antara U.S. Secret Service dengan para pakar pemulih data dan ahli forensik digital terkemuka dunia untuk menyiasat kes Llyod tersebut bagi membolehkan Lloyd ditahan dan dibicarakan kerana kesalahannya itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------


David Smith

David Smith, merupakan seorang pencipta virus Melissa, bakal berdepan dengan hukuman penjara selama hampir 40 tahun jika beliau memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak FBI.



Berdepan dengan hukuman penjara, kemarahan masyarakat dan juga bakal didenda, penyebar virus Melissa yang paling cepat merebak ini akhirnya melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh beratus penjenayah sebelum ini. Beliau telah bersetuju untuk menjadi seorang undercover.



Federal court documents unsealed at the request of the Associated Press show that for almost two years, Smith - then out on bail - worked mostly full time cruising the dark recesses of the Internet while the FBI paid his tab.



Apa yang pihak FBI dapat? Maklumat lengkap mengenai pelbagai jenis penyebar kod-kod virus yang mana akhirnya membawa kepada dua penahanan utama antarabangsa dan mematahkan beberapa lagi cubaan serangan virus.



Apa pula yang Smith dapat? Beliau cuma dijatuhkan hukuman selama 20 bulan di penjara persekutuan yang mana hukuman tersebut adalah kurang 2 tahun daripada hukuman minimum yang diperlukan, dan selama 38 tahun dikurangkan dari hukuman yang dijatuhkan kepada beliau sewaktu beliau didakwa.



Adakalanya, pendekatan sebegini diperlukan. "Pencuri menangkap pencuri", kata Elliot Turrini, seorang bekas pendakwa persekutuan yang telah mengendalikan kes Smith ini dan bersetuju untuk meringankan hukumannya. Lebih kurang dianggarkan sebanyak 63,000 virus dari pelbagai jenis yang beredar di ruang internet yang menyebabkan kerugian berjumlah USD $65 bilion kerana kerosakan dan kerugian, tetapi yang dipenjarakan hanyalah Smith seorang sahaja kerana telah menyebarkan salah satu dari 63,000 virus tersebut.

Top 10 Hacker (Malay version) - Part 5


Robert Tappan Morris

Morris adalah merupakan seorang anak kepada bekas saintis di Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika iaitu Robert Morris. Beliau turut dikenali sebagai seorang pencipta cecacing Morris ( Morris Worm ), yang mana ianya merupakan cecacing yang pertama tersebar di internet. Akibat dari tindakkannya itu juga turut menjadikan beliau orang yang pertama di tahan di bawah akta 1986 Computer Fraud and Abuse Act.



Morris mencipta kod cecaing tersebut semasa beliau masih lagi merupakan seorang pelajar di Cornell. Beliau sengaja menciptanya kerana ingin melihat sebesar manakah rangkaian internet ini dengan harapan agar cecacingnya itu tersebar di seluruh dunia. Bagaimanapun, cecacingnya itu berkemampuan menyalin dirinya sendiri dengan cepat dan ianya telah mengakibatkan sistem komputer menjadi perlahan yang mana menyebabkan komputer tersebut tidak lagi boleh digunakan. Pada ketika itu agak mustahil untuk menganggarkan berapa banyakkah jumlah komputer yang telah dijangkiti oleh cecacingnya itu tetapi para pakar mengandaikan lebih kurang 6000 buah sahaja yang terkena jangkitan cecacingnya itu. Akibat dari tindakannya itu, Morris telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun, dikerah melakukan khidmat masyarakat selama 400 jam dan didenda sebanyak USD$ 10,500.



Kini, Morris bekerja sebagai seorang tenured professor di MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory. He principally researches computer network architectures including distributed hash tables such as Chord and wireless mesh networks such as Roofnet.





Levin

Media massa pada ketika itu mengakui bahawa Levin adalah merupakan seorang pakar matematik dan mempunyai degree di dalam jurusan biokimia dari Institut Teknologi Negeri Saint Petersburg.



Mengikut liputan pada masa itu, pada tahun 1994 Levin telah memecah-masuk ke dalam beberapa akaun kepunyaan beberapa pelanggan korporat Citibank melalui perkhidmatan permindahan secara dial-up (Financial Institutions Citibank Cash Manager) dan memindahkan wang tersebut ke beberapa buah akaun yang telah berjaya diciptanya di Finland, Amerika Syarikat, Netherlands, Gemany dan di Israel.Namun pada tahun 2005 seorang alleged ahli dari kumpulan penggodam dari St. Petersburg mengakui sebagai orang yang sebenar yang pertama kali telah memecah masuk ke dalam sistem komputer hakmilik Citibank, menggunakan nama samaran ArkanoiD, beliau telah menghantar satu memorandum kepada sebuah laman web popular Provider.net.ru yang didedikasikan kepada pasaran telekom pada ketika itu mengesahkan bahawa beliaulah orang yang mula-mula berjaya memecah masuk lalu menggodam sistem komputer kepunyaan Citibank tersebut lalu menafikan bahawa bukanlah Levin orang yang pertama yang menggodam ke sistem tersebut. Menurutnya lagi, Levin bukanlah seorang saintis ( ahli matematik, ahli biologi atau yang seumpama dengannya ) tetapi lebih merupakan seorang pentadbir komputer ( admin ) yang telah pun mempunyai data-data / maklumat mengenai bagaimana untuk menggodam sistem komputer Citibank lalu mengeksploitasinya demi kepentingan dirinya sendiri.



ArkanoiD emphasized all the communications were carried over X.25 network and the Internet was not involved. Pada tahun 1994, Kumpulan penggodam ArkanoiD telah mengetahui bahawa sistem Citibank itu sebenarnya tidak dilindungi dan hampir seminggu mereka telah memeriksa struktur rangkaian bank-bank di USA secara kawalan jauh ( remote ). Ahli kumpulan tersebut juga telah cuba menguji sistem tersebut dengan melakukan instalasi perisian dan bermain beberapa permainan komputer tanpa disedari oleh kakitangan bank-bank tersebut. Kesemua para penggodam tersebut tidak merancang untuk melakukan rompakan digital pada ketika itu dan menghentikan aktiviti penggodaman mereka demi keselamatan mereka. Tidak lama kemudian, salah seorang dari mereka telah memberikan data-data berkenaan maklumat sensitif mengenai sistem Citibank tersebut kepada Levin ( dilaporkan maklumat itu bernilai cuma USD $100 ).

Top 10 Hacker (Malay version) - Part 4


Kevin Poulsen

Juga dikenali sebagai Dark Dante, Poulsen gained recognition for his hack of LA radio’s KIIS-FM phone lines, which earned him a brand new Porsche, among other items. Pegawai undang-undang mengandaikannya sebagai " the Hannibal Lecter of computer crime". Pihak berkuasa mula menjejaki Poulsen selepas beliau menggodam ke dalam sistem pengkalan data kepunyaan salah sebuah agensi penyiasatan di Amerika. Semasa dalam tempoh memburunya, beliau masih berkesempatan mempermainkan pihak FBI dengan mencuri dengar informasi berkaitan dengan dirinya melalui sistem telefon agensi tersebut.



Keupayaannya dalam penggodaman lebih menjurus kepada penggodaman sistem dan rangkaian telefon berbanding rangkaian komputer. Penggodaman Poulsen yang paling terkenal ialah bagaimana kemampuannya menyelongkar ke dalam rangkaian telefon kepunyaan radio KIIS-FM dengan menakluk kesemua stesen telefon milik stesen radio LA tersebut. Selain daripada itu, beliau turut mengaktifkan kembali sistem Yellow Page untuk seseorang yang meminta beliau melakukannya bagi menjalankan perniagaan sebuah agensi escort secara maya. In a related feat, Poulsen also "reactivated old Yellow Page escort telephone numbers for an acquaintance who then ran a virtual escort agency." Tidak lama kemudian, apabila gambarnya muncul tanpa kebenarannya di dalam sebuah program televisyen bertajuk Unsolved Mysteries, habis kesemua line telefon untuk program tersebut dirosakkkan oleh beliau. Tanpa diduga, genius seperti Poulsen yang handal menyembunyikan diri di sebalik rangkaian telefon itu telah di tangkap ketika beliau sedang membeli belah di sebuah pasaraya dan beliau akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.



Semenjak tempoh penahanannya itu, beliau telah mula berjinak-jinak di dalam bidang penulisan dan kini beliau telah pun bekerja sebagai seorang pengarang utama yang terkenal di salah sebuah majalah komputer paling terkemuka dunia iaitu Wired News. Artikelnya yang paling menakjubkan ialah artikel mengenai kerjanya dalam mengesan dan mendedahkan sebanyak 744 identiti pesalah laku seks di dalam profil MySpace.

Top 10 Hacker (Malay version) - Part 3


Kevin Mitnick

Seorang yang pernah digelar "hacker poster boy," Mitnick pernah melalui saat-saat mencemaskan ketika diburu oleh pihak berkuasa. His mischief was hyped by the media but his actual offenses may be less notable than his notoriety suggests. Pihak berkuasa menjelaskan bahawa "beliau merupakan seorang penjenayah computer yang paling dikehendaki dalam sejarah Amerika Syarikat". Cara dan bagaimana beliau mengeksploitasi system computer telah di ceritakan dengan terperinci di dalam filem box office : Freedom Downtime dan Takedown.



Mitnick sebenarnya telah memiliki sedikit pengalaman menggodam sebelum mengakui akan kesalahan-kesalahan yang menyebabkan beliau menjadi terkenal. Pada mulanya beliau telah menggodam system tambang bas Los Angeles untuk membolehkan beliau menaiki bas dengan percuma. Kemudian, seperti bekas pengasas computer dan syarikat Apple, Steve Wozniak, beliau juga terlibat dengan aktiviti phreaker ( golongan yang handal di dalam mengeksploitasi sistem telefon ). Walaubagaimanapun, itu semua adalah kesalahan-kesalahan biasa sahaja jika nak dibandingkan dengan kesalahan terbesarnya yang bersabit dengan dakwaan yang beliau telah memecah-masuk ke dalam rangkaian sistem komputer The Digital Equipment Corporations dan mencuri perisian.



Mitnick’s mischief got serious when he went on a two and a half year "coast-to-coast hacking spree." Sebuah artikel dari CNN bertajuk, "Legendary computer hacker released from prison," menyatakan yang sebelum penangkapannya, beliau telah berjaya merosakkan sistem komputer yang dipecah-masuk olehnya, mencuri data-data dan rahsia-rahsia korporat peringkat tertinggi, merosak dan merumitkan rangkaian telefon dan juga memecah-masuk ke dalam system computer Amaran Pertahanan Kebangsaan Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah berjaya menggodam komputer kepunyaan seorang pakar komputer terkenal iaitu Tsutomu Shimomura yang juga merupakan seorang penggodam. Mitnick telah mencabar Shimomura untuk menangkap beliau yang mana akhirnya disebabkan oleh kesilapannya sendiri, beliau telah berjaya di tahan oleh pihak berkuasa yang telah bekerjasama dengan Shimomura. Itupun setelah Mitnick dikhianati oleh teman wanitanya sendiri.



Pada hari ini, Mitnick telah pun meninggalkan peranannya sebagai seorang black hat hacker dan berubah menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat. Tsutomu Shimomura juga telah menjadi sahabatnya dan mereka berdua kini merupakan oldtimer dan sering bekerjasama untuk menumpaskan para "penggodam dunia baru". Di atas kesalahannya itu beliau telah di jatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun. Selama 8 bulan dalam 5 tahun tersebut He served five years, about 8 months of it in solitary confinement, kini beliau merupakan seorang perunding keselamatan komputer, pengarang, dan penceramah.

Saturday 24 September 2011

Top 10 Hacker (Malay version) - Part 2


Adrian Lamo

Lamo mengakui yang beliau menjadi terkenal kerana beliau telah berjaya memecah-masuk ke dalam sistem komputer organisasi besar dan hebat seperti The New York Times dan Microsoft Corporation yang terkenal dikalangan para penggodam sebagai kompeni yang mempunyai tahap sistem kawalan keselamatan rangkaian komputer yang tinggi. Beliau turut dikenali sebagai "homeless hacker," kerana beliau menggunakan internet di Kinko Siber Kafe, rangkaian kedai kopi seperti Starbuck dan juga perpustakaan awam untuk melakukan aktiviti penggodaman beliau. Di dalam sebuah artikel profil, beliau dinyatakan sebagai seorang yang "He Hacks by Day, Squats by Night," Lamo reflects, "I have laptop in Pittsburgh, a change of clothes in D.C. It kind of redefines the term multi-jurisdictional." 



Cara Lamo memecah-masuk sesebuah sistem lebih kepada pengujian penetrasi / pemecah-masuk, yang mana sekiranya beliau menjumpai "lubang kebocoran" di dalam system keselamatan computer itu maka beliau akan mengeksploitasi kebocoran tersebut kemudian beliau akan memaklumkan kepada admin computer kompeni yang menjadi mangsa beliau tersebut. Kononnya tindakan beliau itu lebih kepada membantu kompeni tersebut memperbaiki tahap keselamatan rangkaian system computer mereka. Yang menjadi mangsa penangannya termasuklah kompeni-kompeni hebat seperti Yahoo!, Bank of America, Citigroup dan Cingular. Adalah tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang apabila white hat hackers diupah oleh sesebuah kompeni untuk melakukan pengujian penetrasi ke atas system computer mereka, tetapi apa yang dilakukan oleh Lamo adalah bertentangan dengan undang-undang siber kerana tiadanya hitam-putih yang dikeluarkan oleh kompeni yang menjadi mangsa pengujian penetrasinya itu.



Apabila beliau telah berjaya memecah masuk ke dalam system intranet The New York Times, keadaan menjadi serius. Beliau telah sengaja meletakkan dirinya sendiri di dalam satu senarai golongan yang berkepakaran tinggi dan senarai penyumbang terbesar di dalam dunia pengkomputeran. Beliau juga melihat informasi sulit dan peribadi kepunyaan para penyumbang tersebut termasuklah nombor Social Security kepunyaan para penyumbang tersebut. Lamo juga telah menggodam pengkalan data The Times’ LexisNexis untuk melakukan pencarian hal-hal dan informasi yang berprofil tinggi.



Disebabkan oleh aktiviti penggodaman dan kesalahan beliau memecah-masuk system computer kompeni The New York Times, Lamo telah diarahkan untuk membayar ganti rugi lebih kurang USD $65,000 in restitution. Beliau turut dijatuhkan hukuman tahanan rumah selama 6 bulan dan 2 tahun di bawah pemerhatian yang mana ianya telah pun berakhir pada 16 Januari, 2007 yang lalu. Sekarang ini Lamo bekerja sebagai seorang penulis dan penceramah bebas yang disegani. Hasil ceramah dan penulisan beliau mengenai keselamatan system computer seringkali memenangi dan mendapat penganugerahan.

Top 10 Hacker (Malay version) - Part 1


Jonathan James

James adalah seorang remaja bawah umur yang pertama di dunia yang ditahan dan dipenjarakan kerana kesalahan menggodam. Umur beliau ketika dihukum penjara adalah 16 tahun. Ketika ditemubual oleh pihak media, beliau mengakui yang beliau menggodam demi kepuasan dan kegembiraan. Apa yang menggembirakan dan memberikan kepuasan kepada beliau ialah dengan melihat setahap mana kemampuan dirinya terhadap aktiviti penggodaman dengan mengeksploitasi pengetahuannya di dalam dunia pengkomputeran dan rangkaian komputer.



"I was just looking around, playing around. What was fun for me was a challenge to see what I could pull off." Ketika ingin melakukan aktiviti penggodaman, James akan menetapkan sasaran utamanya yang kebiasaannya terdiri dari organisasi yang berprofil tinggi. Beliau telah berjaya memasang perisian backdoor ( sejenis Trojan ) di dalam server DTRA (Defense Threat Reduction Agency ). DTRA merupakan sebuah agensi dari Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya memantau tahap keselamatan Amerika Syarikat dan negara-negara lain dari sebarang jenis ancaman senjata nuklear, biologi, kimia, konvensional dan senjata rahsia dari seluruh dunia ( musuh ). Backdoor yang diciptanya itu membolehkan beliau melihat, membaca dan menyimpan pelbagai jenis email-email sensitif, kata laluan dan kata nama para pekerja DTRA tersebut.



Selain daripada itu, James juga berjaya memecah-masuk ke dalam rangkaian komputer NASA dengan mencuri sejenis perisian yang bernilai lebih kurang $USD1.7 juta ( RM5.95 juta ). Mengikut jurucakap dari Jabatan Keadilan, "The software supported the International Space Station’s physical environment, including control of the temperature and humidity within the living space." NASA terpaksa menutup rangkaian komputernya dan mengakibatkan kerugian sebanyak USD$ 41,000. James bagaimanapun menjelaskan tujuannya memuatturun perisian tersebut adalah kerana beliau ingin meningkatkan tahap pengetahuannya di dalam pengaturcaraan C ( Sejenis bahasa komputer ), tambahnya lagi "Tetapi kod perisian tersebut sendiri agak teruk, macam tu punya perisian pun mereka katakan bernilai USD$ 1.7 juta? Memang tak padan langsung!"



Dengan kesalahan yang dilakukan oleh James yang juga dikenali sebagai "c0mrade" sekiranya beliau merupakan seorang dewasa, pastinya hukuman yang akan dijatuhkan kepada beliau adalah sekurang-kurangnya penjara selama 10 tahun. Selain dari itu, beliau juga akan di haramkan menggunakan sebarang jenis komputer dan akan dikerahkan menjalani hukuman tahanan di rumah. Bagaimanapun beliau cuma menjalani hukuman penjara selama 6 bulan kerana melanggar parol yang ditetapkan ke atas beliau. Pada hari ini, James telah pun insaf dan berjanji akan menggunakan kepandaiannya untuk kebaikan semata-mata. Beliau berkemungkinan akan memulakan sebuah Syarikat Keselamatan Komputernya sendiri.

Istilah / Terminologi Hackers


Black Hat Hackers ( Penggodam berniat jahat) merupakan sebilangan kecil kumpulan yang terdiri daripada manusia yang genius di dalam penguasaan dan penggunaan teknologi pengkomputeran yang mampu melakukan apa saja terhadap sistem komputer, kebiasaannya berkemampuan untuk berhubung / mengeksploitasi / menggunakan tanpa kebenaran / memecah-masuk sistem dengan mana-mana komputer yang mempunyai sambungan ke internet walaupun tahap keselamatan komputer tersebut telah pun dipertingkatkan. Mereka ini juga dikenali sebagai seseorang yang mensubversi keselamatan komputer tanpa izin atau menggunakan teknologi (biasanya sebuah komputer ataupun internet) untuk tujuan keganasan, vandalisme, penipuan kad kredit, pencurian identiti, pencurian hak milik intelektual, dan sebagainya. Ini juga bermakna mengambil alih kawalan komputer lain melalui sebuah rangkaian, atau software cracking.


White Hat pula digunakan untuk melabel seseorang yang genius di dalam ilmu pengkomputeran tetapi sangat beretika dengan pengetahuan tersebut tanpa menyalahgunakan kemampuannya untuk merosakkan sistem komputer yang lain. Boleh dikatakan bahawa mereka ini adalah dari golongan Penggodam beretika yang memecah keselamatan tetapi untuk tujuan altruistik ataupun sekurang-kurangnya tidak berniat jahat. White Hat biasanya mempunyai etika yang jelas, dan selalu berusaha untuk bekerja dengan pengilang atau pemilik demi untuk memperbaiki kelemahan yang dijumpai dalam setiap produk @ keluaran, walaupun ramai juga yang mengancam sama ada yang tersirat atau jelas untuk memaklumkan kepada awam selepas tempoh yang "sesuai" untuk memastikan respons yang kena pada waktunya ( Hacktivism / Propaganda ). Istilah ini juga digunakan untuk penggodam yang merekacipta dan mengekod sistem yang lebih selamat.


Terma perkataan Cracker yang kebiasaannya ditujukan kepada Black Hat Hacker telah dicipta oleh Richard Stallman untuk membezakan golongan Hacker dan Cracker. Mereka adalah seseorang yang cenderung untuk melakukan aktiviti / proses "memecah-masuk" sebarang jenis kata laluan pada sesetiap jenis perisian (Software Cracker). Golongan ini amat bijak dalam usaha untuk memecahkan sesuatu kata laluan. Mereka juga lebih cenderung / genius dalam mentafsir / mengubah kod-kod sumber yang ada dalam setiap jenis perisian untuk menjadikan perisian tersebut seperti yang asli. Kebanyakkan perisian komputer yang dicetak rompak sebenarnya adalah hasil kerja golongan cracker ini kerana mereka mempunyai kemampuan yang khusus dalam mengatasi tahap mekanisma perlindungan penyalinan perisian. Mereka ini jarang / tidak mengeksploit rangkaian komputer, cuma lebih kepada perisian yang berasaskan komputer semata-mata.



Script Kiddies pula ialah golongan yang penuh dengan keegoan dengan tahap pengetahuan penggunaan komputer yang tidak seberapa tetapi seringkali menyusahkan Juruteknik Komputer. Golongan ini seringkali dikaitkan sebagai seseorang yang gopohgapah dalam melakukan sesuatu yang melibatkan aktiviti penggodaman ( Hacking ). Namun begitu keupayaan mereka dalam penguasaan computer sama sekali tidak boleh dipandang ringan kerana hampir 50 % virus dan bermacam bentuk ancaman computer yang tersebar di seluruh dunia adalah disebabkan oleh golongan ini. Mereka menggunakan sebarang perisian ( tool )yang direkacipta oleh golongan hacker tanpa mengetahui apakah tujuan dan akibat perisian tersebut jika disalahgunakan. Mereka selalunya membuta tuli menggunakan sesuatu perisian tersebut tanpa mengikut arahan / panduan perisian itu sendiri.

Sunday 18 September 2011

Akaun FB Kena Hacked Oleh Pw3nd Crew

Hari ne aku dengar ada 3 akaun FB kena hacked oleh Pw3nd Crew... Aku dapat berita ne pun dari kawan FB juga... Samada cerita ne betul atau saja timbul kontroversi itu aku tak pasti lah... Hehe







Thursday 15 September 2011

Wednesday 14 September 2011

Trojan BIOS Kembali - Mebromi


Beberapa hari lepas, satu security firm dari China iaitu 360 Security Guard telah mengeluarkan satu post berkaitan satu malware terbaru yang mengganas yang dikenali sebagai Mebromi. Mebromi yang bersarang di dalam BIOS membuatkan ianya sukar dikesan oleh virus scanner dan perisian-perisian antivirus lain.


Mebromi pada mulanya akan mengenalpasti samada BIOS yang digunakan ialah Award BIOS atau tidak. Jika system tersebut menggunakan Award BIOS, ia akan menggunakan CBROM command-line tools untuk hook up extension-nya ke dalam BIOS tersebut. Apabila system tersebut boot atau start, extension BIOS tersebut akan menambah code ke dalam master boot record(MBR) pada hard drive untuk menjangkiti proses winlogon.exe atau winnt.exe sebelum Windows start. Jika komputer tersebut tidak menggunakan Award BIOS, Mebromi akan terus menjangkiti MBR.


Apabila Windows start kemudiannya, kod-kod tadi akan memuat turun sejenis rootkit yang menghalang perisian antivirus daripada membersihkan MBR hard drive komputer tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya MBR tersebut berjaya dibersihkan, jangkitan akan berulang sebaik sahaja modul BIOS dimuatkan apabila komputer anda restart. Mebromi juga kekal walaupun hard drive anda telah ditukar atau pun di format.


Info Tambahan:


Tutorial : Update Facebook Status Via "YOUR NAME"


Korang mesti pernah nampak status yang kena update macam kat atas ne kan? Macam mana nak buat? Jom tengok tutorial ne.


2. Kemudian tekan butang EDIT SETTINGS


3. Kemudian keluar satu page.
- Korang ubah nama kat yang korang nak


- Kalo korang nak tambah icon klik kat butang EDIT ICON tu dan upload icon korang nak.

4. Korang nampak APP ID tu?
- Korang copy nombor tu


- Keluar kan page yang ada tulis INVALID API KEY
- Korang tukar perkataan APP yang hujung sekali dengan nombor yang korang copy tadi.


- Dia akan keluar macam kat bawah ne


6. Dah selesai dan korang boleh update status yang korang nak... Enjoy :)

Tuesday 13 September 2011

Cara Download Torrent File Guna IDM

Korang pernah tak download file torrent? Mesti lambat kan? Sebab file torrent bergantung pada seeder dan peers. Jadi macam mana nak download file ne secara direct? Jom kita ikut tutorial ini.

1. Download file torrent anda dari mana-mana laman web torrent.

2. Pergi ke http://torcache.net/
- Anda upload file torrent anda kat sini.
- Kemudian dia akan keluar direct link/URL.
- Copy URL yang keluar tadi tu.

3. Pergi ke http://www.torrific.com/
- Register kalau anda belum ada account di sini.
- Kemudian paste URL tadi dalam kotak.
- Tekan butang GET.
- Kemudian tekan butang initiate bittorrent transmission
- Kemudian akan keluar satu page lagi dan di sini korang boleh download file korang secara biasa.

Tiada Apa Untuk Diucapkan

Pagi-pagi macam ne kalau layan video macam di bawah apa rasanya ye?


Internet Download Manager


Internet Download Manager adalah tools yang digunakan untuk mendownload file dari sesuatu laman web. Sama sahaja seperti downloader lain, cuma IDM lebih popular digunakan kerana IDM sentiasa up-to-date dengan server. Jadi IDM hampir menyokong download file dari semua jenis laman web, forum dan juga lain-lain.

Download IDM daripada : http://download.cnet.com/Internet-Download-Manager/3000-2071_4-10071618.html
Download IDM Crack For Life : http://www.mediafire.com/?gv7pw2tzcxdega2

Monday 12 September 2011

KGB Archiver


KGB Archiver adalah tools yang digunakan untuk compress sesuatu file dengan ratio compression yang tinggi. Dikatakan KGB Archiver mampu membuat file 1GB menjadi 10MB jika di compress menggunakan tools ini. Tools ini telah dibangunkan oleh Tomasz Pawlak dan masih dalam peringkat BETA. Tools ini mampu digunakan ke atas semua jenis OS.

Download : http://sourceforge.net/projects/kgbarchiver/

IDM Crack For Life v1.0


Sekiranya anda menggunakan IDM - Internet Download Manager. Maka tools ini adalah jalan penyelesaian bagi masalah pacth, keygen dan crack yang selalu tidak menjadi. Ini merupakan IDM Cracker Tool yang popular pada masa ini. Dengan menggunakan tools ini anda mampu membuat update ke atas IDM yang anda gunakan yang sebelum ini tidak mampu dibuat.

Download : SINI

Friday 9 September 2011

Kenapa Harus Muslim?


Assalammualaikum...

Tadi masa aku jalan-jalan kat laman web lain, aku terjumpa benda ne dan rasa nak share pula... Korang nak baca ke? Cuba korang bagi pendapat korang betul tak apa yang korang tengok dan rasa seperti yang sahabat kita ne tengok dan rasa...

Korang click je link kat bawah ne k... :)

Thursday 8 September 2011

Segmen Miss Nadya :: Update Blog Lepas Raya

Nak Join Klik Header Miss Nadya Kat Atas Ne K..


Assalammualaikum...

Salam semua, sebagai pembuka blog ne muz nak join segmen lah plak... Adoiii... Memang blur nak update blog lepas raya sakan ne... Haha

Saya orang SABAH.. Kue kat atas tu feveret saya...

p/s : tengah cari idea ne...
korang ada idea tak?
bak sini jual kat aku...Huhu

Saturday 3 September 2011

Cerita Raya

Assalammualaikum,

Apa khabar semua warga blogger? Amacam raya ada best tak? Blog aku ne pun dah lama menyepi kan, sibuk beraya geng nak wat camne.. Hari ini sebenarnya baru aku ada masa nak update blog.. Bukan apa korang tahu lah kat kampung ada line juga tapi 3G tu... giler siputband punya laju... Haha

Nak cerita raya lah pula, raya tahun ne aku rasa best sikit, yelah orang dah dua tahun tak balik raya. Tak banyak yang berubah... Tapi member banyak yang takde, so aku beraya je dengan dorang yang ada... Tapi naik lenguh pinggang aku beraya dengan dorang... Apa taknya dari pagi sampai ke tengah malam ne...

Lenguh tu bukannya apa dahlah raya bawa motor, naik kereta? Ulung lah jawabnya, semua budak2 pakai motor takkan aku nak pakai keta... Hehe

Banyak gak lah tempat kitaorang round hampir seluruh pelusuk kampung, mana ada sedara-mara atau member2 yang tinggal kitaorang serbu bagi gegar... Haha

Nak ceta pasal raya panjang sangat beb, korang layan je lah gambar ye...

Masa kat kubur nenek, bacakan Yassin untuk nenek... Al-Fatihah

Beraya kat rumah makcik masa raya pertama sebelum hujan lebat menyerang, adush batal program raya pertama...

Motor yang aku pakai beraya, motor kazen ne bukan motor aku ye... Haha

Masa beraya dengan budak2 motor kat kg suasa beaufort...

Masa balik Labuan, feri sesak giler dah lah pakai feri kecik, nyesal kalo aku taw feri kecik tak aku naik... Tak pa lah janji sampai labuan...

Sorilah gambar tak banyak bro, ne pun gambar masa aku terasa nak ambil gambar, ye lah aku bab2 menggambar ne langsung tak minat lah... Ikut mood je baru nak bergambar... anyway tak lambat lagi kan aku nak ucapkan...



SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KEPADA SEMUA RAKAN BLOGGER
YANG MENGENALI ATAU...
YANG TAK DIKENALI ATAU...
YANG BARU NAK MENGENALI

SEMOGA ANDA GEMBIRA DI HARI MULIA INI